Tuesday, May 8, 2012

[monolog] dont leave Lampu Puteh

duhai pejuang hati dan jasad
jangan tinggalkan perjuangan di medan ini
teruslah berdoa agar hati terus thabat dan sabar
hingga 
perindu syurga 
bertemu dengan Pemiliknya.
jangan tinggalkan.
lampu puteh.

Monday, May 7, 2012

[re-Post]: kalau Allah mahu..kun fayakun

bangun pagi tadi dengan semangat baru
takkan tido sebab ada enam hari lagi tinggal untuk exam.
cuak sangat2...
baca dengan seihsan mungkin sehingga tertidur dengan nota neisseriae
ya Allah saksikanlah daku...

 alhamdulillah
dhuha itu sungguh menenangkan.
terima kasih Allah. tak sangka hati terus terpujuk dengan kata-katanya
Allah saksikanlah...andai ingatan ku padaMu lalai disaat aku menuntut ilmu ini
Engkau ingatkanlah..
kerana hanya dengan kemahuan-Mu segalanya akan berlaku.
kurniakan kami yang terbaik dan cemerlang.
ameen.

AL-INSAN

(Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.-22-

 maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).-29-
 
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana,-30-

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-31-


buat teman-teman saya di penang juga: semoga Allah kurniakan balasan terbaik untuk antunna atas segala usaha dakwah antunna. inshaAllah kami bakal menyusul..doakan >.<

[kmf]