Sunday, April 18, 2010

Fatamorgana

Apakah cita-cita ku cita-cita yang main-main?
Cinta kain lusuh
Apakah hanya wangi di mulut dan menusuk di hati
Tetapi alangkah sesalnya tidak menerobos dan tersibgah di dalam hati
Hijab hati singkaplah dariku
Bagilah aku melihat dengan kaca mata yang sebenar
Kaca mata yang lurus bersih & suci dari kebatilan
Adakah aku mengejar Cinta yang tidak pasti
Cinta yang tidak berbalas
Adakah itu Cinta tanpa pengorbanan?
Tanpa air mata
Tanpa lelah
Tanpa penat
Adakah cukup perasaan Cinta itu untuk menolakku ke depan dan terus mara dalam perlumbaan mengejarMu
Untuk ku menyedari keberadaanMu disisiku, sentiasa
Aku bukan mahu jadi hamba yang hanya mencariMu di kala susah
Aku mahu jadi hamba, sebenar-benar hamba
Yang apabila disebut namaMu
Bagai orang angau dan tak keruan
Bergetar hatiku
Pabila membaca kata-kataMu,
Aku syahdu merasakan kebenaranNya
Ya Allah, hidupkanlah hatiku ini
Bagilah peluang ku menjadi hamba
Hamba yang sujud merasakan keagunganMu
Setiap masa, setiap saat
Andainya hatiku menjadi penghalangnya
Sucikanlah
Andainya perbuatanku
amalku menjadi bentengnya
Runtuhkanlah
Ya Rabb, Malik ku, Ilah ku
Buatlah dengan cara apa yang Kau suka
Sehinggalah aku menjadi hamba yang mempersaksikan yang Haq