Tuesday, October 12, 2010

Tadhiyyah Jiwa

Dakwah akan meminta segala-galanya daripada kita.

Jiwa dan harta. Pengorbanan kedua-duanya menjadi perkara biasa bagi seorang daie. Kalau tidak pada masa sekarang, esok atau lusa ianya akan datang. Pada masa kita sangat memerlukannya, mahupun tidak.

Kata-kata daripada sebuah blog 'Dakwah Cinta' sangat membuatku terhenti sejenak, putus nadi;

"Pabila dikorbankan jiwa (perasaan), maka semua perkara yang lain akan menjadi remeh belaka"

Bergembiralah pada yang telahpun merasai nikmat pengorbanan ini. Kerana antum di jalan yg betul, sebagaimana dalam Quran berjuta kisah yang sama dikhabarkan buat org-org yg beruntung.

Antum yang masih senang mewah selesa dengan kehidupan dunia, tidak hairankah kisah anda bukan seperti apa yg ada di dalam kitab Allah yang Maha Esa?

Astaghfirullah.

Tarbiyyah itu mematangkan,
Saadiah

Urgensi Dakwah i

Bismillah.

Sekarang dirasakan Islam semakin berkembang, makin membesar dengan arus dakwah dan tarbiyyah yang menyubur di seluruh dunia. Tetapi hakikatnya menurut pandangan Hasan al-Banna (Buku pilar-pilar kebangkitan Islam oleh KA Rahmat Abdullah) , kita hanya menapak selangkah saja ke hadapan. Berpuluh-puluh tapak jenuh menanti utk dijejak para daie. Tidak lebih, tidak kurang.

Kerja dakwah masih perlahan, dan kita masih jauh. Jangan berpuas dengan secubit penat lelah kita untuk kerja-kerja dakwah yang tidaklah seberapa. Masih banyak mutiara yg perlu dikutip, skills yang perlu digilap. Terasnya perlu pure, apakah betul kita pejuang akidah dan fikrah jalan ini, ataupun sekadar hanyut mengikut arus unconciously?

Jangan cepat puas hati,
Saadiah

Sunday, October 10, 2010

Fiqh dan kehidupan

Bismillah.

Kehidupan memerlukan perancangan dan decision making. Apatah lagi dlm kehidupan seorang daie, tidak hanya membuat sesuatu untuk dirinya sendiri, malah sebahagian besarnya merupakan titik-titik yang akan mencorakkan satu garis panjang; sebuah jalan perjuangan generasi penegak kebenaran.

Bergelar seorang daie, tidakkan hanya memberi maksud dirinya berfungsi hanya sebagai seorang penyeru. Tapi hatinya jg harus basah dengan kalimat-kalimat al-Haq, satu proses penyucian akidah dan fikrah yang akan membawanya menuju penghujung yang dia yakini.

Hakikatnya, segala fiqh yang didalami dan difahami oleh seorang daie itu sebetulnya mesti digunakan dalam tiap apa keputusan dan perancangan yang bakal dilaluinya pada hari seterusnya seorang daie itu bergelar seorang daie.

Pendek kata, sampai bila fiqh hanya tinggal fiqh, dan kehidupan hanya disyura berdasarkan pengalaman secetek air parit dan pembacaan yang seciput?

Daie perlu berhikmah,
Saadiah

Thursday, October 7, 2010

Hud Hud

[Naml: 20-26]

InsyaAllah segalanya telah disunnatullahkan ada kebaikan dan keburukannya. Ada pros dan consnya. Yang mencorakkan jalan tarbiyyah ini adalah kita. Kita lahiriahnya dan secara mata halus, ianya datang daripada taufiq daripada Allah dan iman yang ada di dada.

Hud hud membuktikan yang sesuatu itu tidakkan perlu dibuat dengan hanya mencoroti jalan yang sudah ada, bekas tapak-tapak kaki yang terdahulu di hadapan, tetapi boleh sahaja rumput baru di kiri dan kanan jalan itu dipijak dan jalannya dibuat baru. Satu saja; alasan yang kukuh menperjelaskan sebabnya.

Kerana jalan yang baru ingin dilangkah tidak sesenang melalui jalan bekasan tapak yang sudah ada. Ada duri yang menunggu mungkin, atau paya yang tidak kelihatan di hadapan.

Yang penting, usaha dan bersama-sama menuju yang terbaik demi redhaNya.

Aku belajar daripada mereka,
Saadiah

Tuesday, October 5, 2010

Ujian itu.

"Adalah untuk dinikmati, bukan saja dihadapi."

Kata-kata yg diluah oleh seorang ukhti yang datang menziarah kami. Sesungguhnya bukan calang-calang manusia yg akan terfikirkan sebuah thumuhat yg berupa ujian Allah swt. Aku tidak mengatakan yg ujian-ujian itu adalah hanya yg pahit, tapi aku memerihalkan ujian yg susah utk dihadapi oleh mana-mana manusia lantaran ianya berupa kehilangan secubit nikmat dunia.

Cerita import daripada bumi Indonesia di mana hidupnya seorang ukhti dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini di atas ujian itu. Bukan hanya setahun perlu menikmati ujian yg diberi Allah padanya, tp utk bbrp tahun.

Aku mengagumi, dan lantas mengagumi Allah s.w.t. yg memberiku ibrah di sebalik semua yg terjadi semalam.

I am growing up,
Saadiah


Sunday, October 3, 2010

Qada' dan Qadar.

Bismillah...

Alhamdulillah. Kata-kata yang haq itu walaupun pendek, akan berkekalanlah ianya bersemadi dalam dada sesiapa saja yang mendengarnya kerana itulah sunnatullah al-haq ciptaanNya. Yang batil itu akan lenyap kalaupun mulanya berkumandang lantang kerana akhirnya akan tenggelam dek zaman.

"Apa yang berlaku itu adalah yang terbaik utk kita. Tidak mungkin yang mungkin itu lebih baik daripada apa yang telah terjadi."

Seorang ukhti bersuara menyampaikan hasrat hatinya, dan ternyata ianya bukan main-main. Ianya tentang keimanan kita pada suratan dan takdir bingkisan Allah s.w.t. pada tiap-tiap nyawa yang memang tidak diciptakan saja-saja sia-sia utk lahir ke dunia mengecap nikmat yg sementara. Pasti ada sebabnya.

Saadiah

Orang yang beruntung

Alhamdulillah, ke Tallaght dengan Nawwarians yg lain, berpeluang mendengar pengisian daripada seorang akh daripada UK yang dah berpengalaman lama dalam dakwah dan tarbiyyah ini.

"Orang yg beruntung;

1. Selalu berjaya;
2. Dalam kebahagiaan
Berani tanpa rasa takut
Tenang tanpa rasa risau
Optimis
3. Kejayaannya akan membuahkan kejayaan pada orang lain."

Keyakinan si akh pada sunnatullah Allah ini tiada tolok bandingnya. 150%. Teringat surah al-fath ayat 1; janji Allah dalam banyak-banyak janji yang sememangnya wajib diimani. Subhanallah...

Point ketiga oleh si akh sangat menumbuk. Betullah, pabila keimanan itu kuat di dada kita, akan terserlahlah dan tempias cahayanya akan terkena pada orang-orang yg berada bersama-sama.

InsyaAllah.

Betapa lemahnya iman, sedikitnya amal;
Saadiah