Monday, July 23, 2012

tadharru'

merendahkan diri

berdoa kepadanya dengan merendahkan diri.

mengangkat tangan menghadap muka.

"Ya Rabb..ya Rabb..."


tanda pergantungan dan pengharapan penuh padaNYA.
Allah jadikan hati kami teguh atas ujian ini.
Allah letakkan kami dalam keimanan saat-saat kesusahan dan kesenangan.

merendahkan diri sebagai seorang hamba.
Allah~~ penyucian ini sangat berat tetapi jadikanlah aku hamba sebenar benar hamba.
kerana dakwah ini tidak akan menang tanpa-Mu.
tarbiyah ini tidak akan lengkap tanpa cinta-Mu.

Allah~~ sesungguhnya aku termasuk orang yang menzalimi diriku sendiri.
ampunkan aku.
terimalah taubat ku.
aku ingin jauh dari azab-Mu
dan aku benar-benar merindui syurga-MU.

Monday, July 2, 2012

antara semalam dan hari ini

alhamdulillah usai majlis akad kakak saya semalam.
tapi saya betul-betul merasakan kehilangan seorang kakak
pada masa yang sama saya melihat mata ummi. [i know she's crying]
dan saat itu..saya hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan ummi.
kerana ketetapan itu pasti berlaku, cumanya bila? dan di mana?
kita tidak akan tahu.

hari ini.
kawan saya. iphone dia jatuh dalam air.
sedih betul dia. risau saya dibuatnya.
tak mampu melihat dia sebagaimana saya melihat ummi semalam.
tetapi dapat merasakan perasaan yang sama.
dan saya hanya mampu doa dari jauh.

ummi.
awak.

inshaAllah.

kita terus kuat untuk syurga Dia. Jom!!

saya sangat sayang mereka..Allah~~

Friday, June 22, 2012

checklist diri

kekuatan seorang mukmin itu ada 3 perkara
IMAN
UKHUWAH 
MATERIAL

saya sering bertanya pada diri..
sudahkah saya betul-betul meraih kekuatan dari ketiga-tiganya.
dan menyandarkan kesemuanya kerana Allah.

[muhasabah panjang]

p/s: Allah ghayatunna.

Sunday, June 17, 2012

taqarrub

maksud taqarrub di sini buat saye tertarik dan melekat.

Taqarrub ialah usaha dan kegiatan menghampirkan diri kepada Allah swt, sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan termulia di sisiNya.

Dengan cara: mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

menjadikan kemuliaan di sisi Allah sebagai mahkota idaman!

Tuesday, May 8, 2012

[monolog] dont leave Lampu Puteh

duhai pejuang hati dan jasad
jangan tinggalkan perjuangan di medan ini
teruslah berdoa agar hati terus thabat dan sabar
hingga 
perindu syurga 
bertemu dengan Pemiliknya.
jangan tinggalkan.
lampu puteh.

Monday, May 7, 2012

[re-Post]: kalau Allah mahu..kun fayakun

bangun pagi tadi dengan semangat baru
takkan tido sebab ada enam hari lagi tinggal untuk exam.
cuak sangat2...
baca dengan seihsan mungkin sehingga tertidur dengan nota neisseriae
ya Allah saksikanlah daku...

 alhamdulillah
dhuha itu sungguh menenangkan.
terima kasih Allah. tak sangka hati terus terpujuk dengan kata-katanya
Allah saksikanlah...andai ingatan ku padaMu lalai disaat aku menuntut ilmu ini
Engkau ingatkanlah..
kerana hanya dengan kemahuan-Mu segalanya akan berlaku.
kurniakan kami yang terbaik dan cemerlang.
ameen.

AL-INSAN

(Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.-22-

 maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).-29-
 
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana,-30-

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-31-


buat teman-teman saya di penang juga: semoga Allah kurniakan balasan terbaik untuk antunna atas segala usaha dakwah antunna. inshaAllah kami bakal menyusul..doakan >.<

[kmf]

Tuesday, April 24, 2012

kuat dan ...(dot dot dot)


sambil tengah belajar
saya rasa susah sangat nak fokus
dan fikir banyak sangat benda
rasa nak masuk gua lepas tue setadi sensorang..huhuhu

tapi tadi decide nak tulis sesuatu untuk diri sendiri makanya terilhamlah perkataan ini..tekan sini
banyak kali dalam hidup ini - kita akn minta kawan-kawan kita doakan kita.
sisters2 tersayang yang jauh mahupun dekat untuk doakan kita.
dan banyak jenis orang juga yang saya jumpa punya teman baik untuk sentiasa support mereka.
alhamdulillah..secara fitrahnya semua manusia pasti bijak mencari cara untuk mendapatkan kekuatan untuk diri sendiri.

tapi kekuatan sebenar ialah dalam diri kita sendiri.
dan yang paling hakiki ialah kekuatan pada Allah dan dari Allah.
entahlah..tapi i really learnt that and still learning. jika anda bertanya kepada saya, bagaiman saya punya segala kekuatan sehingga hari ini? i would answer it -> " with a lot of tears and doa"

itulah kekuatan yang saya jumpa.
walaupun begitu bukanlah bermakna bila kita temui kekuatan dalam diri kita sendiri dan Allah.
kita harus menolak pergantungan pada manusia ataupun tidak memberi kekuatan pada manusia yang lemah.
kerana Allah ciptakan manusia itu pebagai ragam dan macam. dan memang untuk kita saling berkenal-kenal dan melengkapi antara satu sama lain.janganlah kerana kita merasakan Allah lebih layak untuk bergantung -  maka apabila sister datang untuk meminta support, kita suruh dia doa kt Allah banyak-banyak terus. padahal tiada salahnya kalau kita peluk dia dan jadi seperti khadijah. berkatalah baik dan sesuatu yang memberi keyakinan pada dia. belajarlah dari isteri nabi..khadijah. dia sangat pandai dan bijak kan? nabi sentiasa rasa disupport bila bersama khadijah. itulah motivasi murabbi. :)

kerana ukhuwah itu kekuatan. dont take it for granted. always always always memberi kekuatan kepada manusia lain. kerana itulah erti hidup seorang daie. sentiasa memberi dan akan kita temui kekuatan dalam setiap pemberian kerana Allah itu.

ya..saya sedar akhir-akhir ini banyak pula saya bercakap mengenai ini. tapi itulah tarbiyah pertama Allah buat nabi.KEKUATAN. disaat-saat khadijah dan pakcik nabi sentiasa disisiNya saat-saat dipulau oleh kafir Quraisy - di saat itulah Allah menyambut nafas mereka. dan disaat itulah kesedihan nabi yang teramat sangat sehinggakan Allah memujuk nabi dalam peristiwa israk mikraj. yakinlah duhai hati yang sedang membaca post ini, setiap apa yang Allah berikan pada kita baik nikmat - harta mahupun ukhuwah, hargailah sebaiknya. tapi meletakkan pergantungan dan kesyukuran pada Allah itu yang paling utama.
sentiasa menerima pujukan dari Allah.

kerana saat engkau melihat awan, rasailah itu pelukan dari Allah
saat engkau melihat matahari, rasailah rahmat dan kasih sayangNya
saat engkau menikmati malam, rasailah Allah menyelimuti kita.
maka nikmat apa lagi yang kita dustakan? **nangis..

apapun FOKUS!!!! nak exam da..