sambil tengah belajar
saya rasa susah sangat nak fokus
dan fikir banyak sangat benda
rasa nak masuk gua lepas tue setadi sensorang..huhuhu
tapi tadi decide nak tulis sesuatu untuk diri sendiri makanya terilhamlah perkataan ini..tekan sini
banyak kali dalam hidup ini - kita akn minta kawan-kawan kita doakan kita.
sisters2 tersayang yang jauh mahupun dekat untuk doakan kita.
dan banyak jenis orang juga yang saya jumpa punya teman baik untuk sentiasa support mereka.
alhamdulillah..secara fitrahnya semua manusia pasti bijak mencari cara untuk mendapatkan kekuatan untuk diri sendiri.
tapi kekuatan sebenar ialah dalam diri kita sendiri.
dan yang paling hakiki ialah kekuatan pada Allah dan dari Allah.
entahlah..tapi i really learnt that and still learning. jika anda bertanya kepada saya, bagaiman saya punya segala kekuatan sehingga hari ini? i would answer it -> " with a lot of tears and doa"
itulah kekuatan yang saya jumpa.
walaupun begitu bukanlah bermakna bila kita temui kekuatan dalam diri kita sendiri dan Allah.
kita harus menolak pergantungan pada manusia ataupun tidak memberi kekuatan pada manusia yang lemah.
kerana Allah ciptakan manusia itu pebagai ragam dan macam. dan memang untuk kita saling berkenal-kenal dan melengkapi antara satu sama lain.janganlah kerana kita merasakan Allah lebih layak untuk bergantung - maka apabila sister datang untuk meminta support, kita suruh dia doa kt Allah banyak-banyak terus. padahal tiada salahnya kalau kita peluk dia dan jadi seperti khadijah. berkatalah baik dan sesuatu yang memberi keyakinan pada dia. belajarlah dari isteri nabi..khadijah. dia sangat pandai dan bijak kan? nabi sentiasa rasa disupport bila bersama khadijah. itulah motivasi murabbi. :)
kerana ukhuwah itu kekuatan. dont take it for granted. always always always memberi kekuatan kepada manusia lain. kerana itulah erti hidup seorang daie. sentiasa memberi dan akan kita temui kekuatan dalam setiap pemberian kerana Allah itu.
ya..saya sedar akhir-akhir ini banyak pula saya bercakap mengenai ini. tapi itulah tarbiyah pertama Allah buat nabi.KEKUATAN. disaat-saat khadijah dan pakcik nabi sentiasa disisiNya saat-saat dipulau oleh kafir Quraisy - di saat itulah Allah menyambut nafas mereka. dan disaat itulah kesedihan nabi yang teramat sangat sehinggakan Allah memujuk nabi dalam peristiwa israk mikraj. yakinlah duhai hati yang sedang membaca post ini, setiap apa yang Allah berikan pada kita baik nikmat - harta mahupun ukhuwah, hargailah sebaiknya. tapi meletakkan pergantungan dan kesyukuran pada Allah itu yang paling utama.
sentiasa menerima pujukan dari Allah.
kerana saat engkau melihat awan, rasailah itu pelukan dari Allah
saat engkau melihat matahari, rasailah rahmat dan kasih sayangNya
saat engkau menikmati malam, rasailah Allah menyelimuti kita.
maka nikmat apa lagi yang kita dustakan? **nangis..
apapun FOKUS!!!! nak exam da..
No comments:
Post a Comment