Tuesday, April 5, 2011

jaga

Bismillah.

selalu kita mencari-cari tarbiyah.
dan dalam pencarian itu seolah-olah kita memaksa diri memakai kanta cekung.
maksudnya memakai cermin mata rabun jauh..

seronok melihat dengan terang dan menguruskan hal2 dakwah yang nun jauh
meng'cater' apa yg ada di luar sana.

hingga lupa rupanya hati memerlukan kanta cembung.
kerna telah rabun dekat. astaghfirullah

daie.
jaga hati
hubungan dengan Allah kena dekat
macam rapatnyerr atom2 dalam besi paling kuat, paling tumpat.
manalah mampu syaitan nak rapuhkan

dengan hati yg tumpat dan pekat dengan Allah,
obsesi yang hebat dan dasyat
iman itulah yang mampu menggegarkan dakwah kita
taqwa itulah yang akan membulatkan tekad
maka lahirlah ihsan
dengan bunga keikhlasan

subhanallah.
ku idamkan nak jadi daie ideal.
macam Rasulullah saw
macam sahabat
kan?

jaga hati . jaga hati

“Abu Bakar mengungguli kalian bukan kerana banyaknya solat dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (HR at-Tirmidzi di an-Nawâdir dan al-Ghazali di Ihyâ’ Ulûmiddîn)

p/s: diri..jgn lupa sabar dan doa...minta pada Allah Maha Best! (=

Sunday, April 3, 2011

Sayang

Sayang,

Sayang tu apa yea?

Bukan setakat dgn berapa byk kita text dia,

Bg bunga pastu dia happy,

Kasi kad comel-comel,


Sayang,

Sayang tu kite nak tahu apa dalam hati dia,

penuh dgn Allah ke tak,

iman dia,

kerna kalau betul kite sayang,

kita nak ke Jannah bersama dia,

nak dia betul-betul kenal Tuhan dia,

Rasul dia,

sebabkan syahadah kita kata apa kan?

Kite xnak dia lost sorang2,

Happy gegile dgn apa yg dia buat,

Rasa cm dah puas dah, selesa je,

But deep down we know dat dia x’happy’ sebenarnya

Happy in a sense yang dia sudah kenal & nak jadi hamba,

puas dgn hakikat penciptaan diri,


Sayang,

kite nak dia menangis,

sbb dia dah dapat kebenaran,

Ku impikan hari itu,

Hari dia jatuh cinta dgn Dia...

Tuesday, March 29, 2011

Lihatlah lebih jernih dan berfikirlah lebih dalam

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
(senyum sendirian)
membaca post post di zaman-zaman ketika muda.
betapa hati ketika itu masih suci.
indahnya saat itu.
hati benar-benar berlari ke arahNya.
setiap saat dan waktu.
daku masih ingat lagi...(senyum lagi)
waktu itu.
semangat membara-bara.
sampaikan dalam bentuk apa sahaja.
as long as i can share what i get.
as time pass by.
kematangan itu membuah di kotak fikiran.
kematangan seorang hamba.
kematangan seorang daei.
dan senyum lagi melihat adik-adik yang sama seperti kita.
kadang-kadang semangat adik-adiklah pengubat jiwa kakak-kakak.
itu saya sendiri tak menafikan.
kerana kematangan kakak dan semangat adik-adik akan saling complement.
ya Allah aku rindu.
rindu benar saat-saat muda itu.
(senyum lagi dan lagi - kali ni dalam hati ;) )
kerana masa muda itu takkan kembali.
maka berlarilah kamu dengan jiwamu saat ini.
dan senyumlah bersama jiwamu.
kerana tarbiyah itu tetap ada dan masih ada.
untuk merindui saat itu tidak salah.
tapi untuk menjadi seperti dulu itu sesuatu yang agak mustahil.
kerana setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.
Dia mensucikan jiwa setiap hambaNya dengan ujian itu.
dan ujian itu menjadikan kita seseorang yang baru.
Lebih tajdid jiwanya pada Rabbnya.
as time goes by...
kita akan terus merindui saat muda itu..
dan kita tetap terus berlari kepadaNya
duhai sahabat
lihatlah lebih jernih dengan apa yang ada dihadapanmu
dan berfikirlah lebih dalam...
kerana setiap ujian itu suatu peluang makrifah kita padaNya.
siapa tidak mahu?

Jom berlari?

Friday, March 25, 2011

hakikat hati ini

Bismillah.

Kian hari daku merasakan ketenangan ilahi semakin menghiasi....
Dan ketakutan terus menyelubungi perasaan kehambaan ini.

Teringat ketika
Saat jiwa dibaluti ujian yang mencengkam,..
aku masih rasa keperitan itu...
Terlalu sesak dada dan diriku begitu kaku.
Hati meronta meminta-minta pelukan Ilahi
tiada ungkapan yang bisa menjelasi waktu yang begitu jernih
menjernihkan hati....

Tanpa tarbiyahMu, tidak mungkin mata ini mampu mengalirkan titisannya.
Ya Allah, aku begitu rindu saat-saat diuji....
Saat-saat begitu mudah air mata ini menyucikan hati.
Deras dan semakin deras setiap hari...
dalam meraba-raba mencari cintaMu yang hakiki...

Aku yakin inilah tabiat ujian yang membersihkan hati ini.
Aku rindu setiap detik yang kau hadiahi dengan perasaan mencari....
Mencari yang kekal dan pasti.
Hakiki menusuk sanubari ini...

Allah.
Betapa aku rindu sesak dada itu...
Biarpun payah. Aku tahu Engkau mahu aku.
menjadi hamba yang menyempurnakan hatinya dengan cintaMu.

Tuhanku...
Aku tak jemu
Aku mahu....
Engkau terus membersihkan jiwa ini.
Sakit, lemah, pedih peritnya hati ini.
Buatku...
ianya anugerah terindah dalam diri.

Seandainya ujian ini mampu menjanjikan aku terus merinduiMu,
hati ini setia menikmati..
Seandainya ujian ini bisa melewati dosa-dosaku yang menggunung tinggi,
hati ini rindu menanti..
Seandainya ujian ini jalan untuk diri ini mengenaliMu lebih lagi,
hati ini akan tidak jemu merestui..
Seandainya ujian ini dapat mentajarrudkan diri ini,
hati ini mahu terus disuci..
Seandainya ujian ini satu-satunya jalan untuk menthabatkan diri,
hati ini rela dilukai saat ini..
dan
Seandainya dengan ujian ini membuatkan syurga ternanti-nanti,
akan terus ku harungi.....

Betapa diri ini menginginkan tingkatan cinta yang tertinggi kepadaMu
Menjadikan iman perisai diri..
dalam menjalani hari-hari...
sebagai seorang yang bergelar daie...

Betapa aku merindui untuk terus menjadi yang paling Kau rindui,
Ya Rabbi, pemilik hati...akanku nikmati tarbiyahMu dengan lafaz rela hati
rendahkanlah hati ini
daku sentiasa mahu terus diuji...
agar jiwa ini suci dan taqwa menghiasi diri.
hingga pertemuan indah 'KITA' nanti.

segala puji ku letakkan satu-satunya buatMu
I luv u Allah. I luv u Rasulullah. n them who luv U.
Truly.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni surga mereka kekal di dalamnya." [hud:23]

T.T

Allah, guide us plzzzz?
Biiznillah

Wednesday, March 23, 2011

Alir

Bismillah.

Mata pejam. Jari ke sisi dahi.
Menekan dan tekan lagi.
Berkerut. Berfikir.
Berfikir dan fikir lagi.
Muhasabah
Demi muhasabah

Menyelak cara Rasulullah saw
Ini yang Allah temukan

The key is 'kasih sayang'

dan lakukanlah dengan kesabaran.
“…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran : 146)

Subhanallah.
Bukakanlah hati kami.
Ya Rabbi, bimbinglah kami.


Alam sentiasa bersamaku mencintaiMu
Biiznillah

p/s: kerana mahu merasa manisnya iman, akan ku alirkannya demiMu dan rasul.

Sunday, March 13, 2011

I.I.I

 
Islam
Iman
Ihsan
Ihsanlah dalam segala hal.
Dan bersamanya dengan ikhlas dan istiqamah.
Kerana itu bukti islam dan imanMu.

Carilah

Bismillah.

Dikala hati kita mencari Allah.
Bermujahadah memilki hati yang penuh sepenuhnya dengan ilah

Pasakkanlah niatmu berpaksikan yang Haq
Kembali bertaubat pada Rabbmu
Alirkanlah air mata sederas mahumu
Menongkah keegoan manusiawi yang menyempiti
Sedia tunduk sujud pada ilahi
Dengan penuh harapan yang diresapi kecintaan

Bersama taqwa, tawakal
dan redha

Teruslah berdoa
Hatimu bersih
dengan amal yang ihsan

Meletakkan
Imanmu yang terutama
Dalam mencari firdausi

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan." [taubah:82]

Jzkk hati
Biiznillah.