Kalau Islam di hati
Saya tidak perlulah duduk di antara dua orang lelaki berumur yang tanpa segan dan silu meminta red wine dan white wine semasa atas flight tanpa segan silu atau rasa bersalah
Kalau Islam di hati
Tentu pakcik Turki didepan Topkapi Palace, istana dibina Sultan Muhammad AlFateh, tidak akan berkata “You should take that (tudung) off, have a LIFE, look at the turkish girls..”
Kalau Islam di hati
Tentu pakcik di Grand Bazaar di Turki tidak sewenang-wenangnya ingin memegang tangan saya dan mengatakan “It’s normal”
Kalau Islam di hati
Tentu anak muda Turki tidak melakukan adegan-adegan tidak sepatutnya di hadapan masjid, sewaktu azan berkumandang
Namun
Kalau Islam benar-benar di hati
Hati ini akan rasa diterima dan dipeluk seperti perasan di masjid Eyyup(Masjid Abu Ayyub Al Ansari)
Jemaah dari jauh sanggup menaiki bas untuk solat di masjid ini
Semua berkejar-kejaran ingin mengikut rakaat pertama
Wanita memakai hijab dan terpelihara
Lelaki menjaga pandangan
Makcik-makcik terharu melihat orang Malaysia, memberi coklat dan mencium pipi dan menyuruh kami mengambil gambar bersama bayi mereka.
Semua berduyun-duyun untuk melihat makam Abu Ayyub Al Ansari, wajah mereka sungguh ikhlas.
Subhannallah
Terasa seperti seorang yang baru sahaja berhijrah dari tempat yang sangat jauh dan diterima dengan tangan dan hati yang terbuka.
Seperti muhajirin yang dibantu ansar.
Ini agaknya perasaan para sahabat masa hijrah.
Ye ke? Entahlah.
Tapi perasaan ini sangat indah.
Rasa macam nak pindah duduk kat tempat ini..Sayang sangat kat Turki masa tu.Tak tipu langsung
Masa itu agak marah kepada diri kerana masih berlembut dan memanjakan diri.
Islam perlu bangkit dan semua kena rasa perasaan indah ini.
Perasaan seolah-olah Islam dah menjadi agama terbaik
Diri yang hina dan rendah ini kena ubah…Rasanya cam kena sangat menjadi individu yang terbaik!
Kena kerja lebih keras
Ya Allah,
Kembalikanlah Islam sebenar dalam hati hamba-hambamu ini..
InshaAllah
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan”
(74:1,2)