Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Ceritera kakak II

Bismillah
Semalam tengok kakak...dia nangis lagi..
tak tahu kenapa..
pastu nampak dia mengaji..mashaAllah
semoga Allah kurnia kekuatan buat dia..

Esoknya, kakak bangun awal sebab tidur awal semalam..adik-adik mungkin tidur lambat sebab semua pun macam susah nak bangkit subuh. Subuh awal-lah katakan. mencabar juga la nak bangun. Alhamdulillah dengan kurma dua biji, kakak sahur. kena juga puasa sebab nak ganti puasa. kakak kejut adik. ada yang bangun dan ada yang macam nak bangun rupanya adik tak bangun. patut la adik nampak badmood eh...adik bangun subuh lambat.

kesian adik.
kakak tak kejut adik betul-betul. adik pun nampak sangat stress dan takde mood. takut kakak nak cakap dengan adik. adik pulak macam nak melarikan diri je dari kakak. kakak pergi sekolah..sebenarnya kakak lemah sangat hari tue. rasa nak menangis je sepanjang hari. dalam kelas pun kakak tak mampu nak fokus. rasa susah sangat. kakak banyak doa kat Allah minta kekuatan. kakak memang decide nak gi tidur U** malam tue. tapi kakak tak sanggup nak tinggalkan rumah.

baru kakak dapat tahu adik pun menangis semalam. kakak rasa bersalah sangat sebab tak support adik. kakak banyak fikir benda lain, kakak betul-betul ingat adik ok dengan semua ini. sebab adik kakak sangat positif...adik kakak sangat matang. tapi hari ini adik betul-betul lain. kakak rindu sangat adik yang selalu ceria dan comel walaupun comel adik pelik. hehehehe

adik. kakak minta maaf sebab tak support adik. knowing that u are weak..alhamdulillah Allah bagi kakak kekuatan untuk terus bangkit. Allah takkan biarkan kita lemah adik, melainkan kalau kita yang nak. Adik, kakak nak bersama adik. walaupun adiklah adik kakak yang paling kurang kakak peluk. tapi kakak sayang adik. banyak kakak belajar dari adik. adik, dont ever give up.
sebab every hardship yang Allah letakkan kepada adik..kakak sangat yakin..Allah nak kuatkan adik.

adik.
adik tahu tak...kakak selalu bayangkan adik final year.
adik mesti jadi kakak yang paling best dan mampu kuatkan adik-adik lain nanti.
kakak nampak kekuatan dalam diri adik.
dan kakak pun rasa kuat bila bersama adik.

adik...dont ever give up!
dont be sad...sebab kakak rasa..adiklah yang paling dekat dengan Allah...
adik...jom kita kuat sama-sama!

hadiah untuk adik
"...Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat;

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."

22:34-35


Wednesday, December 28, 2011

selalu

selalu kita tertanya dan menanti.

pernah tak bertanya diri?

Adakah Dia yang ku nanti.

p/s: ku cuba untuk meletakkan Rabb paling tinggi dalam hati.

Sunday, July 10, 2011

kasih sayang itu..

bismillah wbt.
assalamualaikum.
baru je habis baca suatu mesej dari seorang adik.
bukanlah response diharapkan...tapi hmm jzkk dik alhamdulillah.

dalam menangkap mad'u-mad'u atau mengambil hati mutarabbi kita. bukanlah kata-kata je yang memainkan peranan. yes, we know for sure that kata-kata yang lembut memang senang nak menusuk hati manusia secara fitrahnya.
tetapi dalam kelembutan itu perlu ada fikrah. perlu ada prinsip.
janganlah kerana kita terlalu sayangkan mad'u atau mutarabbi kita, kita manja-manjakan, kita belai-belai mereka sehinggalah bersikap seperti kucing ( bukanlah mahu dibandingkan manusia dengan kucing yea..hohoh jangan salah faham)


ye la..sikap kucing, makin diberi makan makin manja, makin comel.

pengalaman sendiri. hmm tersenyum sendirian. malah sampai sekarang pun saya sendiri masih berusaha untuk memberikan kasih sayang dan juga tegas dalam kelembutan. kadang-kadang murabbi menjadi terlalu tegas, dan adakalanya murabbi terlalu lembut. hakikatnya, perlu ada balance dalam kedua-duanya. supaya yang mentautkan hati kita dan mereka bukanlah diri kita semata-mata tetapi islam yang mahu dibawa. 

kadang-kadang kita gembira apabila dikelilingi mad'u yang ramai kerana kelembutan kita. dan kita tertipu dengan hakikat ini. tapi cuba kita refleksi diri kita seramai mana diantara mereka yang betul-betul nampak fikrah dan prinsip islam yang mahu kita bawa? berapa ramai yang benar-benar dibina atas prinsip itu? atau adakah kita menghasilkan klon-klon kita yang sama? 

Allah kurniakan kita kelembutan itu.
Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.
[Surah Ali-Imran 3:159]

Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah di hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain.[link]
Part paling saya gemari dalam pernyataan di atas ialah ..memperbaiki orang lain..
lembut dan mampu membaiki orang lain. 
tegas dan menampakkan prinsip kita.

kenapa mahu menampakkan prinsip dan fikrah kita? kerana kita mahu membina manusia. bukanlah sekadar berbuat baik. pembinaan manusia tak akan kekal seandainya kita hanya melahirkan adik-adik yang patuh dan taat pada kita ataupun kakak-kakak. the end result would be a follower. kita tidak mahu adik-adik menjadi pahat dan kita penukul.

yang kita mahu adik-adik yang dibina atas prinsip islam dan fikrah kita. mereka bukanlah pahat dan kita bukanlah tukul. tapi kita semua menjadi seperti nila. apa prinsip nila? walau setitik..mampu mewarnai sekelilingnya. ataupun kiub tomyam. campak kt mana-mana, akan larut dan hasilkan bau tomyam. itulah prinsip pembinaan kita. adik-adik yang akan mampu mewarnai hati-hati disekelilingnya walau dicampak dimana-mana pun.

sirah membuktikan.
abu dzar mampu mengislam satu kampung kerana prinsip islam yang difahaminya.
amru al-asr mampu membuka mesir kerana fikrah islam yang di'sighah'nya.
betapa hebat Rasulullah membina mereka, mampu keluar dari halaman sendiri demi islam tercinta.
Itulah manusia-manusia yang kita ingin bina.
yes...mungkin kita merasakan sahabat-sahabat sangat jauh kehebatan mereka dibandingkan dengan kita.
tapi andai kita tidak bermimpi, kita tidak akan nampak misi dan visi kita dan menjadikannya realiti.

generasi al-quran yakni generasi assabiqun al awwalun bukanlah hebat kerana mereka hidup sezaman dengan nabi. tetapi kerana kefaham mereka yang jelas dan nyata mengenai al-Quran dan islam.
bagaimana mahu jadi sehebat mereka? hebatkan diri kita dengan al-Quran sebagaimana mereka. 
tak mustahil 
kita akan jadi sebijak sultan muhammad al-fateh
sepandai salahuddin al-ayyubi
setaqwa Abu Bakar 
dan selembut Uthman.

sirah lagi sekali membuktikan..mereka mampu hebat kerana Islam dan AQ, mengapa tidak kita?

Saturday, April 9, 2011

dengan nikmat Tuhanmu

bismillah.

"Katakanlah Muhammad," Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun dan Maha |Penyayang. 03:31

dengan nikmat Tuhanmu
bersyukurlah.
dengan nikmat Tuhanmu
dengarlah.
dengan nikmat Tuhanmu
berlapang dadalah.
dengan nikmat Tuhanmu.
bergeraklah dan teruslah bergerak.
dengan nikmat Tuhanmu
bangkit!!!! andai kau jatuh
dengan nikmat Tuhanmu
bertaubatlah!!! andai kau lalai
dengan nikmat Tuhanmu
not tell them what to do
but guide them...
dengan nikmat Tuhanmu
berhikmahlah
dengan nikmat Tuhanmu
peliharalah emosimu
dengan nikmat Tuhanmu
kembalilah kepadaNya
dalam apa jua perkara.
dengan nikmat Tuhanmu
kau mencintai Allah...dan aku pun..
dengan nikmat Tuhanmu
akan ku hargai setiap saat ini agar ia jadi saksi mujahadah ku dengan Dia.
aku rinduuu...pertemuan bersamaMu dengan dia, mereka dan ikhwah dan akhawat.
redhai kami ya Allah...

Tuesday, January 19, 2010

WHERE AM I?

WHERE AM I?


manakah yg lebih mulia?

keredhaan manusia

ataupun

keredhaan Allah

yang Maha Agung?

"Sesungguhnya Allah membeli dr org2 mukmin, baik diri maupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka yg berperang di jalan Allah, sehingga mrka membunuh atau terbunuh, sbg janji yg benar dr Allah di dlm Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg tlh kamu lakukan itu, dan demekian itulah kemenangan yg agung "
(9:111)

^_^

Sunday, November 29, 2009

Chewing Gum

..
...
....

hari ini aq menempuh jalan Harold's Cross seperti biasa ..

seperti "biasa"?

huh, setiap hari semestinya hari yg baru utk ku.
krna setiap hari ada lah ujian baru utk ku yg telah disediakan Allah sejak di Lauh Mahfuz lagi..

jadi, aq teringat lah tindakan khalifah yg trkenal, Umar Abdul Aziz yg sntiasa memperbaharui langkahnya dgn membetulkan niatnya..

mm..hebat kan? aq? huhu, mmg kna muhasabah diri byk kali..brpa byk kali yg telah ku perbaharui niatku?

kadang2, aq berjln melalui lorong, tak kisah sempit atau luas, gelap atau cerah,
perjlnn ku sering kali tak lancar saban hari..haei..(mengeluh sbntr)

ia bagaikan ada sesuatu yg berat menhalang prjlnn ku

bila ku periksa, rupanya, tapak kasut ku

terlekat CHEWING GUM!

isy2, susah betul ada chewing gum, ntah siapa yg buangnya..tpi itu lh, bila nk brjln rsa mmg ssh sgt sbb ada bnda melekat kn kita, mmg tk flexible lh kn?
nk jln pn ssh..

itulah hidup kita sehari-hari ni..
kadang2 diriku sndiri tak sedar, knpa hati ini kadangkala payah utk terbuka?

mgapa ayat2 Allah tak menggentarkan hatiku sepertimana org2 mukmin yg bergetar jiwanya tatkala mendengar ayat2 Allah?

mengapa ibadah ku tidak sekhusyuk para sahabat yg bersungguh2 dlm ibadah mrka?


aq duduk sbntr, dn berfikir(n beriman) sejenak bersama-sama teman2ku,

~rupa2 nya, baru lah ku tersedar dr tidur ku, bhwsanya, byk lg "chewing gum" yg terlekat di hati ku ini,
dlm aq menasihati kwn2, kadang2 aq terlupa akan diriku sdiri..
pabila chewing gum itu tak dibersihkan dr hati, ia bgai kan penyakit kataraks yg menyelaputi mata, justeru, mnjadi kabur, payah, sukar utk prkara yg ingin disampaikan dr hati utk smpai ke hati yg lain, bahkan seperti ada benteng yg menghalangnya..
ayuh shbt2, sama2 kita tanggalkan chewing gum itu, satu persatu, biar pun perit krn ia telah melekat lama mcm gam gajah skali pun, jgn berhenti berputus asa, ssngguhnya, Allah melihat pda usaha kita, bkn pada hasilnya..
maka, ayuh brsama mencuci hati dgn ayat2 Nya, di samping menanggalkan chewing gum itu, sedikit demi sedikit..

bak kata seorg teman ni, "tingkah laku lebih baik dr brckp shja"

As-Saff:2
"Wahai org2 beriman! Mengapa kamu mengatakan sstu yg tidak kamu kerjakan?"

~tegur lh diri yg lemah ini jika ada sbrg kekurgn, tiada sesiapa yg sempurna di muka bumi ini melainkan Allah azzawajalla..~

wassalam

@sharing kite sharing kasih syg@