Friday, February 26, 2010

Refleksi

Hadis Rasullulah

"Ada seorang lelaki pada hari qiamat kelak ia digiring ke neraka dan dicampakkan ke dalamnya. Isi perutnya terburai keluar dan ia berpusing-pusing melingkarinya sebagaimana berpusingnya keldai mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni-penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata "Wahai si fulan tidakkah engkau dahulunya menyuruh orang melakukan yang maaruf dan melarang yang mungkar?" Lelaki itu berkata: "Ya, memang benar, aku dahulunya menyuruh orang melakukan yang maaruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya"

Hadis ini menampar saya.

"Allah kekuatan saya..."

Saturday, February 20, 2010

keluargaku...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Hari ini 19 Febuari 2010
genap 172 hari saya berada di bumi Dublin
bermakna lebih 5 bulan saya meninggalkan bumi tercinta Malaysia

Alhamdulillah...
hidup lagi saya rupanya

hampir lima bulan yang lepas saya mendapat 'mama' baru dalam siri tarbiyyah hidup saya
"mama Rai"

14 Febuari 2010 "mama Rai" meninggalkan Dublin
untuk kembali berjuang di bumi tercinta Malaysia bersama akhwat di sana

BKB tergantung tak bertali
"kesiannyaa korang..belum ada mama ehh.."usik seorang akhwat sewaktu melawat Kahfi tempoh hari

sedih sebentar
lalu kemudiannya terfikir
"mama Rai" will always be our mama...
senyum 
senyum
senyum

dan dalam masa terdekat ini saya sekali lagi akan mendapat 'mama' baru 
"mama ....."

wallahualam
"masih dalam perbincangan..sabar yee" kata akhwat Sinaah sewaktu saya bertanyakan tentang mama baru kami
berdebar menunggu

hari ini 
kami masih menununggu
"sabar yee.."

semoga kami akan menjadi anak-anak yang lebih matang dalam mengejar Mardhotillah 
semoga kami lebih kuat berjuang menegakkan al-Haq bukan sahaja di muka bumi, malah di muka dunia
semoga kami lebih himmah dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai hamba-Mu ya Allah
semoga taaruf, tafahum dan takaful akan lebih dihadam dalam keluarga kami

dalam perjumpaan keluarga kami selepas ini
saya berazam untuk lebih mempraktikkan motto Abu Saif
~ ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
insyaallah

Ya Allah, bimbinglah hamba-Mu yang lemah ini!



"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"
(29:69)







Thursday, February 18, 2010

Benci jahiliah!!!!!

Saya selalu tertanya-tanya..kenapa susah nak berubah???
kenapa susah sangat nak tinggal karat-karat jahiliah dalam diri???
kenapa terasa sangat enak perbuatan-perbuatan jahiliah???
sampai menutupi keindahan islam..dan keenakan berjumpa dengan Allah???
adakah sebab kita dah sayang kat jahiliah-jahiliah tu???
lagi sayang dari sayang Allah???
nauzubillahiminzalik...
kadang-kadang kita sendiri yang mereka alasan dan alasan dan alasan...
sampai bila nak bagi alasan???

tapi memang betol jahiliah tu memang susah nak tinggal...
susah???tapi possible kan????bukan tak mungkin..
jahiliah yang lekat-lekat dalam diri..
yang jadi penyebab kita tak boleh maju...
yang jadi penyebab kite sentiasa ade masalah dengan Allah..
dan boleh jugak penyebab hati kita susah dihinggap hidayah Allah...
cube check balik akhlak kita..amalan kita..hati kita...
adakah kita dah usaha sehabis mungkin (mujahadah) untuk buang jahiliah???
atau masih rasa manja-manja???
um....jawab la sendiri...

kalau kita dah tahu tugas kita dicipta ni kenapa..
hamba (51:56) dan khalifah (2:30)....
kenapa kita tak berusaha menuju itu???

~mujahadah~
wahai orangyang berselimut
bangunlah, lalu berilah peringatan!
dan agungkanlah tuhanmu
dan bersihkanlah pakaianmu
dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji
(almuddassir:1-5)

ps: ni adalah personal comment kat diri sendiri..orang lain sila terasa juga...

Friday, February 12, 2010

teknik2 membasuh yang efisien



Sebelum nak membasuh, kita mesti sediakan


Barulah senang nak kesan-kesan minyak nak hilang, licin je.


Dah ada pencuci, kena la ada


supaya dapat menyental daki-daki di tepian. Takkan pakai tangan pulak kan?



Tapi, bukan semua daki akan hilang dengan begitu sahaja. Ada karat-karat yang terlalu degil, tak bergerak walaupun disental berkali-kali. Mungkin, patut guna ni


yeay!!! Karat-karat disental, tapi masih guna kuasa tangan kita. Dan kita kena belajar banyak mana tenaga yang diperlukan untuk setiap sentalan sebab kalau terlalu keras, mungkin akan tercalar dan rosak.


Dan kita tidak mahu hati kita berparut.