Saturday, February 20, 2010

keluargaku...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Hari ini 19 Febuari 2010
genap 172 hari saya berada di bumi Dublin
bermakna lebih 5 bulan saya meninggalkan bumi tercinta Malaysia

Alhamdulillah...
hidup lagi saya rupanya

hampir lima bulan yang lepas saya mendapat 'mama' baru dalam siri tarbiyyah hidup saya
"mama Rai"

14 Febuari 2010 "mama Rai" meninggalkan Dublin
untuk kembali berjuang di bumi tercinta Malaysia bersama akhwat di sana

BKB tergantung tak bertali
"kesiannyaa korang..belum ada mama ehh.."usik seorang akhwat sewaktu melawat Kahfi tempoh hari

sedih sebentar
lalu kemudiannya terfikir
"mama Rai" will always be our mama...
senyum 
senyum
senyum

dan dalam masa terdekat ini saya sekali lagi akan mendapat 'mama' baru 
"mama ....."

wallahualam
"masih dalam perbincangan..sabar yee" kata akhwat Sinaah sewaktu saya bertanyakan tentang mama baru kami
berdebar menunggu

hari ini 
kami masih menununggu
"sabar yee.."

semoga kami akan menjadi anak-anak yang lebih matang dalam mengejar Mardhotillah 
semoga kami lebih kuat berjuang menegakkan al-Haq bukan sahaja di muka bumi, malah di muka dunia
semoga kami lebih himmah dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai hamba-Mu ya Allah
semoga taaruf, tafahum dan takaful akan lebih dihadam dalam keluarga kami

dalam perjumpaan keluarga kami selepas ini
saya berazam untuk lebih mempraktikkan motto Abu Saif
~ ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
insyaallah

Ya Allah, bimbinglah hamba-Mu yang lemah ini!



"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"
(29:69)







No comments:

Post a Comment