Bismillah.
Betullah, dakwah kita ini adalah dakwah kasih sayang. Bukanlah kerana duty rumah, barulah kita akan memasak contohnya. Sedang yang diberi tugas itu baliknya lambat. Kita sudah ada dua tiga jam lebih awal berada di rumah, buat apa? Tidaklah juga kerana naqib/ah, barulah akan bertegur sapa bergurau senda, bertanya khabar dan bermanis muka. Sedang kita ini sesama kita, harus sentiasa update each other. Kita yang sudah lama setahun dua tiga dalam tarbiyyah, tarbiyyah tentang apa saja?
Dakwah menuntut masa yang lebih daripada diri kita sendiri. Demi ummat dalam jangka masa sepuluh dua tahun lagi. Agar dakwah tidak pupus dan basahnya iman tidak layu dan mati kerana ikatannya hanya pada kerja-kerja dakwah yang kering.
Kadang-kadang si daie A terlupa teman seperjuangannya si daie B. Kerana sibuk terkejar-kejarkan mad'u-mad'u luar rumah yang ramai, lupa tanya keadaan mereka sendiri. Tidak banyak masa untuk merancang atur adik-adik dalam pentarbiyahan atas tanggung jawabnya, masa yang ada bersama-sama dengan daie-daie satu lokaliti terabai; taken for granted. Pertanyaan-pertanyaan yang diluah semasa makan setalam, tidur sebantal, iron seboard hanyalah berkisar tentang gerak kerja mereka semata.
Ukhwah sesama adik-adik peri pentingnya adalah kerana beratnya kita untuk memikul peranan sebagai seorang yang akan memantau kefahamannya, amalnya dan hubungannya sesama arRab.
Ukhwah sesama kita, apatah lagi. Lembutnya kita sesama mereka yang diluar sana, lembut lagi kenanya kita sesama kita. Aku tidak mengatakan lembut itu perlu lembik, perlu suara ditarik-tarik merdu, ataupun belaian manja. Aku mengatakan lembut ini ertinya halus dan berhati-hati dalam berbicara ttg ummat. Dijaga perbincangannya agar apa yang cukup disimpan pada dirinya saja, tetap tersimpan. Tidak sembrono sesuka hati meluah apa ada di hati.
Dakwah kasih sayang. Bukan sekadar itu yang perlu kita fahami.
Masih banyak yang belum kita mengerti.
Dakwah basah,
Saadiah.
No comments:
Post a Comment