Bismillah.
Dakwah bukan saja mengangkat seorang manusia itu ke suatu darjat yang memang sepatutnya diletakkan manusia itu di atasnya, bahkan mematangkan manusia dengan banyaknya pengalaman-pengalaman daripada mereka yang berkesungguhan dan mendisiplinkan diri dengan lambakan urusan jamaie dan fardi yang tidak habis-habis sampai ke mati.
Namun faham saja, daie-daie mentah ini baru saja hendak memanjangkan langkah, dalam fikiran mereka mahu mengejar para syuyukh di hadapan. Walaupun mereka merasai yang sebenarnya langkahan demi langkahan hasil binaan mereka itu tidak lain tapi hanyalah canggung semata. Masih banyak pengalaman yang harus dikumpul sehabis tenaga, kisah-kisah daie yang mesti dicari penuh erti, dan taujih-taujih yang perlu dikutip simpan dalam hati.
Memang biasa. Kerana kita semua bermula sebagai seorang yang tidak sempurna. Kerana itu, jalan permulaan untuk si daie-daie kecil yang terkandung di dalamnya seribu kepahitan penyesalan atas kesilapan karenah diri itu bukanlah perlu diambil dengan rasa sedihnya bila pedih kerana kecewa, atau dengan keluh kesah atas sebab jiwa sentiasa gelisah, bukan juga dengan patah hati lalu keseorangan menyepi memulau diri.
Hadapilah hidup yang hakikatnya adalah berupa sebuah ujian ini dengan taat dan patuh pada sunnatullah yang Allah telah tetapkan mula akhir kisahnya, naik turun rodanya, pahit manis detiknya, di waktu ketika belum mereka menjejakkan kakipun lagi di atas pentas dunia dakwah dan tarbiyyah ini. Tidak ada apa yang perlu diratap tangis kerana percayalah, Allah hanya ingin memilih tapis mereka yang berjalan di thoriquddakwah, atas sebab ingin dipeliharajagaNya kesucian jalan para nabi, dan para yang dicintai. Jalan perjuangan ini...
Tiada sebab untuk dakwah di langkah mula ini mengurangkan kehebatan dakwah di pertengahan dan akhir jalan, kerana cintanya Allah adalah dengan mendatangkan dugaan demi menguatkan. Tidak ada ibu yang mahu melihat anaknya sakit, dan ini apatah lagi. Tidak ada Tuhan selain Allah, yg mahu melihat hambaNya dalam suasana perit tersepit, padahal dikenalnya hambaNya kelemahan dan kekuatan satu persatu lebih daripada hamba itu sendiri. Kerna itu pls, percayalah padaNya lebih daripada percayanya kita pada diri kita sendiri. Siapa hamba? Kita. Siapa Tuhan? Dia, yakni yang Maha Mengetahui dan Yang Hakiki.
Maka dengan itu, berlepaslah wahai jiwa tiap-tiap daie itu daripada rasa pahit kecewanya, hiba sedihnya, patah semangat jihadnya pada prestasi dakwahnya di tapak mula ini. Sebelum jatuhpun lagi, setkan dalam dada yang kita pasti akan bangun walau untuk ke berapa kali.
Well, all the best.
Jumpa di suatu masa bahagia,
Saadiah
No comments:
Post a Comment