Selalu kita tertanya-tanya apa yang kita mahu lakukan seterusnya. Mahu makan, mahu minum, mahu solat, mahu berehat, mahu berhibur. Pertanyaan itu fitrah. Bagi kita manusia.
Untuk sekian kalinya....
Bertanyalah pada diri kita, mengapa kita mahu makan, mengapa kita mahu rehat, mengapa kita solat, mengapa berhibur?
Dulu ISK mengajar kita, kembali kepada tujuan hidup, 2:30 dan 51:56.
Sebagai khalifah dan hamba.
Kealpaan manusia itu fitrah. Bukan kesalahan, tapi muhasabah. Allah menghadiahi kita dengan al-Quran dan sunnah. Sebagai manual yang paling kokoh.
Yang dapat mengatur hati kita, niat kita dan langkah kita. Islam sedang bangkit di seluruh pelosok dunia. Kita adalah pemegang panji. Setiap dari kita berada di setiap penjuru Islam. Sama-samalah pertahankanlah benteng yang Allah amanahkan!
Syurga hanya untuk mereka yang luar biasa. Tapi mereka juga manusia seperti kita. Bersabarlah....
Moga taqwa menghiasi amal kita, Allah neraca hati kita.
Selamat menempuh Syaaban, preparekan hati untuk madrasah Ramadhan!
"Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)." [29:5]
"Dan orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kami (Allah) akan menempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik-baik pembalasan bagi orang yang beramal.
(Iaitu) orang yang BERSABAR dan BERTAWAKKAL kepada Rab (Tuhan) mereka." [29:58-59]
No comments:
Post a Comment