Thursday, September 30, 2010

Rumah kita ini...

Slm wrt.

Alhamdulillah, bbrp hari lepas seorang kakak kaber dtg ziarah, jenguk-jenguk kami kanak-kanak kecil di sini. Sempat mencuri sedikit masa dprd ukhti ini utk mendengar mutiara-mutiara yg dijumpanya setelah 6 thn di bumi dublin...

Kata si ukhti;

RI ini...

1. Recharge kita setelah kita berpenat lelah di medan, bersakit sengal dgn mad'u-mad'u
2. Melatih kita fastabikhul khairat, dan
3. Melajukan perjalanan dakwah dan kehidupan kita sehari-hari.

As simple as that.

Sayang rumah tinggal-tinggalkan, sayang usrah jangan abaikan.
Sayang diri? Hiasi peribadi, kukuhkan iman tingkatkan amal (dah lari rhythm)

See my steps here,
Saadiah

Tuesday, June 29, 2010

|| mengisi hati ||


Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu ketika dahulju pernah terbaca ttg satu artikel dalam blog seorang sahabat ni..diri kita ini umpama sebuah kereta...kereta yg menggunakan petrol utk membolehkannya bergerak.n tarbiah itu adalh petrolnya..semakin bertambah isian petrolnya,semakin jauh kereta itu boleh pergi..semakin tinggi kualiti petrolnya,semakin pantas ia bergerak..

Alhamdulillah banyak pengajaran yang sy sendiri perolehi dan pelajari...seperti mana kereta itu tidak boleh bergerak jika tiada petrol,seperti itulah diri kita x blh hidup tanpanya..bak kata kak aisyah z,tarbiah itu nafas kita..tapi sejauh mn kita betul2 mengejar tarbiah 2..ingin menegur diri sendiri..kadang hanya semangat yang tinggi menggunung,tetapi amalnya tiada..bercakap sanagt senang,tp sukar utk melaksanakan..

Perlu ditanya balik pada diri..sejauh mana tarbiah itu penting buat kamu..Allah mnjadikan manusi

a mengikut acuan masing,yg mana tahap kefahaman itu berbeza..tp,apa yg perlu diingatkan di sini,ye benar acuan setiap individu berbeza,begitu jugalah bezanya setiap individu melihat n menilai sesuatu perkara..tp yg paling penting kita berkuasa utk mengubah dan mmbentuk acuan itu,iatu meguli,mencanai n membentuk acuan itu mengikut acuan Allah..bagaimana?apa bahan bahannya??tarbiah...tarbiah akan mmbantu kita mgikut acuan Allah...usrah,jaulah,mukhayyam, its all part of tarbiah..n act tarbiah itu di mana2 shj.

Mungkin bukan semua yang membaca faham apa yg ingin disampaikan..mintak maaf..tp buat mereka yg faham,diri ini sanagt2 bersyukur dgan semua nikmat yg Allah berikan..nikamat mengenal Allah semula..nikmat dberikan kaca mata baru..kaca mata islam. Sungguh sanagt berlainan ye,jika dibandingkan dgn dulu..tq Allah..

Hmmm..igIin bg satu perumpamaan lg..diri kita (or hati) ni jugak ibarat satu gelas kaca yg kosong..apa fungsi gelas,diisi dengan air bukan..tetapi ingatlah jika gelas itu tidak terisi dengan air,ianya pasti tetap terisi..angin....tiada manfaatnya..siapa mahu menerima gelas yg kosong,tidak berisi air..begitu juga dengan pencipta kita..jika hati kita kosong,tiada amal ibadat,pasti tidak dipandang Allah..nauzubillah..

gelas kosong itu mungkin cantik dipandang,tp tiada gunanaya..sekadar perhiasan,perhiasan di dunia..hiaslah secantik mana pn gelas kaca itu,ditabur dengan permata berlian sekalipun,tetapi ianya hanya tetap begitu..tidak boleh dugunakn..tiada manfaatnya..mahukah kita jadi begitu...tak..sangat banayk nikmat yg Allah kurniakan,gunakan sebaik mungkin,jdlah org yg bermanfaat pd umatnya...

mmm berbalik pada gelas kosong td..jika tidak diisi dengan air pasti terisi dgan benda lain kan..jika bukan angin pn,pasti bnda lain,habuk debu n sebagainya..macam 2 la hati kita..kalau tidak diisi dengan Allah,akakn diisi dengan perkara lain yg membuatkan kita jauh dengan Allah..kadang kadang bila hati terasa kosong,kita cuba penuhkan hati kita dgn perkara lain..jumpa kawann2,sembang,tgk tv,shopping,on9,tp lama kelamaan kita sedar bukan itu perkara2 yg dapat puaskan hati kita,penuhkan hati kita..hanya Allah..

cukuplah Allah bgku..

"Allah sufficeth me: there is no god but He: On Him is my trust,- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme!" at taubah:129

Ingatlah wahai saudaraku..tiada 2 rongga dalam hati,jika hati ini x dipenuhi dengan Allah,ia tetap penuh..jika bukan Allah yg lead hati kita,pasti prkara lain..nauzubillah..

p/s :manusia sentiasa membuat perumpamaan,kerana ia mudah difahami..tetapi,perumpamaan siapakh yg lebih hebat dari perumpamaanNya

"We have put forth for men, in this Quran every kind of Parable, in order that they may receive admonition"

39:27

Monday, June 7, 2010

What is not Allowed:

What is not Allowed:


RICHARD TILLINGHAST
Richard Tillinghast is an American poet who lives in Co Tipperary. He is the author of eight books of poetry, the latest of which is Selected Poems (Dedalus Press, 2010 ), as well as several works of non-fiction

* <http://www.irishtimes.com/newspaper/opinion/2010/0605/1224271903842.html#>


No tinned meat is allowed, no tomato paste,
no clothing, no shoes, no notebooks.
These will be stored in our warehouses at Kerem Shalom
until further notice.
Bananas, apples, and persimmons are allowed into Gaza,
peaches and dates, and now macaroni
(after the American Senator’s visit).
These are vital for daily sustenance.


But no apricots, no plums, no grapes, no avocados, no jam.
These are luxuries and are not allowed.
Paper for textbooks is not allowed.
The terrorists could use it to print seditious material.
And why do you need textbooks
now that your schools are rubble?
No steel is allowed, no building supplies, no plastic pipe.
These the terrorists could use to launch rockets
against us.

Pumpkins and carrots you may have, but no delicacies,
no cherries, no pomegranates, no watermelon, no onions,
no chocolate.

We have a list of three dozen items that are allowed,
but we are not obliged to disclose its contents.
This is the decision arrived at
by Colonel Levi, Colonel Rosenzweig, and Colonel Segal.

Our motto:
‘No prosperity, no development, no humanitarian crisis.’
You may fish in the Mediterranean,
but only as far as three km from shore.
Beyond that and we open fire.
It is a great pity the waters are polluted
twenty million gallons of raw sewage dumped into the sea every day
is the figure given.

Our rockets struck the sewage treatments plants,
and at this point spare parts to repair them are not allowed.
As long as Hamas threatens us,
no cement is allowed, no glass, no medical equipment.
We are watching you from our pilotless drones
as you cook your sparse meals over open fires
and bed down
in the ruins of houses destroyed by tank shells.

And if your children can’t sleep,
missing the ones who were killed in our incursion,
or cry out in the night, or wet their beds
in your makeshift refugee tents,
or scream, feeling pain in their amputated limbs –
that’s the price you pay for harbouring terrorists.

God gave us this land.
A land without a people for a people without a land.

Sunday, April 18, 2010

Fatamorgana

Apakah cita-cita ku cita-cita yang main-main?
Cinta kain lusuh
Apakah hanya wangi di mulut dan menusuk di hati
Tetapi alangkah sesalnya tidak menerobos dan tersibgah di dalam hati
Hijab hati singkaplah dariku
Bagilah aku melihat dengan kaca mata yang sebenar
Kaca mata yang lurus bersih & suci dari kebatilan
Adakah aku mengejar Cinta yang tidak pasti
Cinta yang tidak berbalas
Adakah itu Cinta tanpa pengorbanan?
Tanpa air mata
Tanpa lelah
Tanpa penat
Adakah cukup perasaan Cinta itu untuk menolakku ke depan dan terus mara dalam perlumbaan mengejarMu
Untuk ku menyedari keberadaanMu disisiku, sentiasa
Aku bukan mahu jadi hamba yang hanya mencariMu di kala susah
Aku mahu jadi hamba, sebenar-benar hamba
Yang apabila disebut namaMu
Bagai orang angau dan tak keruan
Bergetar hatiku
Pabila membaca kata-kataMu,
Aku syahdu merasakan kebenaranNya
Ya Allah, hidupkanlah hatiku ini
Bagilah peluang ku menjadi hamba
Hamba yang sujud merasakan keagunganMu
Setiap masa, setiap saat
Andainya hatiku menjadi penghalangnya
Sucikanlah
Andainya perbuatanku
amalku menjadi bentengnya
Runtuhkanlah
Ya Rabb, Malik ku, Ilah ku
Buatlah dengan cara apa yang Kau suka
Sehinggalah aku menjadi hamba yang mempersaksikan yang Haq

Sunday, March 28, 2010

Ikhlas itu...

Hadith ini disampaikan Rasulullah kepada Sayidina Muaz.


Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”
Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.” Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si
pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

"Kalian Hafadzah, pencatat amal hambaKu, sedang Akulah yang mengintip hatinya, amal yang ini tidak kerana Aku, yang dimaksudkan olehnya itu adalah selain daripadaKu; tidak diikhlaskan kepadaKu. Aku lebih mengetahui daripada kamu apa yang dimaksudkan olehnya dengan amalnya itu. Aku laknat mereka, menipu kepada orang lain,dan juga menipu kepadamu(Malaikat-malaikat Hafadzah) tapi Aku ini tidak akan tertipu olehnya. Aku ini Yang Paling Tahu akan hal yang ghaib-ghaib. Akulah yang melihat isi hatinya, dan tidak akan samar kepadaKu setiap apa pun yang samar, tidak akan tersembunyi bagiKu setiap apa pun yang tersembunyi. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuanKu akan apa yang bakal terjadi. PengetahuanKu atas apa yang telah lewat sama dengan pengetahuanKu kepada yang akan datang. PengetahuanKu kepada orang-orang yang terdahulu sebagaimana PengetahuanKu kepada orang-orang yang kemudian.
Aku Lebih Tahu atas apa pun yang lebih samar dari pada rahsia. Bagaimana bisa hambaKu dengan amalnya itu menipuKu, bisa juga mereka itu menipu kepada makhluk-makhluk yang tidak tahu, sedangkan Aku ini Yang Mengetahui kepada yang ghaib-ghaib.
LaknatKu tetap kepadanya."

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”
Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”

 Kata Khalid bin Ma'dan (yang meriwayatkan Hadits tersebut dari Sayyidina Mu'adz).
"Sayyidina Mu'adz sering membaca Hadits ini sebagaimana seringnya membaca Al Quran, mempelajari Hadits ini sebagaimana mempelajari Al Quran dalam majlisnya."

                "Ya Allah, berapa banyakkah amalanku yang telah diterima-MU??"

                                             Astarfirullahhalazim
                                             Astarfirullahhalazim
                                             Astarfirullahhalazim
                             
                                    
                       

Saturday, March 13, 2010

The Road Not Taken


I chose this path..


The Road Not Taken by Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth.


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same.


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood and I--

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.




What road did u choose?


From Abu Hurairah RA, he said: Rasulullah SAW said: "Islam was strange when it began and will one day be strange again; Blessed are the ghuraba' " [H.R.Muslim]


Yes,I chose the longest, the one less traveled, the weirdest path,

the road that people will think "why do you have to suffer ur self choosing this road?"


BUT


insyaAllah I am confident with this path, bcoz it is a path shown by history, by beloved Prophet Muhammad (p.b.u.h), by Allah thru Al-Qur'an and sunnah..


9:42

"Sekiranya (yg kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tmpt yg dituju itu trasa sgt jauh bagi mereka.Mereka akan bersumpah dgn nama Allah, "Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahwa mereka benar2 org2 yg berdusta."


they always think to receive rewards in front of their eyes, n think of the fastest way if possible,

but they dont know that Allah counts our efforts, the more efforts we give, in the guidance of Quran and hadith, the more rewards we receive, the jannah, but the BIGGEST REWARD ever, is Allah's blessings, masyaAllah!! which somehow people can't see right now..and being impatient, wanna see the result as soon as possible..


this is the path i've chosen insyaAllah..


Yes, I know this path will save me one day!


This is why I want you too to know this path, which I feel will save u too..


Let's spread the words, show our beloved people, the path that will us all..
wallahualam..


Friday, February 26, 2010

Refleksi

Hadis Rasullulah

"Ada seorang lelaki pada hari qiamat kelak ia digiring ke neraka dan dicampakkan ke dalamnya. Isi perutnya terburai keluar dan ia berpusing-pusing melingkarinya sebagaimana berpusingnya keldai mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni-penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata "Wahai si fulan tidakkah engkau dahulunya menyuruh orang melakukan yang maaruf dan melarang yang mungkar?" Lelaki itu berkata: "Ya, memang benar, aku dahulunya menyuruh orang melakukan yang maaruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya"

Hadis ini menampar saya.

"Allah kekuatan saya..."