Sunday, October 31, 2010

Sedih

"Alangkah malangnya bagi seorang daie itu apabila tersasar niatnya, terkurangnya dakwah yang diusahakan olehnya tetapi dengan itu dikurniakan kejayaan pada dakwahnya dan dia menyangka bahawa dakwahnya itu berjaya atas niat dan usahanya itu"

Daie jangan sesat jalan,
Saadiah

Friday, October 29, 2010

Berkasih sayang?

Bismillah.

Betullah, dakwah kita ini adalah dakwah kasih sayang. Bukanlah kerana duty rumah, barulah kita akan memasak contohnya. Sedang yang diberi tugas itu baliknya lambat. Kita sudah ada dua tiga jam lebih awal berada di rumah, buat apa? Tidaklah juga kerana naqib/ah, barulah akan bertegur sapa bergurau senda, bertanya khabar dan bermanis muka. Sedang kita ini sesama kita, harus sentiasa update each other. Kita yang sudah lama setahun dua tiga dalam tarbiyyah, tarbiyyah tentang apa saja?

Dakwah menuntut masa yang lebih daripada diri kita sendiri. Demi ummat dalam jangka masa sepuluh dua tahun lagi. Agar dakwah tidak pupus dan basahnya iman tidak layu dan mati kerana ikatannya hanya pada kerja-kerja dakwah yang kering.

Kadang-kadang si daie A terlupa teman seperjuangannya si daie B. Kerana sibuk terkejar-kejarkan mad'u-mad'u luar rumah yang ramai, lupa tanya keadaan mereka sendiri. Tidak banyak masa untuk merancang atur adik-adik dalam pentarbiyahan atas tanggung jawabnya, masa yang ada bersama-sama dengan daie-daie satu lokaliti terabai; taken for granted. Pertanyaan-pertanyaan yang diluah semasa makan setalam, tidur sebantal, iron seboard hanyalah berkisar tentang gerak kerja mereka semata.

Ukhwah sesama adik-adik peri pentingnya adalah kerana beratnya kita untuk memikul peranan sebagai seorang yang akan memantau kefahamannya, amalnya dan hubungannya sesama arRab.

Ukhwah sesama kita, apatah lagi. Lembutnya kita sesama mereka yang diluar sana, lembut lagi kenanya kita sesama kita. Aku tidak mengatakan lembut itu perlu lembik, perlu suara ditarik-tarik merdu, ataupun belaian manja. Aku mengatakan lembut ini ertinya halus dan berhati-hati dalam berbicara ttg ummat. Dijaga perbincangannya agar apa yang cukup disimpan pada dirinya saja, tetap tersimpan. Tidak sembrono sesuka hati meluah apa ada di hati.

Dakwah kasih sayang. Bukan sekadar itu yang perlu kita fahami.
Masih banyak yang belum kita mengerti.

Dakwah basah,
Saadiah.


Wednesday, October 27, 2010

Rasa bersalah.

Bismillah.

Dakwah bukan saja mengangkat seorang manusia itu ke suatu darjat yang memang sepatutnya diletakkan manusia itu di atasnya, bahkan mematangkan manusia dengan banyaknya pengalaman-pengalaman daripada mereka yang berkesungguhan dan mendisiplinkan diri dengan lambakan urusan jamaie dan fardi yang tidak habis-habis sampai ke mati.

Namun faham saja, daie-daie mentah ini baru saja hendak memanjangkan langkah, dalam fikiran mereka mahu mengejar para syuyukh di hadapan. Walaupun mereka merasai yang sebenarnya langkahan demi langkahan hasil binaan mereka itu tidak lain tapi hanyalah canggung semata. Masih banyak pengalaman yang harus dikumpul sehabis tenaga, kisah-kisah daie yang mesti dicari penuh erti, dan taujih-taujih yang perlu dikutip simpan dalam hati.

Memang biasa. Kerana kita semua bermula sebagai seorang yang tidak sempurna. Kerana itu, jalan permulaan untuk si daie-daie kecil yang terkandung di dalamnya seribu kepahitan penyesalan atas kesilapan karenah diri itu bukanlah perlu diambil dengan rasa sedihnya bila pedih kerana kecewa, atau dengan keluh kesah atas sebab jiwa sentiasa gelisah, bukan juga dengan patah hati lalu keseorangan menyepi memulau diri.

Hadapilah hidup yang hakikatnya adalah berupa sebuah ujian ini dengan taat dan patuh pada sunnatullah yang Allah telah tetapkan mula akhir kisahnya, naik turun rodanya, pahit manis detiknya, di waktu ketika belum mereka menjejakkan kakipun lagi di atas pentas dunia dakwah dan tarbiyyah ini. Tidak ada apa yang perlu diratap tangis kerana percayalah, Allah hanya ingin memilih tapis mereka yang berjalan di thoriquddakwah, atas sebab ingin dipeliharajagaNya kesucian jalan para nabi, dan para yang dicintai. Jalan perjuangan ini...

Tiada sebab untuk dakwah di langkah mula ini mengurangkan kehebatan dakwah di pertengahan dan akhir jalan, kerana cintanya Allah adalah dengan mendatangkan dugaan demi menguatkan. Tidak ada ibu yang mahu melihat anaknya sakit, dan ini apatah lagi. Tidak ada Tuhan selain Allah, yg mahu melihat hambaNya dalam suasana perit tersepit, padahal dikenalnya hambaNya kelemahan dan kekuatan satu persatu lebih daripada hamba itu sendiri. Kerna itu pls, percayalah padaNya lebih daripada percayanya kita pada diri kita sendiri. Siapa hamba? Kita. Siapa Tuhan? Dia, yakni yang Maha Mengetahui dan Yang Hakiki.

Maka dengan itu, berlepaslah wahai jiwa tiap-tiap daie itu daripada rasa pahit kecewanya, hiba sedihnya, patah semangat jihadnya pada prestasi dakwahnya di tapak mula ini. Sebelum jatuhpun lagi, setkan dalam dada yang kita pasti akan bangun walau untuk ke berapa kali.


Well, all the best.

Jumpa di suatu masa bahagia,
Saadiah

Monday, October 25, 2010

Urgensi Dakwah ii

Bismillah.

Seorang ukhti ini memberi kulsem (kuliah sepuluh minit) semalam. Sangat simple maqasitnya, mengajak semua nawwarians memuhasabah diri masing-masing dalam bercepat-cepat di jalan dakwah.

Kesucian ada empat;

1. Kesucian jasmani
Mengambil wudu' membersihkan jasmani drpd hadas kecil
Mandi wajib membersihkan jasmani drpd hadas besar
Etc

2. Kesucian anggota
Menghalang mana-mana anggota badan daripada melakukan dosa-dosa besar
Ex: Mencuri, mengumpat, etc

3. Kesucian jiwa
Menjaga hati daripada penyakit-penyakit hati: takabbur, ujub, riak
Menghalang zina hati

4. Kesucian dalam mengagungkan Allah s.w.t.
Tidak ada Tuhan, melainkanNya
Tidak ada prioriti yang lebih tinggi, melainkanNya

"Tidak mungkin seseorang itu mampu untuk menyucikan jiwanya selagimana tidak dapat ia menjaga kesucian anggotanya, iaitu menghalang dirinya sendiri daripada melakukan dosa-dosa besar..."

Sangat tajam dan sangat kena pada diri kita setiap daie. Ke sana dan ke sini. Sibuk memikirnya cara mengajak adik-adik ke usrah, organize daurah dan ingin memantapkan mereka, walhal kesucian diri entah di mana.

Tazkiyyah diri yang terabai menghancurkan kesucian jalan dakwah ini juga. Dan ingatlah, Allah akan sentiasa menjaga jalan dakwah para syuhada' dan nabi-nabi, juga kekasihNya sendiri.

Kita bukan seorang di jalan ini. Jangan kerana kita, jalan ini rosak di mata mereka. Di mata Allah pula, bagaimana?

Tazkiyyah needed ASAP,
saadiah

Nota kaki: Seorang tetamu daripada Glasgow akan datang hari ini. Ahlan wasahlan!

Monday, October 18, 2010

Iman yang lemah.

Dakwah ini sangat panjang masanya.

Senang cakap, tapi semuanya bersedih tatkala setelah berhempas pulas mendakwah-fardiyyah atau dalam proses mentakrif, masih tidak dapat diraih hati mad'u-mad'u di keliling pinggang.

Daie yang tergopoh gapah adalah daie yg menginginkan hasil terbuntang di depan mata setelah dirinya terasa penat bekerja. Puncanya hanya dua; satu salah faham si daie tentang dakwah ini sendiri dan kesalahan langsung yg dilakukannya.

Hamam sendiri mengatakan bahawa adanya antara daie-daie ini yang mengkayu-ukurkan perkembangan dakwah berdasarkan hasil yang dapat mereka cekup dalam jangka masa yang mereka ramalkan. Jika diusaha sebaik mungkin tapi masih tidak nampak hasilnya maka terhentilah kerjanya sebagai seorang daie. Sedih dan bimbang, menangis berhari-hari dan tidak lalu makan...

Walhal yang perlu disedihkan adalah usaha yang tidak seberapa tetapi masih ada mad'u yang melekat padanya.

Fikrah masih belum tertancak di dalam hati agaknya.
Masih daie hingusan.
Astaghfirullah.
Mari membentuk daie yang tulen, hai saudaraku...

Daie perlu yakin dengan apa yang difahaminya sehingga sekarang,
Saadiah.

Sunday, October 17, 2010

Sunnah Rasulullah.

Bismillah.

Sunnah Rasulullah s.a.w. terbesar adalah dakwah; yakni kehidupan Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Umpama katak dlm silinder, manusia-manusia mengambil kira sunnah-sunnah Nabi s.a.w. yg comel-comel, kecil-kecil saja utk diamalkan. Perbincangan ttg fiqh itupun hanya berkisar ttg itu. Nabi makan, nabi minum, nabi tidur. Bukanlah mengatakan bahawa itu tidak perlu dikisah.

Tapi lihatlah drpd mata burung... ke bawah.
Dan antum akan melihat segala-galanya menjadi satu. Islam itu bukan semata-mata doa, dzikir dan ibadah khusus.

Islam itu; syumul. Rasulullah hanya dilihat memperuntukkan sebahagian waktunya utk ibadah solat, puasa etc. Sementara dakwah yang dijalankan sepanjang hayat baginda itu tidak dilihat sebahgai satu sunnah pula.

Jangan berfikiran sempit. Kita ummah baginda yg disebut di akhir nafasnya. Cukuplah berselisih hanya kerana perkara-perkara kecil. Kita berdiskusi pula masalah dunia.

Ummah sedang bangkit,
Saadiah

Saturday, October 16, 2010

RI itu...

Bismillah.

Isu ini takkan tamat selagi tiada aura cahaya Islam yang terpancar di tempat kita merecharge jiwa kita.

Semalaman bersama sisters, tanpa perlu berkata-kata. Sudah cukup memberi tamparan hebat, yang ukhwah itu perlu dikukuhkan, diikat kuat-kuat, kemas ketat di tiap-tiap rumah Islam itu sendiri...

Seringkali menganggap rumah itu tempat istirehat, walhal rumah itulah tempat di mana semuanya berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan merecharge iman, amal dan perancangan dakwah dari semasa ke semasa.

RI = recharge, bukannya tmpt utk relax!

Ayuh, kita hidupkan roh-roh yang sudah lama tidur. Masa utk bangkit sudah lama tiba!

Mahukan masyarakat Islam, walhal di rumah sendiri tiadanya dunia Islam... adakah ini sekadar mimpi, atau visi? Kita sendiri yang akan tentukan.

Saadiah