Friday, December 31, 2010

Ziarah

Bismillah...

Alhamdulillah. Menjadikan ziarah sumber kekuatan... melihat apa yang dibuat oleh daie-daie yg tidak berada di depan mata, bersama-sama mereka menghadapi hari yang ada. Sangat seronok, seolah-olah berehat seketika daripada menguruskan keadaan rumah sendiri; suatu nikmat yang Allah ingin beri padaku barangkali.

Bukan saja adik-adik yang memerlukan tadabbur alam atau taujih daripada orang, malah daie-daie juga perlukan fiqh dakwah yang berkembang. Hanya melihat apa yang berlaku di depan mata atau bersama-sama dengan orang yang sama tidak membawa kita ke mana-mana yang lebih jauh. Kerana itulah ada dalam perancangan dakwah kita jaulah ke luar lokaliti pada masa-masa lapang, cuti universiti dan pabila ada peluang. Bukan sekadar melihat adik-adik yang dekat kurang 10 minit berjalan daripada rumah, tapi lebih kepada merantau negeri orang dan melihat perkembangan kita di sana...

Dakwah kita bukan dakwah lokaliti, bukan dakwah fardi... Dakwah kita dakwah untuk dunia dan dakwah yang mereformasi ummah seisinya.

Yang sakit kelak bukan mereka, tapi diri sendiri yang tidak jauh melihat ke hadapan, enjoy dengan apa yang ada sekarang... bukankah kau akan menyesal di suatu hari nanti, tapi waktu itu masa tidak akan kembali...

Siapa yang rugi?

Daie itu bukan sebarang pandang,
Saadiah

Thursday, December 30, 2010

Plan tarbiyyah sendiri

Bismillah.

Baru kelmarin diberi tazkirah oleh seorang ukhti dan isinya sungguh menarik. Kadang kala kita juga terlepas pandang, kerana hanya berharap dan tidak sendiri membuat.

Pengalaman seorang ikhwah yang menulis buku 'Enjoy your life'. Siapa? Cari sendiri.

Tarbiyyah diri bukan hanya ditentukan oleh naqibah atau timeline lokaliti. Sangat menyedihkan bila seorang daie hanya tahu mengikut laluan yang telah disediakan untuk mereka, tanpa terasa untuk ingin mencambahkan tiap-tiap langkahnya. Umpama padi yang masak tiga tahun sekali dan dirasakan cukup oleh petani untuk keperluan dirinya dan lebihan hasil itu dijualnya kepada kilang. Tidak terfikir untuk mencari-cari bolehkah tuaiannya menjadi dua tahun tiga kali? Berasa cukup dengan apa yang ada. Qanaah tidak bertempat rupanya.

Bercakap pasal ini, teringat pada istilah thinktanker. Siapa yang akan memakai gelaran itu kalau bukan kita pewaris generasi dakwah masa kini dan pembina generasi dakwah akan datang? Semakin lama, semakin hanyut dalam dunia mimpi yang menyediakan waqi' yang senang untuk ditumbuhi usrah di sana sini, walhal realitinya tidak dijejaki sehabis pasti.

Masih belum cukup usaha kita dalam merancang tarbiyyah untuk diri sendiri. Hanya menunggu-nunggu apa yang bakal diberi oleh Ilahi, dan cepat saja mengatakan itulah tarbiyyah Allah untuk diri. Wahai, alangkah rugi!

Sang pengarang buku yang ana katakan tadi sampaikan merancang untuk ke wad pesakit jiwa, semata-mata untuk mengingatkannya tentang konsep syukur pada yang Maha Esa. Ditertawakan rakannya tetapi dasyaat bukan?

Bangkit dan kejarlah matlamat kita. Apa yang kita mahukan jangan mudah untuk dilupakan mentang-mentang masih ramai yang boleh memikirkan. Sayang, lama-lama dihanyut sejarah, sedangkan ramai yang mencipta sejarah.

Tanya kembali, siapa diri ini? Jangan sampai tidak dikenal macam dulu lagi.

Daie dahaga tarbiyyah dan dakwah,
Saadiah


Wednesday, December 29, 2010

Kalau tidak kerana iman dan ukhwah ini...

Lama rupanya tak update blog. Terasa macam blog sendiri, tiada yg lain yang punya masa untuk update, mungkin masih menyusun masa masing-masing dengan tugasan-tugasan yang lebih prioriti. Takut juga. Moga masa-masa yg kugunakan untuk menulis satu persatu rasa hati dan isu yang berlegar di sekitar dunia UK Eire ini adalah dalam rahmat dan berkatNya... insyaAllah.

Bismillah...

Kerana dakwahlah, aku memaafkan mereka. Yang baru sahaja ingin mengenal jalan dakwah ini dan sudah diberi Allah untuk berhadapan dengan bermacam benda. Sudah berapa ramai yang menangis kerana mereka, tidakkan mereka tahu sehinggalah sampai suatu masa di mana mereka akan diuji dengan punyai mad'u-mad'u yang sama sahaja situasinya dengan keadaan mereka sekarang. Dan sekarang mereka masih dengan dunia kefahaman mereka, kami melihat daripada jauh lagak dan perbuatan mereka. Masih berdarah muda, masih segar, masih muda. Kami juga begitu dahulu. Melihat mereka, kami cuba mengimbas apa yang berlaku di saat kami dahulu. Mungkin situasi -situasi yang terjadi berbeza, tetapi kuakui sifat daie-daie muda semuanya agak sama. Nadanya tinggi, alunannya deras dan tidak sabar dengan rima suasana.

Kenapa menunggu sehingga datangnya sesuatu yang lebih besar, barulah mereka ingin mencari jalan untuk mengatasi sesuatu? Dzatiyyah masih lemah, dan mereka terpesona dengan tipu nikmat dunia... Begitulah setiap manusia. Menanti petunjuk berupa ayat Quran dalam telur yang dipecahkan, ataupun suara daripada kubur yang menakutkan, ataupun histeria jin merasuk kawan... barulah mereka mula memikirkan apakah nasib mereka di hari perhitungan nanti. Sebegitu jugalah mereka ini. Masih menanti-nanti apakah tanda-tanda besar yang akan ke mari, barulah mujahadah lebih tinggi melawan nafsu dan kehendak diri sendiri.

Hidup perlukan pengorbanan. Dan pengorbanan yang sebenar tidak berperisa manis. Pahit dan payah. Susah untuk dibuat. Boleh sampai menangis kerana peritnya pengorbanan demi mengejar hakikat cinta Ilahi. Dan mereka mengatakan mereka telahpun berkorban setakat ini. Ketahuilah bahawa tidak semudah itu seorang daie berpuas hati dengan amalan mereka sehari-hari, sehinggalah muncul pewaris-pewaris baru tanggung jawab ini di bawah tarbiyyah mereka yang siap sedia untuk memikul dakwah bersama-sama sekelompok golongan kita-kita ini demi membangun Islam sepanjang generasi.

Hidup perlukan pengertian, bukan sekadar menjenguk di atas permukaan lautan atau dilihat hanya daripada satu sudut pandangan. Perlu dikorek pengalaman demi pengalaman orang. Dan mereka menyatakan mereka telahpun faham tentang apa itu kekuatan dalam Islam. Ketahuilah, bahawa tidak secetek itu seorang daie berfikir dan cuba memahami apa ertinya berjalan di atas jalan dakwah ini, sehinggalah terbitnya ufuk-ufuk kefahaman yang mendalam daripada diri setiap daripada kamu tanpa menghiraukan kepentingan diri dan hanya memikirkan keadaaan umat yang nazak dan menanti tangan seorang dait penegak Islam agar ia bangkit kembali.

Hidup perlukan matlamat yang satu, bukan hanya sekadar nampak orang-orang yang berdiri di hadapan mahupun yang bersama-sama dengan mereka keliling pinggang. Perlu dijadikan sahabat-sahabat Nabi, qudwah Rasul sendiri sebagai tauladan, bukannya menginginkan perfect advicer sakan. Dan mereka mengatakan yang perlu untuk adanya pendekatan-pendekatan tertentu walaupun benar kita sefahaman dan tidak lain hanya satu arah tujuan, iaitu redha Allah. Ketahuilah bahawa manusia sempurna wujudnya hanya di alam mimpi, takkan wujud di realiti. Qudwah itu wujud mula dalam diri mereka sendiri yang nampak apa intipati ibrah Allah ingin bagi pada tiap-tiap benda yang terjadi dulu dan kini.

Seandainya masih lama masa yang diperlukan mereka untuk menelan hakikat ini, maka aku akan cuba memahami, dan menunggu apa yang akan terjadi di suatu masa depan nanti. Bersama-sama yang lain kami mengadu tangis di malam hari, mengerah fikiran apa lagi yang dapat dilakukan untuk menyedarkan mereka yang hanya melihat dunia dakwah ini begini... aku terfikir petunjuk apa yang mereka inginkan daripada Allah untuk ke sekian kali.

'Yang menipu diri dan membutakan mata mereka sekarang adalah adalah perasaan dan nafs mereka sendiri...'

Don't underestimate His tarbiyyah,
Don't wait, pls...
Saadiah

Monday, December 13, 2010

Kerana...

Kerana ukhwah itu indahlah... maka kita akan senantiasa tepat pada waktu di mana kita berjanji utk berjumpa dengan mana-mana akhawat, tidakkan membuatnya tertunggu-tunggu kedatangan kita, atau tertanya-tanya ke mana hilangnya kita, atau menunggu diajukan soalan olehnya barulah kita mengupdates diri kita padanya.

Kerana ukhwah itu indahlah, maka tidak perlu utk kita disuruh atau menyuruh utk berbuat sesuatu yg harus. Apa-apa yg memudahkan ukhti kita, pasti berlumba-lumba utk menolongnya menyelesaikan tugasnya. Kalau disuruh, kita mengikut kerana Allah. Kalau menyuruh, kita akan menyuruh kerana Allah.

Kerana ukhwah itu indahlah, kita faham tegurannya itu teguran bernada kalimat Allah di hati sang ukhti kita, utk kebaikan kita jg. Kalau ditegur, kita mengambil patinya, membuang bisikan-bisikan syaitan di telinga kita yang hanya ingin mencari kesalahan pada si penegur. Ingatkah kita, untuk menunggu si penegur 100% perfect barulah boleh menegur... sampai bila?

Kerana ukhwah itu indahlah.. begitu dan begini kita berkata di dalam hati.

Ukhwah yg basah bukanlah ukhwah yang hanya penuh nada manja, mahu berjalan paut pinggang, pegang tangan bersama, masakkan sarapan utknya, gosok bajunya dan habis begitu saja. Bukan juga kita hanya bertanyakan perihal dakwah dan tarbiyyahnya, plannya utk adik-adiknya, perancangan tarbiyyahnya, usrahnya dan sebagainya. Tidak juga hanya tertumpu pada diri kita dan dirinya saja kerana perasaan nikmatnya berukhwah dengannya...

Ukhwah itu adalah segala-galanya yang berkait dengan si ukhti. Apa-apa sahaja yang mengaitkan diri kita dan tiap-tiap ukhti di sekeliling kita, pasti bersangkut rapat dengan ukhwah.

Kerana itu, jangan main-main dgn ukhwah. Jangan hanyut juga hanya pada ukhwah. Jangan lari dari ukhwah.

Cuma, adakah kita cukup menjaga ukhwah kita yang juga sebahagian daripada tarbiyyah dan dakwah kita?

Islam itu syumul, begitu jg tiap-tiap satu elemen di dalamnya.

Mari mensyumulkan diri dan peribadi,
Saadiah

Tuesday, December 7, 2010

Buat!

Fikrah takkan mematikan hati, amal takkan melunturkan semangat. Inilah yang menolak daie-daie utk terus bergerak ke hadapan, tolakan demi tolakan terus-menerus sehinggakan tidakkan terlintas di hati mereka untuk terfikir, apa yg akan terjadi pada diri kiranya tidak 'terjebak' dlm kancah dakwah ini.

Namun, ada saja berkumandang di telinga-telinga kita suara desas -desus mengatakan yg usrah tidak cukup menolak, pengisian tidak cukup menampar, murabbiah semakin kurang meluangkan masa turun ke padang melihat adik-adik kita, waqi' tidak sebaik tempat dahulu yg pernah kita bekerja kerana agama Allah...

Banyak sangat desas-desus. Sikit sangat husnuzhon dgn Allah s.w.t.

Dakwah ini dakwah manusia. Bukan dakwah para malaikat, yg akan senantiasa perfect. Bukan juga dakwah para robot, yang tiada yankus yazid amal jamaie atau bising senyap dzatiyyah tiap-tiap ahli.

Dakwah kita dakwah yang kitalah yg mencorakkan generasi masa hadapan. Bukan hanya menunggu munculnya murabbiah-murabbiah yg mempunyai banyak pengalaman dan skills yang hebat, tetapi kitalah yang berusaha mengutip pengalaman-pengalaman di dlm buku, mempolish skills yang kita ada, menghidupkan suasana, bla bla bla... banyak tugas kita kalau nak disebut. Tak cukup tangan, tak cukup masa. Cukuplah jikaku katakan yang dakwah ini, bergantung pada orang-orang di dalamnya secara keseluruhannya baik daie muda tua, syuyukh jauh dekat, naqibah online face-to-face, mahupun sesiapa saja yang ingin mengenali toriq amal yg telah diyakini ini.

Mengharapkan orang lain, sebagaimana Abdul Mutallib mengharapkan pertolongan Allah datang saat tentera bergajah datang ingin menyerang Mekah; bezanya adalah Allah tidakkan menurunkan lagi keajaiban-keajaiban sepertimana datangnya ababil-ababil bersama batu-batu kecil...

Fikir-fikirkan...

Kerana ini bukan zaman Abrahah,
Saadiah.


Monday, December 6, 2010

DR

DR-Daie Rabbani

Petikan dari Rabbani,Bekal dan Jalan Kami
'Kerana itu langkah utama dalam menyelamatkan dunia dari kemusnahan adalah bergantung pada kembalinya kita menuju nilai-nilai rabbani secara bersungguh-sungguh , bekerja dengan giat utk membela Islam dan menaikkan darjatnya. Dan dari sinilah kewajipan setiap jiwa yang memiliki kecemburuan dan keikhlasan utk Islam dan untuk kembali kepada Allah diwujudkan.

"Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah. Sesungguhnya aku seorg pemberi peringatan yang nyata dari Allah utkmu" (Adz-zariyat:50)

dan jadikanlah syiar kami selalu berkumandang dalam hidup ini :

"Dan aku bersegera kepadaMu Ya Tuhanku, agar supaya Engkau Redha (kepadaku)" {Taha:84}

Dan tidak ada seorang pun yang mampu mendahulu kami dalam menuju Allah.'

Moga sama2 bersungguh2 dalam merabbanikan hidup ini, dakwah ini serta segala2nya demi mencapai MARDHOTILLAH..

Allahu ghayatunna!

Daie Rabbani

Salam Maal Hijrah