Monday, December 13, 2010

Kerana...

Kerana ukhwah itu indahlah... maka kita akan senantiasa tepat pada waktu di mana kita berjanji utk berjumpa dengan mana-mana akhawat, tidakkan membuatnya tertunggu-tunggu kedatangan kita, atau tertanya-tanya ke mana hilangnya kita, atau menunggu diajukan soalan olehnya barulah kita mengupdates diri kita padanya.

Kerana ukhwah itu indahlah, maka tidak perlu utk kita disuruh atau menyuruh utk berbuat sesuatu yg harus. Apa-apa yg memudahkan ukhti kita, pasti berlumba-lumba utk menolongnya menyelesaikan tugasnya. Kalau disuruh, kita mengikut kerana Allah. Kalau menyuruh, kita akan menyuruh kerana Allah.

Kerana ukhwah itu indahlah, kita faham tegurannya itu teguran bernada kalimat Allah di hati sang ukhti kita, utk kebaikan kita jg. Kalau ditegur, kita mengambil patinya, membuang bisikan-bisikan syaitan di telinga kita yang hanya ingin mencari kesalahan pada si penegur. Ingatkah kita, untuk menunggu si penegur 100% perfect barulah boleh menegur... sampai bila?

Kerana ukhwah itu indahlah.. begitu dan begini kita berkata di dalam hati.

Ukhwah yg basah bukanlah ukhwah yang hanya penuh nada manja, mahu berjalan paut pinggang, pegang tangan bersama, masakkan sarapan utknya, gosok bajunya dan habis begitu saja. Bukan juga kita hanya bertanyakan perihal dakwah dan tarbiyyahnya, plannya utk adik-adiknya, perancangan tarbiyyahnya, usrahnya dan sebagainya. Tidak juga hanya tertumpu pada diri kita dan dirinya saja kerana perasaan nikmatnya berukhwah dengannya...

Ukhwah itu adalah segala-galanya yang berkait dengan si ukhti. Apa-apa sahaja yang mengaitkan diri kita dan tiap-tiap ukhti di sekeliling kita, pasti bersangkut rapat dengan ukhwah.

Kerana itu, jangan main-main dgn ukhwah. Jangan hanyut juga hanya pada ukhwah. Jangan lari dari ukhwah.

Cuma, adakah kita cukup menjaga ukhwah kita yang juga sebahagian daripada tarbiyyah dan dakwah kita?

Islam itu syumul, begitu jg tiap-tiap satu elemen di dalamnya.

Mari mensyumulkan diri dan peribadi,
Saadiah

No comments:

Post a Comment