Saturday, December 31, 2011

bila kita lupa akan Allah..

maka Allah akan membuatkan kita
.. lupa terhadap diri sendiri..

"dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah,
sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri"
[al-Hasyr:19]

kerna mereka yang memakai pakaian syurga takkan sama dengan mereka
..yang bukan penghuninya..

takkan sama..
tidak ada titik pertembungang antara yang
::menuju Dia:: atau ::bukan Dia::

"tidak sama para penghuni neraka dengan para penghuni syurga;
para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan"
[al-Hasyr:20]

Friday, December 30, 2011

nilai

"Sesungguhnya Aku menerima solat dari seseorang yang mengerjakannya dengan khusyuk kerana kebesaran-Ku, dan ia tidak mngharapkan anugerah dari solatnya kerana sebagai hamba-Ku (makhluk-Ku), dan ia tidak menghabiskan waktu malamnya kerna bermaksiat kepada-Ku, menghabiskan waktu siangnya untuk berdzikir kepada-Ku, mengasihi orang miskin, ibnu sabil, mengasihi Anda, dan menyantuni orang yang terkena musibah."
[Riwayat Az-Zubaidi]

melihat adanya hubungan antara ibadah(solat) dan akhlak(rendah hati dan kasih sayang).

Meengingatkan diri. -Jika solatku masih belum memberikan nilai-nilai kasih sayang terhadap sesama manusia, maka pastinya saya belum memetik buah solat secara sempurna-

akan ku baiki,
fas
Qawwiy

Wednesday, December 28, 2011

selalu

selalu kita tertanya dan menanti.

pernah tak bertanya diri?

Adakah Dia yang ku nanti.

p/s: ku cuba untuk meletakkan Rabb paling tinggi dalam hati.

Sunday, July 10, 2011

kasih sayang itu..

bismillah wbt.
assalamualaikum.
baru je habis baca suatu mesej dari seorang adik.
bukanlah response diharapkan...tapi hmm jzkk dik alhamdulillah.

dalam menangkap mad'u-mad'u atau mengambil hati mutarabbi kita. bukanlah kata-kata je yang memainkan peranan. yes, we know for sure that kata-kata yang lembut memang senang nak menusuk hati manusia secara fitrahnya.
tetapi dalam kelembutan itu perlu ada fikrah. perlu ada prinsip.
janganlah kerana kita terlalu sayangkan mad'u atau mutarabbi kita, kita manja-manjakan, kita belai-belai mereka sehinggalah bersikap seperti kucing ( bukanlah mahu dibandingkan manusia dengan kucing yea..hohoh jangan salah faham)


ye la..sikap kucing, makin diberi makan makin manja, makin comel.

pengalaman sendiri. hmm tersenyum sendirian. malah sampai sekarang pun saya sendiri masih berusaha untuk memberikan kasih sayang dan juga tegas dalam kelembutan. kadang-kadang murabbi menjadi terlalu tegas, dan adakalanya murabbi terlalu lembut. hakikatnya, perlu ada balance dalam kedua-duanya. supaya yang mentautkan hati kita dan mereka bukanlah diri kita semata-mata tetapi islam yang mahu dibawa. 

kadang-kadang kita gembira apabila dikelilingi mad'u yang ramai kerana kelembutan kita. dan kita tertipu dengan hakikat ini. tapi cuba kita refleksi diri kita seramai mana diantara mereka yang betul-betul nampak fikrah dan prinsip islam yang mahu kita bawa? berapa ramai yang benar-benar dibina atas prinsip itu? atau adakah kita menghasilkan klon-klon kita yang sama? 

Allah kurniakan kita kelembutan itu.
Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.
[Surah Ali-Imran 3:159]

Kelembutan itu dari Allah dan letaknya adalah di hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam usaha menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain.[link]
Part paling saya gemari dalam pernyataan di atas ialah ..memperbaiki orang lain..
lembut dan mampu membaiki orang lain. 
tegas dan menampakkan prinsip kita.

kenapa mahu menampakkan prinsip dan fikrah kita? kerana kita mahu membina manusia. bukanlah sekadar berbuat baik. pembinaan manusia tak akan kekal seandainya kita hanya melahirkan adik-adik yang patuh dan taat pada kita ataupun kakak-kakak. the end result would be a follower. kita tidak mahu adik-adik menjadi pahat dan kita penukul.

yang kita mahu adik-adik yang dibina atas prinsip islam dan fikrah kita. mereka bukanlah pahat dan kita bukanlah tukul. tapi kita semua menjadi seperti nila. apa prinsip nila? walau setitik..mampu mewarnai sekelilingnya. ataupun kiub tomyam. campak kt mana-mana, akan larut dan hasilkan bau tomyam. itulah prinsip pembinaan kita. adik-adik yang akan mampu mewarnai hati-hati disekelilingnya walau dicampak dimana-mana pun.

sirah membuktikan.
abu dzar mampu mengislam satu kampung kerana prinsip islam yang difahaminya.
amru al-asr mampu membuka mesir kerana fikrah islam yang di'sighah'nya.
betapa hebat Rasulullah membina mereka, mampu keluar dari halaman sendiri demi islam tercinta.
Itulah manusia-manusia yang kita ingin bina.
yes...mungkin kita merasakan sahabat-sahabat sangat jauh kehebatan mereka dibandingkan dengan kita.
tapi andai kita tidak bermimpi, kita tidak akan nampak misi dan visi kita dan menjadikannya realiti.

generasi al-quran yakni generasi assabiqun al awwalun bukanlah hebat kerana mereka hidup sezaman dengan nabi. tetapi kerana kefaham mereka yang jelas dan nyata mengenai al-Quran dan islam.
bagaimana mahu jadi sehebat mereka? hebatkan diri kita dengan al-Quran sebagaimana mereka. 
tak mustahil 
kita akan jadi sebijak sultan muhammad al-fateh
sepandai salahuddin al-ayyubi
setaqwa Abu Bakar 
dan selembut Uthman.

sirah lagi sekali membuktikan..mereka mampu hebat kerana Islam dan AQ, mengapa tidak kita?

Wednesday, July 6, 2011

tanya kembali

Selalu kita tertanya-tanya apa yang kita mahu lakukan seterusnya. Mahu makan, mahu minum, mahu solat, mahu berehat, mahu berhibur. Pertanyaan itu fitrah. Bagi kita manusia.

Untuk sekian kalinya....

Bertanyalah pada diri kita, mengapa kita mahu makan, mengapa kita mahu rehat, mengapa kita solat, mengapa berhibur?

Dulu ISK mengajar kita, kembali kepada tujuan hidup, 2:30 dan 51:56.
Sebagai khalifah dan hamba.

Kealpaan manusia itu fitrah. Bukan kesalahan, tapi muhasabah. Allah menghadiahi kita dengan al-Quran dan sunnah. Sebagai manual yang paling kokoh.

Yang dapat mengatur hati kita, niat kita dan langkah kita. Islam sedang bangkit di seluruh pelosok dunia. Kita adalah pemegang panji. Setiap dari kita berada di setiap penjuru Islam. Sama-samalah pertahankanlah benteng yang Allah amanahkan!

Syurga hanya untuk mereka yang luar biasa. Tapi mereka juga manusia seperti kita. Bersabarlah....

Moga taqwa menghiasi amal kita, Allah neraca hati kita.

Selamat menempuh Syaaban, preparekan hati untuk madrasah Ramadhan!

"Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)." [29:5]

"Dan orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kami (Allah) akan menempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik-baik pembalasan bagi orang yang beramal.
(Iaitu) orang yang BERSABAR dan BERTAWAKKAL kepada Rab (Tuhan) mereka." [29:58-59]

Tuesday, June 21, 2011

mode: refleksi diri

Walapun penggerak, tidak semestinya komited, itu yang kena bina dalam jiwa seorg pgerak, kite tak nak bina pgerak yg komited kerana dia pegang mas'uliyah, maka bila dia bukan ketua, dia tidak berinisiatif @ dia tidak serta gembleng tenaga.

pgerak yg kite nak bina adakala tidak bersedia disusun, malah lebih suke bekerja bidang-bidang yg dia biasa @ yg dia suke. Jika kite nak pembinaan kader yg syumul maka kite pantas untuk sedia disusun.

Pgerak yg kite ingin bina, bukan pgerak yg diketuk, baru bgerak.
Itulah pgerak yg kite ingin bina, yg sentiasa bgerak walaupun jahiliyah selalu mgoda.

Pgerak yg kite ingin bina, hamasahnya bukan shj di dewan daurah atau di mailing list mahupun di blog-blog, tetapi hamasah yang sentiasa mengalir, kerana dakwah ini perlu bergerak no matter wat. Pastinya tidak menunggu kite stabil. Kite mmg sentiasa xstabil, mutabaah xstabil, akhlak xstabil, ibadah xstabil, tapi kite sentiasa berusaha @ bersemngat utk menstabilkan! itu bezanya, menunggu diri untuk akhirnya perfect atau mbina diri mjadi kader dakwah!

Itulah bezanya,

pgerak yg dibina atas dasar passion pada jalan ini. Rasa cinta & izzah pada Deen ini, cinta pada Allah & Rasul!

Iman mbentuk passion kite, himmah kite, obsessi.. kite..

if kite muhasabah diri kite, kite seperti di atas, yok improve iman kite, kerna iman itu yg paling bmasalah!

If kite kenalpasti itu masalah kite, dont retract, just move on dengan lumpur –lumpur tu, insyaAllah, amal-amal kite akan mbersihkan kite, istigfar, zikir kite & taubat kite.

kite tidak boleh imagine, ketua kite yg tidak membaca Quran selalu, tidak taddabbur al Quran..
ketua kite haruslah jundi yg paling baik & hamba yg paling taat. kerana apa-apa pun tindakan & keputusannya pasti mengikut acuan alQuran & sunnah, bukan nafsu @ kemahuannya.

Aku sedar, akulah penggerak yang sedang dibina itu. yang banyak cacat cela & lompong-lombong.

Ya Robb, binalah aku menjadi penegak Deenmu...

Thursday, June 16, 2011

berat

Bismillah.

Dah 3 hari. Macam2.
Macam seorang murabbi ni kate.
"If awak tak rase berat lagi. makne nye awak xbuat keje dakwah lagi."

Menangis...
Tgk jadual lepas planning penuh. Daie....

Fitrah sang daie juga manusia. Ada manusiawi nya.
Perlukan masa rehatnya. Terkadang mahu menjadi seperti manusia biasa.
Nak rehat sekejap, bila rasa penat.
Nak duduk berborak, seperti manusia yang lain.
Nak berhenti sekejap..... je. nak hirup udara dunia sekejap.

Begitulah manusia biasa. namun syurga, tetap buat mereka yang luar biasa.
Daie..sabarlah kamu. Memang dunia ini bukan tempat kekal bagimu. Di sana, nun syurga menanti. Bingkisan-bingkisannya sudah cukup memenuhi rindumu.

Kefahaman dan fikrah ini telah melojakkan hati kamu untuk Allah sahaja. Berhubunglah dengan Allah. Larutkan firmanNya dalam amal. Islam islam islam. itulah solusi kita. Hingga seluruh isi dunia ini mentauhidkan Dia!


saye memang manusia.
yang daie!

Wednesday, June 1, 2011

senyum

Bismillah.

Dakwah ni buat hati kita membuak-buak. meluap-luap.


Blup blup blup blup blup


Menggugah jiwa, mencarik segenap pemikiran..


Argggghhh. arggghhh


Mengarang jiwa beremosi pekat. meratah meski hanya saki baki tenaga yang mampu dirasakan.

grrrrrrrrrr. grrrrrrrrr


Buat jiwa-jiwa yang berhammasah islam! salurkanlah ia dgn kecintaan!
dengan ketaatan! berbekalkan iman dan taqwa. bertunjangkan niat yang lurus. hingga rasa pun tiada rasa....


yang ada hanyalah Allah.
Dan jika kamu ta’at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan [amanat Allah] dengan terang. (24:54)


jom berusaha!

saya cinta pada tarbiyah
daie kecil



sentuhan

Bismillah.

Nak kata jauh....dekat. nak kata dekat....jauh.

Kejauhan dan kedekatan itu atas dasar iman. dan iman itu lahir dari akidah yang sejahtera.


Daie bukanlah melihat pada surface. Daie melihat mutarabbinya ke dalam.
Melihat hatinya.


Bagaimana imannya? Hatinya. Rasulullah saw ubah sahabat dari dalam. Apa yang ada di hati, akan lahirlah iradah qawwiy. Hingga Allah jadi obsesi. Emosi suci kerana terlalu mencintai ilahi.


Tarbiyah merobah.
Merobah dari dalam. Merobah hati. Sentuhan dari hati ke hati.

Bila bersama, rasa mahu dia sama-sama. bergerak. cinta Allah lebih dari segala isi di dunia. terbina dari dalam. intipati hati hanya terisi dengan yang Haq.


ya Allah, cinta apakah yang lebih baik dari mencintai mereka keranaMu? Nikmat apakah yang lebih dari kesatuan iman ini?


nampak macam ironi dakwah ni. tapi ia mudah. menjadikan segala-gala yang ada sebagai metode-metode untuk menyentuh mereka. semata-mata islam. hanya nampak Allah. daya-daya cipta ini Allah.

Ayuh daie. terus bersihkan hati. Hingga hati kata Allah. tiada yang lain lebih utama. sampai daulah ini dipayungi Islam. sabar sabar sabar. kerja kita banyak lagi...


make sure quran dan sunnah jadi manual hati?


Daie kecil

Thursday, May 19, 2011

palestina tercinta

Aqsa Syarif Memperingati Ulangtahun Nakbah ke 63



Bulan Mei 2011 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) sedangkan hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari aksi-aksi terror oleh gerombolan bersenjata Yahudi zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampong halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 63tahun, penderitaan itu kini diwarisi oleh tidak kurang dari 5 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama enam puluh tiga tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apatheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak enam puluh tiga tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Walaubagaimanapun ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini adalah kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Bahkan senario pasca Israel mula dibahas oleh penganalisis konflik Palestin-Israel atas unjuran entiti Israel bakal lenyap dari lanskap politik timur tengah. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah, kini Israel yang digelar sebagai rogue state atau negara penyangak. Situasi yang digambarkan oleh guru Sejarah Barat terunggul Arnold Toynbee mungkin tidak lagi benar.

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Dunia kini mula memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk menyuarakan hak mereka. Perkembangan terkini yang melanda dunia Arab memberi ruang yang amat luas untuk rakyat Arab yang selama ini dipenjara oleh rejim-rejim kukubesi di negara masing-masing untuk menyatakan sokongan terbuka mereka ke atas perjuangan rakyat Palestin. Mereka bukan sahaja bebas menyatakan sokongan bahkan mereka bebas bertindak membantu rakyat Palestin dan mengeluarkan mereka dari penghinaan yang ditimpakan selama ini oleh rejim Zionis yang dilindungi oleh pemimpin-pemimpin Arab. Senario ini amat berbeza apabila Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009. Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi lapangan sasar untuk membunuh rakyat awam yang tidak bersenjata. seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan.

Protes besar-besaran yang dianjurkan di seluruh dunia terutama di kotaraya Eropah dan Amerika Syarikat telah mencetuskan usaha tersusun untuk membantu rakyat Palestin. Seruan untuk memulau dan memboikot Israel diterajui di peringkat global. NGO yang memperjuangkan hak rakyat Palestin mula membentuk jalinan dan mengkoordinasi bantuan di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini akhirnya membuahkan tekad untuk memecahkan tembok kepungan Gaza melalui melalui misi-misi kemanusiaan. Kemuncak kepada inisiatif misi kemanusiaan ini ialahFreedom Flotilla yang berakhir dengan tragedi Mavi Marmara di perairan antarabangsa. Sekali lagi Israel bertindak biadap dengan membelakangkan undang-undang antarabangsa dengan menyerang kapal Mavi Marmara yang tidak bersenjata dan mengakibatkan 9 orang sukarelawan Turki terbunuh.

Rakyat Malaysia turut terkesan dengan tragedi ini kerana Freedom Flotilla turut disertai oleh 12 warga Malaysia termasuk dua dari Aqsa Syarif. Serangan biadap yang jelas merupakan satu pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa telah mendapat bantahan dan kutukan dari masyarakat sivil terutama dari negara-negara Barat. Komuniti antarabangsa yang semakin simpati dengan nasib rakyat Palestin terus menyusun inisiatif bantuan kemanusiaan sehingga dilancarkan pula misi Konvoi Darat (Viva Palestina 5) yang melibatkan lebih dari 200 ambulan dan kenderaan pelbagai guna yang memulakan perjalanan dari London menuju Gaza. Konvoi darat ini juga turut disertai oleh 12 orang sukarelawan Malaysia, di mana 7 mewakili Aqsa Syarif dan 5 dari Viva Palestina Malaysia.

Berbanding siri bantahan yang dianjurkan di negara-negara barat menyokong rakyat palestin dari tahun 2009 hingga 2011, negara-negara Arab terus membisu dan menunjukkan sikap dingin terhadap perjuangan rakyat Palestin. Apabila bantuan datang dari segenap pelosok dunia untuk membantu rakyat Gaza, Mesir terus menutup sempadan masuk ke Gaza dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Rejim Hosni Mubarak tidak mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa supaya sempadan dibuka dan bantuan segera diberikan kepada penduduk Gaza. Sebenarnya Hosni Mubarak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel dan mengikut sahaja telunjuk Amerika Syarikat dan Eropah yang ingin memastikan Gaza terus dijkepung. Bagi Hosni Mubarak, keselamatan Israel paling utama dan pengaruh HAMAS perlu dibanteras.

Jika sekatan dilonggarkan kedudukan Israel akan tergugat. Senario ini pastinya akan menggoyahkan kedudukan rejim Mubarak. Lantaran itu Hosni Mubarak terus mengambil sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin dan membiarkan mereka berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk di abad ini. Bukan sahaja Mesir, bahkan seluruh Negara-negara Arab termasuk Jordan, Arab Saudi, dan Negara-negara Teluk terus berdiam diri meskipun mereka boleh menggerakkan pelbagai inisiatif dan sumber untuk membebaskan rakyat Palestin dari kepungan dan kezaliman rejim Zionis. Hakikatnya mereka adalah khadam yang berkhidmat kepada Israel. Mereka diupah oleh Amerika untuk memastikan keselamatan Israel terus terpelihara dari ancaman rakyat Arab. .

Angin perubahan mula bertiup pada awal tahun 2011. Satu demi satu rejim Arab bermula dengan Tunisia ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Revolusi ‘Jasmine’ telah menumbangkan rejim kuku besi Ben Ali di Tunisia. Rakyat Mesir yang mendapat inspirasi dari kebangkitan di Tunisia kemudiannya menumbangkan pula rejim Hosni Mubarak. Kini Libya pula dicengkam oleh pergelutan di antara rakyat dan rejim Muamar Gadafi dan bakal menyaksikan satu lagi negara despot Arab ditumbangkan.

Beberapa riak kebangkitan rakyat juga sedang berlaku di Syria, Jordan dan Bahrain. Kebangkitan rakyat Negara-negara Arab ini telah membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan kuku besi diktator Arab dan yang lebih penting lagi memerdekakan mereka dari penghinaan yang ditimpakan oleh rejim-rejim Arab yang melindungi Israel. Selama berpuluh tahun rakyat Arab dan umat Islam dihina oleh pemimpin mereka. Kini mereka mula menghirup udara kebebasan untuk menebus maruah yang tercalar di tanah air mereka dan juga di bumi Palestin.

Sesungguhnya angin perubahan yang berlaku di timur tengah adalah berita paling baik bagi rakyat Palestin sejak 63 tahun tragedi Nakbah. Bahkan ia adalah berita terbaik sejak hampir seratus tahun yang lalu apabila Palestin digadai oleh perutusan rahsia yang terkandung dalamHussein McMahon Correspondents (1915), konspirasi jahat British dan Peranchis dalam perjanjian rahsia Sykes-Picot (1916) dan di Parlimen British dengan sehelai dokumen keparat bernama Deklarasi Balfour (1917). Siri-siri pengkhianatan dan siasat keji di antara pemimpin Arab yang berkepentingan dan kuasa barat seperti yang diputuskan oleh PBB lewat UNSCOP dan Partition Plan dan resolusi 181 telah memberi lesen kepada zionis untuk merancang siri-siri keganasan ke atas rakyat Palestin yang mencetuskan tragedi Nakbah.

Ketika rencana ini ditulis, Menteri Luar Mesir mengumumkan sempadan Rafah ke Gaza akan dibuka dalam masa yang terdekat dan ia akan terus dibuka bagi menamatkan kepungan israel ke atas Gaza yang sudah melewati lima tahun sejak 2006. Ini disusuli pula dengan persetujuan HAMAS dan FATAH untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai landasan penyatuan rakyat Palestin di dalam membebaskan Palestin dari pendudukan Zionis.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada kerajaan Mesir atas pendirian yang ditunggu sejak sekian lama. Aqsa Syarif juga mengalu-alukan penyatuan HAMAS dan FATAH, satu perkembangan yang mendapat dokongan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat wujudnya satufront rakyat Palestin di dalam menghadapi Zionis Israel.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Arab yang telah berjuang bersama rakyat Palestin untuk menumbangkan sekatan-sekatan yang menghalang pembebasan bumi Palestin di negara mereka sendiri. Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada semua pejuang hak asasi dan sukarelawan yang tidak pernah gentar berhadapan dengan ancaman Israel untuk membantu membebaskan rakyat Palestin.

Sempena ulangtahun Nakbah yang ke 63 Aqsa Syarif akan memperkuat azam untuk ’MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA”

Pengerusi

Aqsa Syarif Bhd

15 Mei 2011

**********************************************************************************************************************************************

untuk adikku, abangku, kakakku, nenekku, datukku, ummi & abiku di Palestine,

kami akan berjuang,

melihat keluargaku di sana yang sudah cukup menderita,

sabar ya akhi, ya ukhti,

kami akan bangkit.!



Monday, May 16, 2011

tanpa mimpi tiada realiti

Motto hidup:

Time is running out, what should I do to carve the history of Islam?

Every second, tajarrud ilallah

Demi Allah & Rasul
Demi syurgaku..
Demi kampung akhiratku

Obsesiku
Cintaku
Ghoyahku

AlQuran di dada
Sirah perjuangan mjadi panduan
Iman di hati yang sentiasa ingin ihsan di depan Dia
Hati yang khusyuk tunduk melihat keAgungan Dia,

wahai hati, hiduplah!
Kuasailah jasad ini,
sehingga ia mencapai makna penciptaan
sehingga ia boleh berhujah di Hari itu kelak
yang she has done all that she could,
dengan yaqin kepada ya Rabb, ya Ilah, ya Malik

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (89:27-30)

Inilah kata-kata yang didambanya,
menunggu-nunggu kata-kata itu diutarkan kepada si hina ini,

Salahkan si hina ini bermimpi?
ya, bermimpi & bharap,

Mengharapkan,

Perjuangan tanpa henti!

Sunday, May 15, 2011

Rindu

Mulutnya terkumat-kamit,

Matanya dipejam kemas,

Hatinya membulat,

Meminta taubat pada Yang Maha Pengampun,

Gelapnya hati dia, bawa dia jauh dari Dia,

Dengan hati yang luhur, seolah tidak berdaya,

Minta kekuatan daripada Yang Maha Memelihara,

Selama ini, Allah sentiasa menJaga,

Allah sentiasa Menolong,

Allah sentiasa mengabulkan,

Allah sentiasa ada!

Mana dia?

Mintalah,

Berharaplah,

Merayulah,

Pasti akan diberi,

Bukalah mata,

Berfikirlah,

Renungilah,

Allah sebenarnya, sentiasa di Sisi,

Bertasbih kepada Allah yang di langit dan yang di bumi. Kepunyaan-Nya (kepunyaan Allah) semua kerajaan dan kepunyaan-Nya semua puji-pujian; dan Dia terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa). At Taghabun:1

Friday, April 29, 2011

menunggu kamu

Menunggu kamu.

Bismillah.

Kadang-kadang terlalu mengharap kepada suatu pengharapan yang hati kita kata pasti.

Dalam dakwah, memang kena husnuzon kan?

Dua buah hati.

yang satu membalas kata2, membuka hati sang daie. Namun kata2 agak tidak selari, membuat daie menunggu-nunggu saat bayang-bayang buah hati muncul di pintu hati.

yang dua senyap dan sunyi....tiada khabar yang jelas. tak keruan menjadikan sang daie bagai pungguk rindukan bulan.

Ada yang ketiga, buah hati yang semakin bosan dalam hidupnya yang tersendiri. Namun sang daie masih terus menanti, menunggu peluang ilahi saat hati suatu hari nanti bertaut dalam sebuah bulatan yang dinanti-nanti.

Memang dakwah kita meletakkan ujian sebagai kemestian. Berhelai kertas, bermuka surat sms, berpuluhan panggilan rindu. tiada jawapan.

Fir’aun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?". Musa menjawab: "Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya. (Itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya".

[As-Syuara:23-24]

Ya Allah, memang begini dakwah yang suci. Mahu sahaja aku mengkhabari mereka indahnya islam. Mereka buah hati. Melihat mereka, menghiburkan hati. Sama-sama aku mahu membina iman dan taqwaku bersama mereka. Jadi insan yang bertaqwa idaman kami.

Saat ini, yang pertama sudah ada di sisi. Hati sayu. Biarpun masa telah dia lewati. Perlukan masa katanya.

Buah hati...ambillah sebanyak mana masa yang kamu mahu. Ianya bukan milikku tapi Tuhan aku dan kamu.

Buah hati...kerana islam, aku sayang kamu.

Moga rabithah hati akan memayungi hati kami.

Aku sayang kamu kerana cinta yang Dia kurniakan padaku.

Allah, jadikanlah kami jundimu dalam perjuangan ini.


Doa kita terus tsabat?

Luv u.

Biiznillah

Daie Kecil

Friday, April 22, 2011

Destinasi Cinta by Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Wednesday, April 20, 2011

Harga sebuah muwosafat

Bismillah.

Bait kata-kata yang ini memang selalu aku perhati dan dengari,

secara individu...daurah-daurah..blog-blog...mesej dari teman-teman
mahupun halaqah

"syurga itu mahal"

huhu
tertumpu hati seorang da'ie pada kisah yang berlaku dalam hidupnya.

scene 1:
"Lagi sepuluh minit daurah nak start, takde bus dah kowt. Kalau ada pun kita mesti sampai lambat. At least lambat 10minit. Malulah...Nanti kena denda. Ala, takde beza sangat pun harga. Jomlah naik teksi je"

scene 2:
"Nak pegi ke tak. nak pegi ke tak. Urmmm, kalau pegi abislah duit aku. Nak beli tiket balik Malaysia lagi... takley takley. Balik summer pun penting kowt untuk dakwah kat Malaysia!"

scene 3:
"Weyh, aku nak pegi city nak beli stokin ngan inner. Tak sempat kowt nak basuh, dah bergunung-ganang baju. Tak sempat weyh, sibuk... mana ada masa."

scene 4:
"Boleh ana minta tolong enti...Ana ada banyak lagi tak baca..dah nak exam dah. Banyak sangat..enti tolong masakkan and basuhkan baju ana? Jzkk sangat.. uhibbuki fillah!"

scene 5:
tak perlu dah kowt

Bait-bait "syurga itu mahal" memang mampu menjadikan kita berlumba-lumba nak melengkapkan diri dengan 10muwosafat tarbiyah.
Namun, dalam kebiasaan bait tersebut mungkin terlalu idealistik bagi diri kita untuk melaksanakannya. Nampak macam senang, macam susah pun ada. Tapi tak mustahilkan?
Daie busy? Mesti ramai yang geleng kepala.
Busy tu tak patut wujud pun dalam riwayat seorang daie.
Bukan busy tu...maknanya, tak mahir menyusun urusan dan menepati masa.
Sehinggakan kita tak terurus, lewat, gagal menyempurnakan tugasan, menangguh-nangguh,
sedangkan yang kita perjuangkan adalah sesuatu yang hebat dan syumul.

Teringat pesan seorang sister ni. "Ha! dah tu? Kita nih nak cari redha sape? Allah kan?? Dah tuh, sebab kena awal bukanlah untuk elak didenda mak usrah atau malu kat sisters atau ustaz kat daurah tu! Takut Allah....sayangku! Tak nak infaq tenaga, jiwa dan harta di masa-masa yang kecemasan tu, tak payah lah nak berangan nak pegi Palestin yang xde kat depan mata...30minit pun dah tak sanggup, syurga apa lagi!"

Baaaaaaaaaaaaaaaaaannnngggggggg!

Gosok-gosok dahi, tanyalah hati!

p/s: ihsan ihsan ihsan...chaiyuk wahai hati!

thabat

2:214

AlBaqarah:[214]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).


Imam asy-Syahid sendiri pernah menjelaskan kepada kita bahawa kita pasti akan berhadapan dengan pelbagai musuh sama ada daripada dalam masyarakat mahupun daripada kerajaan. Kita akan terdedah kepada tindakan disiasat, ditahan, dipenjara dan diseksa. Apabila kita berhadapan dengan segala tindakan tersebut, barulah kita berada di atas jalan pendokong dakwah. Beliau berkata: “Kemungkinan ujian ini akan memakan masa yang amat lama jadi apakah kamu masih mahu untuk menjadi penolong Allah?”

Dakwah di Alaf Baru, Asy-Syeikh Mustafa Masyhur

Sunday, April 17, 2011

Haya'

Mana hilangnya malunya wanita,
yaghdud na min' absoorihinna,
perintah Allah untuk wanita-wanita beriman, tidak dihiraukan, dibiarkan berterbangan bak debu-debu halus,
padahal ia suci lagi tinggi daripada Illahi,
mudahnya kita menolak perintah Allah
Tidakkah dia sedar bisikan syaitan laknatullah ketika dia bersama lelaki ajnabi itu,
tidakkah dia sedar setiap pandangan haramnya disertakan dengan panahan Iblis durjana
....La taqrabuzzina...
Jangan, adinda dan kekandaku mndekatinya..
Zina itu mulanya pada mata kemudian pada hati dan akhirnya membawa kepada anggota yang akur pada hati yang sebu,

oh wanita suci, tidakkah kalian ingin bidadari syurga cemburu pada kalian,
Tidakkah mahu menjadi wanita solehah sebaik-baik perhiasan dunia?
Jangan cemari hati kalian dengan cinta yang tidak suci,
Raihlah cinta tertinggi Allah dan Rasul
sebelum nikmat cinta makhluk,

Jangan sampai Allah hijab,
Menghijab nikmatnya bercinta dengan Pencipta,
Adakah nilai yang lebih tinggi berCinta dengan si Dia?
apatah lagi bertemu dgn WajahNya yang Maha Agung nan indah di Syurga nanti,

Jika dikau tahu betapa Allah cemburu pada cintamu pada makhluk melebihi cinta pdNya...

Takkan dikau sanggup bebuat begitu, takkan sampai hatimu...

Malaikat tidak pernah jemu bertasbih mensucikan Allah, siang dan malam tanpa henti...

Kerana mereka sedar hakikat betapa Maha Agung dan Maka Hebatnya Allah itu,

Mungkin aku juga di kalangan yang tidak sedar,
belum pernah sujud pada Allah dengan sujud penuh rasa kehambaan,

Patuh dan taat dengan mutlak, sedangkan langit & bumi berserah diri kepada Allah dengan rela,

Jangan jatuhkan diri ini ke lembah lumpur lagi hina, kerana pada hakikatnya di sisi Dia,

Kita diciptakan dengan darjat yang tinggi,

Daripada Ruh tiupan Illahi,

Maka, mengapa sampai durhaka pada Tuhan Yang Maha Pengasih?


Inspired by

An Nur 24

Isra’ 32

At Taubah 24

Asy- Syura 5

Fussilat 11

Al Hijr 29

Infiitar 6

Saturday, April 16, 2011

Totalitas


Assalamualaikum wrbkt,

bismillahirrohmanirrohim

Bukanlah sesuai utk sy berbahas tentang tajuk ini,

Just ingin berkongsi rasa kerna ini vital dalam kehidupan duat,

Yakni totalitas hanya kepada Allah,

Once dah melepaskan everything pada Allah,

Nothing is Imposibble,

Only Duat do Imposibble stuff cause they believe that it is NOT them, who do all the things they do

But Allah, the Mighty Allah that gave them the Strength to do so, give them Taufeeq & inspiration to do so,

And you did not kill them, but it was Allah who killed them. And you threw not, [O Muhammad], when you threw, but it was Allah who threw that He might test the believers with a good test. Indeed, Allah is Hearing and Knowing. Anfal: 17

So, it has NEVER been you. Please, adinda & kekandaku duat sekalian, please get this straight, hanya Allah yg beri segala Kekuatan , Kelebihan, Ide-ide kreatif, hatta sekecil-kecil perkara, jangan depend on sesiapa atau apapun. Seluruh pergantungan Hanya kepada Allah.

Jangan bergantung kepada Usrah, Daurah, murabbi yg qowwiy, pengisian yg menghentam atau apa apa shj wasilah dakwah utk mGerakkan kita!

Itu hanyalah objek asbab, utk kita mdpt hidayah & cahayaNya. Kerna jika dari awal, itulah mindset kita atau rijalud dakwah yg terdahulu, maka apalah nasib Mus’ab b Umayr?

Bukankah dia hnya bgantung kpd Allah Azzawajalla?

Rasalah penyesalan jika jaulah itu yg meniupkan himmah kite, pengisian itu yg mggerakkan kite, & waqi’ itulah yang menyemarakkan semangat dakwah kita, kerna ini belum lagi Totalitas Allah SWT.

Pernah terfikir rakyat Palestine?

Adakah smua itu mgerakkan mereka?

Kita yaqin di mana sahaja kita dicampak itulah tempat terbaik, yang Allah ingin tarbiyah kita.

Jangan hanyut dek waqi’, layu dek pengisian2, silibus2 atau materi2 tarbiyah yg diberi,

KITAlah yang harus Bangkit,

Bangkit dari kehinaan, kelemahan kita dalam mpertahankan Deen.

Himmah, obsessi itu harus dari ‘dalam’

Dibina & disemai dari bawah

Dengan Kalam Allah yg suci menjirus hati yg legap & keras

Dicucuri dgn sirah ArRasul & kisah sahabat yang sentiasa memotivasi & digilai!

Membuahkan rindu kepada syurgaNya, melihat wajahNya, & dambakn syahidnya

bukanlah dibina semata-mata dgn menghadiri penuh majlis-majlis KITA,

tetapi dgn hati yg sentiasa Jihad, suci, tekad & penuh Cinta,

bukankah Cinta yang selalu buat kita tidak tentu hala,

setiap detik hanya pada Dia,

takut Dia tidak hiraukan kita,

takut Dia tapis kita,

takut azab Dia,

O Allah, kembalikan totalitasku hanya padaMu,

Bukan pada manusia,bukan makhluk, bukan sesuatu yang diCipta,

tetapi Hanya kepada PenCipta yang Maha Agung...

O Allah, bukalah hijab yang selama ini membelengguku kerna dosa- dosaku,

aku lemas,

O Allah, bantu aku, bantu kami, tiada Siapa lagi perGantungan selain Kau, O Rabbku

Benarkan aku utk berjihad di jalan suciMu ini,

untukMu jiwa-jiwa kami,

hamba

Thursday, April 14, 2011

untuk lapan

dulu lapan...

sekarang enam.

buat satu. di mana pun kamu berada.. teruslah berjuang!

buat dua. jauh di mata. tapi lekat di hati. bertahanlah..

satu dan dua. enam sayang antum. enam rindu antum.
dan lapan sentiasa bersama dalam doa rabithah.

masa yang berbaki ini. mari all out. untuk Allah.
moga Allah jernihkan hati kita. agar mampu mengalir menderu bersama dakwah.
Allah tumuhat kita.
Rabbaniy hadaf kita.

Aseef buat tujuh kakak.
adik bongsu masih belajar.
adik bongsu sedia diberikan tunjuk ajar.

semoga lapan tetap dalam jalan ini sampai syurga.
jalan Rasul dan para pencinta kebenaran.
bersihkan niat, lapangkan dada dan fikiran.

syahid sama2 ye lapan?
Doakan semua.

Biiznillah
daie kecil a.k.a adik bongsu

Sunday, April 10, 2011

dua hatiku

Bismillah.

Entry kali ni dalam dada yang sangat sesak.
dalam air mata yang mudah meluncur ke pipi.
seakan-akan aku mahu menarik ia masuk ke mata semula.
tapi ia terus mengalir lagi.

Allah..
aku begitu cintakan mereka.
air mataku terus menitis.
permata hati yang seakan-akan makin jauh
jari mereka yang dulu dapat ku genggam erat

seakan-akan makin lemah kekemasan genggamannya.
dua cinta yang ku temukan dalam jalan ini.
aku mahu mereka tahu, aku mahu bersama mereka
meredah kefana'an dan fatamorgana dunia.
aku mahu berjalan bersama mereka
meniti kasih
mengasuh hati
mendidik jiwa
dengan redha Mu.

Aku mahu berada di bawah payung cintaMu
bersama mereka.

Kurasakan takut ya Allah
sekiranya dosa yang ku lakukan
menghijabkan mereka dari hidayahMu
membentengkan mereka dari melihat cahayaMu
mengheret mereka makin jauh dari keindahan cintaMu
melegapkan sinaran yang terlalu berkilau dengan namaMu

takut ya Allah.
dakwah ini menuntut jiwaku untuk menangis lagi
ianya terlalu suci
untuk dicemari jiwa yang penuh noda ini

jalan ini terlalu lurus dan patuh
sangat bersih dan harum
untuk dilalui du'at sepertiku
tapak kaki ini tidak pantas untuk melangkah
kerana kotorannya.

tika saat ini.
biarpun dalam ketakutan yang membenak di dasar hati.
Aku masih berharap.
dan terus sabar menunggu
rahmatMu ada buatku dan mereka.
kami semua.

Ya Allah.
Tunjukkanlah kami huda
Pancarkanlah cahayaMu yang terang-benderang
ke tiap hati-hati kami.
tundukkanlah kami dengan fitrah sebenar
yang kami janji dan saksikan saat pertemuan kita
suatu tika dulu.
Ampunkanlah kami...kurniakanlah maghfirahMu buat kami.
Selamatkan kami.
Pimpinlah kami dan mereka.

Kembalikanlah kami kepada islam.
Kobarkanlah kami dengan dakwah.
Jadikanlah kami penolong agamamu.
dalam pendakian redhaMu

Allah dan Rasul
para pencinta kebenaran
yang syahid dan beriman.
kami sayang dan merindui Dia dan kamu.
doaku sentiasa untuk Dia, mereka dan kamu.

Ya Allah,
cintailah kami
dan ajarilah kami mencintaiMu

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar [seruan] yang menyeru kepada iman [yaitu]: "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. (193) Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji." (194) [al-Imran]

Biiznillah.
Daie kecil




p/s: duhai dua hati,
aku tahu Allah sentiasa bersama kamu. jalan ini masih panjang. i luv u two... T.T

Saturday, April 9, 2011

firm faith

Bismillah.

Malu dengan diri berbicara kisah-kisah mereka yang terdahulu.
Dua kisah yang berbeza namun hikmahnya begitu suci.
Besar terlalu menjulang dan terasing perjuangan mereka.
Terlalu asing dari kebatilan.

Mujahidah islam Zainab al-Ghazali.
nama yang kita pandang enteng dalam dunia moden ini.
tapi pasti perjuangannya menjadi sebutan para penduduk langit.
memuji, dan insyaAllah kita para du'at sendiri merasa tertusuk dengan perjuangannya.
merasa sakit dengan penderitaannya.

Saat-saat setiausahanya datang dengan susah payahnya
semata-mata untuk mengkhabarkan perjuangannya

..."kita telah di'ban'"...
dan jawapan pertama yang terkeluar dari dasar hatinya,

"Alhamdu Lillah, but the government has no right to do this, we are an Islamic group"

Subhanallah. Betapa indahnya perjuangan
berdiri dalam barisan panji Lailahaillallah
Bila tiada hubungan dengan kebatilan.
Hanya perlu redha Allah.
Takutkan murka Allah
Begitu megah dia berdiri.
Izzah dengan islam
Izzah dengan dakwah ini.

..."Da'wah represents neither money nor belongings which can be confiscated by a secular state whose members are fighting Allah, His Messenger and the Muslim Ummah.
Let the state confiscate our money and belongings, but it cannot confiscate our faith. Our message is one of da'wah and of people who perform this da'wah.
We stand under the umbrella of 'there is no god but Allah and Muhammad is His Messenger'"....
[Return of the Pharaoh]

Kisah kedua..

terlalu immortal.
kisah yang Allah titipkan kepada Rasulullah
dan kita

"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu [Muhammad] dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; (13) dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran". (14)
[Kahfi]

Tujuh orang pemuda
ditentang oleh pemerintahan yang zalim
tetapi
iman mereka teguh.

"Firm faith"
itulah titik persamaan mereka,
zaman berzaman
yang menggerakkan mereka untuk terus
dan terus
menegakkan kebenaran.

biarpun ditentang,
dipenjarakan,
dihalau.

dakwah mereka dakwah al-Haq
seruan mereka seruan Lailahaillallah.
Keyakinan mereka
meluaplan kebenaran demi kebenaran.
dari hati yang mahu mempertahankan islam.
Firm faith --> hanya itu yang mereka pertahankan
sangat teguh.

perjuangan mereka dan kita.
sama.

Duhai hati.
teruslah yakin.
Allah akan memberikan Nur pada pejuangNya.
bekerjalah dengan kebenaran ini.
Hanya Quran dan Sunnah
titik.
kerana kebenaran ini sahaja yang berkekalan.

sampai kita boleh senyum kat Allah
dan Allah senyum kat kita balik.

Ya Allah, plzzzz. tetap dan teguhkan hati kami? redhaMu pengubat rindu.

Biiznillah
daie kecil


dengan nikmat Tuhanmu

bismillah.

"Katakanlah Muhammad," Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun dan Maha |Penyayang. 03:31

dengan nikmat Tuhanmu
bersyukurlah.
dengan nikmat Tuhanmu
dengarlah.
dengan nikmat Tuhanmu
berlapang dadalah.
dengan nikmat Tuhanmu.
bergeraklah dan teruslah bergerak.
dengan nikmat Tuhanmu
bangkit!!!! andai kau jatuh
dengan nikmat Tuhanmu
bertaubatlah!!! andai kau lalai
dengan nikmat Tuhanmu
not tell them what to do
but guide them...
dengan nikmat Tuhanmu
berhikmahlah
dengan nikmat Tuhanmu
peliharalah emosimu
dengan nikmat Tuhanmu
kembalilah kepadaNya
dalam apa jua perkara.
dengan nikmat Tuhanmu
kau mencintai Allah...dan aku pun..
dengan nikmat Tuhanmu
akan ku hargai setiap saat ini agar ia jadi saksi mujahadah ku dengan Dia.
aku rinduuu...pertemuan bersamaMu dengan dia, mereka dan ikhwah dan akhawat.
redhai kami ya Allah...