Monday, July 23, 2012

tadharru'

merendahkan diri

berdoa kepadanya dengan merendahkan diri.

mengangkat tangan menghadap muka.

"Ya Rabb..ya Rabb..."


tanda pergantungan dan pengharapan penuh padaNYA.
Allah jadikan hati kami teguh atas ujian ini.
Allah letakkan kami dalam keimanan saat-saat kesusahan dan kesenangan.

merendahkan diri sebagai seorang hamba.
Allah~~ penyucian ini sangat berat tetapi jadikanlah aku hamba sebenar benar hamba.
kerana dakwah ini tidak akan menang tanpa-Mu.
tarbiyah ini tidak akan lengkap tanpa cinta-Mu.

Allah~~ sesungguhnya aku termasuk orang yang menzalimi diriku sendiri.
ampunkan aku.
terimalah taubat ku.
aku ingin jauh dari azab-Mu
dan aku benar-benar merindui syurga-MU.

Monday, July 2, 2012

antara semalam dan hari ini

alhamdulillah usai majlis akad kakak saya semalam.
tapi saya betul-betul merasakan kehilangan seorang kakak
pada masa yang sama saya melihat mata ummi. [i know she's crying]
dan saat itu..saya hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan ummi.
kerana ketetapan itu pasti berlaku, cumanya bila? dan di mana?
kita tidak akan tahu.

hari ini.
kawan saya. iphone dia jatuh dalam air.
sedih betul dia. risau saya dibuatnya.
tak mampu melihat dia sebagaimana saya melihat ummi semalam.
tetapi dapat merasakan perasaan yang sama.
dan saya hanya mampu doa dari jauh.

ummi.
awak.

inshaAllah.

kita terus kuat untuk syurga Dia. Jom!!

saya sangat sayang mereka..Allah~~

Friday, June 22, 2012

checklist diri

kekuatan seorang mukmin itu ada 3 perkara
IMAN
UKHUWAH 
MATERIAL

saya sering bertanya pada diri..
sudahkah saya betul-betul meraih kekuatan dari ketiga-tiganya.
dan menyandarkan kesemuanya kerana Allah.

[muhasabah panjang]

p/s: Allah ghayatunna.

Sunday, June 17, 2012

taqarrub

maksud taqarrub di sini buat saye tertarik dan melekat.

Taqarrub ialah usaha dan kegiatan menghampirkan diri kepada Allah swt, sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan termulia di sisiNya.

Dengan cara: mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

menjadikan kemuliaan di sisi Allah sebagai mahkota idaman!

Tuesday, May 8, 2012

[monolog] dont leave Lampu Puteh

duhai pejuang hati dan jasad
jangan tinggalkan perjuangan di medan ini
teruslah berdoa agar hati terus thabat dan sabar
hingga 
perindu syurga 
bertemu dengan Pemiliknya.
jangan tinggalkan.
lampu puteh.

Monday, May 7, 2012

[re-Post]: kalau Allah mahu..kun fayakun

bangun pagi tadi dengan semangat baru
takkan tido sebab ada enam hari lagi tinggal untuk exam.
cuak sangat2...
baca dengan seihsan mungkin sehingga tertidur dengan nota neisseriae
ya Allah saksikanlah daku...

 alhamdulillah
dhuha itu sungguh menenangkan.
terima kasih Allah. tak sangka hati terus terpujuk dengan kata-katanya
Allah saksikanlah...andai ingatan ku padaMu lalai disaat aku menuntut ilmu ini
Engkau ingatkanlah..
kerana hanya dengan kemahuan-Mu segalanya akan berlaku.
kurniakan kami yang terbaik dan cemerlang.
ameen.

AL-INSAN

(Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.-22-

 maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).-29-
 
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana,-30-

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-31-


buat teman-teman saya di penang juga: semoga Allah kurniakan balasan terbaik untuk antunna atas segala usaha dakwah antunna. inshaAllah kami bakal menyusul..doakan >.<

[kmf]

Tuesday, April 24, 2012

kuat dan ...(dot dot dot)


sambil tengah belajar
saya rasa susah sangat nak fokus
dan fikir banyak sangat benda
rasa nak masuk gua lepas tue setadi sensorang..huhuhu

tapi tadi decide nak tulis sesuatu untuk diri sendiri makanya terilhamlah perkataan ini..tekan sini
banyak kali dalam hidup ini - kita akn minta kawan-kawan kita doakan kita.
sisters2 tersayang yang jauh mahupun dekat untuk doakan kita.
dan banyak jenis orang juga yang saya jumpa punya teman baik untuk sentiasa support mereka.
alhamdulillah..secara fitrahnya semua manusia pasti bijak mencari cara untuk mendapatkan kekuatan untuk diri sendiri.

tapi kekuatan sebenar ialah dalam diri kita sendiri.
dan yang paling hakiki ialah kekuatan pada Allah dan dari Allah.
entahlah..tapi i really learnt that and still learning. jika anda bertanya kepada saya, bagaiman saya punya segala kekuatan sehingga hari ini? i would answer it -> " with a lot of tears and doa"

itulah kekuatan yang saya jumpa.
walaupun begitu bukanlah bermakna bila kita temui kekuatan dalam diri kita sendiri dan Allah.
kita harus menolak pergantungan pada manusia ataupun tidak memberi kekuatan pada manusia yang lemah.
kerana Allah ciptakan manusia itu pebagai ragam dan macam. dan memang untuk kita saling berkenal-kenal dan melengkapi antara satu sama lain.janganlah kerana kita merasakan Allah lebih layak untuk bergantung -  maka apabila sister datang untuk meminta support, kita suruh dia doa kt Allah banyak-banyak terus. padahal tiada salahnya kalau kita peluk dia dan jadi seperti khadijah. berkatalah baik dan sesuatu yang memberi keyakinan pada dia. belajarlah dari isteri nabi..khadijah. dia sangat pandai dan bijak kan? nabi sentiasa rasa disupport bila bersama khadijah. itulah motivasi murabbi. :)

kerana ukhuwah itu kekuatan. dont take it for granted. always always always memberi kekuatan kepada manusia lain. kerana itulah erti hidup seorang daie. sentiasa memberi dan akan kita temui kekuatan dalam setiap pemberian kerana Allah itu.

ya..saya sedar akhir-akhir ini banyak pula saya bercakap mengenai ini. tapi itulah tarbiyah pertama Allah buat nabi.KEKUATAN. disaat-saat khadijah dan pakcik nabi sentiasa disisiNya saat-saat dipulau oleh kafir Quraisy - di saat itulah Allah menyambut nafas mereka. dan disaat itulah kesedihan nabi yang teramat sangat sehinggakan Allah memujuk nabi dalam peristiwa israk mikraj. yakinlah duhai hati yang sedang membaca post ini, setiap apa yang Allah berikan pada kita baik nikmat - harta mahupun ukhuwah, hargailah sebaiknya. tapi meletakkan pergantungan dan kesyukuran pada Allah itu yang paling utama.
sentiasa menerima pujukan dari Allah.

kerana saat engkau melihat awan, rasailah itu pelukan dari Allah
saat engkau melihat matahari, rasailah rahmat dan kasih sayangNya
saat engkau menikmati malam, rasailah Allah menyelimuti kita.
maka nikmat apa lagi yang kita dustakan? **nangis..

apapun FOKUS!!!! nak exam da..


Monday, April 23, 2012

setiap hari

bismillah
sunyi sepi je blog ni kan?
tinggal saya sorang je yang masih setia menulis. huhuhu jangan salah anggap pula..inshaAllah yang lain busy bt dakwah..hehehe

setiap hari Allah akan tarbiyah kita dengan pelbagai macam kan? ^_^
tapi hari ini terasa sangat-sangat takut di hati..
sebab terasa sebuah kekuatan yang saya tahu
bukanlah datang dari saya.

setiap hari saya akan gagahkan diri ke kelas
gagahkan diri lagi untuk mendengar lecture
dan gagahkan diri untuk tidak tidur dalam bas dengan membaca mathurat atau AQ.

tetapi hakikatnya kegagahan saya itu bukanlah datang dari saya.
semuanya datang dari Allah.
sungguh terasa hari ini kekuatan itu datang dari Allah..
T_______T

tapi bukanlah bermakna hari ini saya kuat esok saya akan kuat lagi..
boleh jadi saya lah orang yang paling lemah ke-esokannya
hakikatnya..Allah yang tempat saya bergantung setiap hari.
terasa nikmat sangat bila melihat awan di luar sana..
feels like Allah sedang peluk kita..

rasa nak menangis...
sebab Allah is there...
:"( saya sayang Allah..

(monolog sendirian:
terus kuat kay..
kita mujahadah sampai iman kita jadi saksi pertemuan kita kat syurga. )


Allah..saya rindu ukhuwah itu :(
pleaseee...met us all in jannah. inshaAllah



 

Monday, March 26, 2012

Stronger we will be


a picture portrays thousand word.
ops..apparently there's word on the picture. :P

cause we're human.
it's okay to cry.
just BE STRONG!
okay.
andai aku lemah..Engkau kuatkanlah.
ameen.

 

Friday, March 23, 2012

Ceritera kakak II

Bismillah
Semalam tengok kakak...dia nangis lagi..
tak tahu kenapa..
pastu nampak dia mengaji..mashaAllah
semoga Allah kurnia kekuatan buat dia..

Esoknya, kakak bangun awal sebab tidur awal semalam..adik-adik mungkin tidur lambat sebab semua pun macam susah nak bangkit subuh. Subuh awal-lah katakan. mencabar juga la nak bangun. Alhamdulillah dengan kurma dua biji, kakak sahur. kena juga puasa sebab nak ganti puasa. kakak kejut adik. ada yang bangun dan ada yang macam nak bangun rupanya adik tak bangun. patut la adik nampak badmood eh...adik bangun subuh lambat.

kesian adik.
kakak tak kejut adik betul-betul. adik pun nampak sangat stress dan takde mood. takut kakak nak cakap dengan adik. adik pulak macam nak melarikan diri je dari kakak. kakak pergi sekolah..sebenarnya kakak lemah sangat hari tue. rasa nak menangis je sepanjang hari. dalam kelas pun kakak tak mampu nak fokus. rasa susah sangat. kakak banyak doa kat Allah minta kekuatan. kakak memang decide nak gi tidur U** malam tue. tapi kakak tak sanggup nak tinggalkan rumah.

baru kakak dapat tahu adik pun menangis semalam. kakak rasa bersalah sangat sebab tak support adik. kakak banyak fikir benda lain, kakak betul-betul ingat adik ok dengan semua ini. sebab adik kakak sangat positif...adik kakak sangat matang. tapi hari ini adik betul-betul lain. kakak rindu sangat adik yang selalu ceria dan comel walaupun comel adik pelik. hehehehe

adik. kakak minta maaf sebab tak support adik. knowing that u are weak..alhamdulillah Allah bagi kakak kekuatan untuk terus bangkit. Allah takkan biarkan kita lemah adik, melainkan kalau kita yang nak. Adik, kakak nak bersama adik. walaupun adiklah adik kakak yang paling kurang kakak peluk. tapi kakak sayang adik. banyak kakak belajar dari adik. adik, dont ever give up.
sebab every hardship yang Allah letakkan kepada adik..kakak sangat yakin..Allah nak kuatkan adik.

adik.
adik tahu tak...kakak selalu bayangkan adik final year.
adik mesti jadi kakak yang paling best dan mampu kuatkan adik-adik lain nanti.
kakak nampak kekuatan dalam diri adik.
dan kakak pun rasa kuat bila bersama adik.

adik...dont ever give up!
dont be sad...sebab kakak rasa..adiklah yang paling dekat dengan Allah...
adik...jom kita kuat sama-sama!

hadiah untuk adik
"...Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat;

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."

22:34-35


Tuesday, March 20, 2012

Ceritera Kakak I versi Lampu Puteh

kalau dulu ceritera kakak ada dalam Keep Moving Forward je. Tapi kali ni nak import ceritera kakak ke sini la pula sebab Keep Moving Forward dah takde.

Ceritera Kakak I versi Lampu Putih

Hari ini kakak bangun awal juga sebab semalam penat sangat tido awal lepas meeting. Seharian suntuk tulang belakang kakak sakit semalam. lenguh-lenguh katanya. kesian adik kakak kena tido atas lantai. Maaflah adik. :)

Hari ini kakak susah nak fokus dalam kelas. fikiran kakak jauh melayang. Risaukan adik sorang ni. Rasa macam kakak tak tunai hak betul-betul pada dia. kakak suka dia jalan-jalan ke RI lain. Dia ada kawan. kalau kat sini, kakak selalu banyak keje, tinggal adik sorang-sorang. Kakak nak minta maaf sangat kat adik sebab potong terus idea adik nak cari rumah dekat. bila fikir-fikir rasa macam kakak ni pulak yang degil bukan adik. maaflah adik. akak harap sangat adik dapat membina tarbiyah baru di rumah adik nanti.

kakak nak tolong adik tapi kadang-kadang takut nak cakap. adik dah besar. pandai buat sendiri semua urusan adik. malah kadang-kadang adik yang uruskan akak. sayang adik.

usai solat asar. tiba-tiba air mata kakak mengalir. minta kekuatan pada Allah. hati akak rasa resah dan tak tentu. semakin besar, semakin lama dalam jalan ni, semakin banyak amanah dan cabaranya. ya Allah kuatkanlah kakak. Kakak kena jadi positif dan ceria-ceria selalu tau. jangan sedih-sedih sorang-sorang.

kakak kena kuat sebab nanti orang lain pun nak jugak kekuatan kakak. kakak kena banyak bergantung kat Allah. kalau kakak nak apa-apa cakap jee, adik-adik kan ade ^_^
kakak janganlah malu..sebab kita sama-sama dalam jalan ini.
kakak..sila setadi.. dah banyak minggu akak tak setadi...
fokus please akak...jangan fikir banyak sangat.
fikir satu-satu.

p/s: Allah kan ade? :)

Monday, March 19, 2012

Merasai

Kawan saya.
Sekarang nie tengah buat rotation di surgery, orthopedic
Kalau tak silap saya laa..
penat sangat katanya..
kesian dia..dahlah dia memang jenis cepat penat - anemic lagi
risau juga saya dibuatnya..

tapi Allah sentiasa menjaga dia inshaAllah
untuk awk..
semoga Allah bersama awak


Tuesday, March 13, 2012

Bintang Di Langit

Sharing dengan roomate yang comey molek ^_^

orang beriman tue macam bintang di langit
imannya..TERPANCAR, BERSINAR

jadikan iman ku secantik cahaya bintangMu dilangit ya Allah..


cahaya iman itu ibarat bintang..cantik macam bintang
tapi kalau bintang tu malap-malap
kita kenalah berusaha menjadikannya bercahaya. =)

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami jadikannya indah langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." 15:16


____________________________________________________
p/s: buat awk..kalau kita rindu Allah, rindu saya dan mereka tengoklah bintang, biar cahaya bintang jadi impian iman kita. insha ALLAH

Sunday, March 4, 2012

mari gumbira


kalau awak rase bagaimana awak boleh bergembira..

Mereka menjawab: “Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa”.
[15;55]
 

'gembira' yang osem 

hanya bila kita melalui jalan Muhammad

p/s: dah gembira?

Thursday, March 1, 2012

to be a listener

i just read a book.
to be a listener.

all you have to do is to LISTEN.

to LISTEN ATTENTIVELY..
makes people PROFOUND in THIER LOVE for us.


qouted: Enjoy our life..

nanges

saya kan suka nanges
tapi kadang-kadang tue takdelah suka sangat
tapi memang saya mudah menangis

jangan silap!
tangisan itu kekuatan saya.
sebab Allah ingatkan saya pasal Dia dengan tangisan
tangisan ini ya Allah
biarlah jadi saksi
taubat cinta ku padaMu


"Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. - 24:64"

Friday, February 24, 2012

tanaman kita

dulu kat sekolah pernah tak?

tanam kacang dalam bekas?


















pembolehubah malar: jenis biji benih
pembolehubah manipulasi: air, nutrien, graviti, ruang.
hipotesis: tumbesaran mereka dipengaruhi air, nutrien, graviti, ruang.


.....tapi.....


hipotesis Allah:

"..dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira (tanpa batas)".
[39:10] 



hehe.

istimewanya hamba Allah.
tumbesarannya tanpa batas. unlimited!


baru boleh kata coolioooo!  o.O

p/s: ni lagi sayangggg Allah

Wednesday, January 18, 2012

asyik

pernah tak kita asyik?

atau

'ghairah' dalam sesuatu perkara?

“Allah shows compassion only to those among His slaves who are compassionate.” 
(Al-Bukhâri and Muslim)


p/s: Allahu ghayatuna! chaiyuk! (^^,)

one paper to go. 
bismilah..









Friday, January 13, 2012

bersama

kerana Dia

aku dan kau

.:bersama:.


Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
[14:23]

p/s: :")

still struggle


Thursday, January 5, 2012

owner

sakit?

semua kita pernah merasakannya. mungkin sekali sebulan, dua kali setahun?

atau sepanjang hayat.


seperti ini?

atau...


saya pernah rasa sakit. yang paling sakit!
waktu itu saya tak tahan, menangis. walaupun mereka sekeliling cuba taking care.
saya tahu saye je yang faham dan merasai kesakitan itu!
even you! not going to feel it!
dan keadaan dan mereka sekeliling takkan merobah kesakitan itu.
walaupun mereka doktor atau medic student.

kerana...

kesakitan juga milikNya

dan setiap sel-sel itu beribadah dan berfungsi

.:mematuhi penciptaNya:.

we are not even The Owner of our own body!
because He owned us since before


All that He asked us..
to return to Him. forever..

with our ready to be filled with His love.

O Al-Wadud, allow us to have the best return on That Day. [tears]
ameen ya Rabb



Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
[Al-muzzammil:18-19]

@living room qawwiy
struggling for final exam.