Friday, December 31, 2010

Ziarah

Bismillah...

Alhamdulillah. Menjadikan ziarah sumber kekuatan... melihat apa yang dibuat oleh daie-daie yg tidak berada di depan mata, bersama-sama mereka menghadapi hari yang ada. Sangat seronok, seolah-olah berehat seketika daripada menguruskan keadaan rumah sendiri; suatu nikmat yang Allah ingin beri padaku barangkali.

Bukan saja adik-adik yang memerlukan tadabbur alam atau taujih daripada orang, malah daie-daie juga perlukan fiqh dakwah yang berkembang. Hanya melihat apa yang berlaku di depan mata atau bersama-sama dengan orang yang sama tidak membawa kita ke mana-mana yang lebih jauh. Kerana itulah ada dalam perancangan dakwah kita jaulah ke luar lokaliti pada masa-masa lapang, cuti universiti dan pabila ada peluang. Bukan sekadar melihat adik-adik yang dekat kurang 10 minit berjalan daripada rumah, tapi lebih kepada merantau negeri orang dan melihat perkembangan kita di sana...

Dakwah kita bukan dakwah lokaliti, bukan dakwah fardi... Dakwah kita dakwah untuk dunia dan dakwah yang mereformasi ummah seisinya.

Yang sakit kelak bukan mereka, tapi diri sendiri yang tidak jauh melihat ke hadapan, enjoy dengan apa yang ada sekarang... bukankah kau akan menyesal di suatu hari nanti, tapi waktu itu masa tidak akan kembali...

Siapa yang rugi?

Daie itu bukan sebarang pandang,
Saadiah

Thursday, December 30, 2010

Plan tarbiyyah sendiri

Bismillah.

Baru kelmarin diberi tazkirah oleh seorang ukhti dan isinya sungguh menarik. Kadang kala kita juga terlepas pandang, kerana hanya berharap dan tidak sendiri membuat.

Pengalaman seorang ikhwah yang menulis buku 'Enjoy your life'. Siapa? Cari sendiri.

Tarbiyyah diri bukan hanya ditentukan oleh naqibah atau timeline lokaliti. Sangat menyedihkan bila seorang daie hanya tahu mengikut laluan yang telah disediakan untuk mereka, tanpa terasa untuk ingin mencambahkan tiap-tiap langkahnya. Umpama padi yang masak tiga tahun sekali dan dirasakan cukup oleh petani untuk keperluan dirinya dan lebihan hasil itu dijualnya kepada kilang. Tidak terfikir untuk mencari-cari bolehkah tuaiannya menjadi dua tahun tiga kali? Berasa cukup dengan apa yang ada. Qanaah tidak bertempat rupanya.

Bercakap pasal ini, teringat pada istilah thinktanker. Siapa yang akan memakai gelaran itu kalau bukan kita pewaris generasi dakwah masa kini dan pembina generasi dakwah akan datang? Semakin lama, semakin hanyut dalam dunia mimpi yang menyediakan waqi' yang senang untuk ditumbuhi usrah di sana sini, walhal realitinya tidak dijejaki sehabis pasti.

Masih belum cukup usaha kita dalam merancang tarbiyyah untuk diri sendiri. Hanya menunggu-nunggu apa yang bakal diberi oleh Ilahi, dan cepat saja mengatakan itulah tarbiyyah Allah untuk diri. Wahai, alangkah rugi!

Sang pengarang buku yang ana katakan tadi sampaikan merancang untuk ke wad pesakit jiwa, semata-mata untuk mengingatkannya tentang konsep syukur pada yang Maha Esa. Ditertawakan rakannya tetapi dasyaat bukan?

Bangkit dan kejarlah matlamat kita. Apa yang kita mahukan jangan mudah untuk dilupakan mentang-mentang masih ramai yang boleh memikirkan. Sayang, lama-lama dihanyut sejarah, sedangkan ramai yang mencipta sejarah.

Tanya kembali, siapa diri ini? Jangan sampai tidak dikenal macam dulu lagi.

Daie dahaga tarbiyyah dan dakwah,
Saadiah


Wednesday, December 29, 2010

Kalau tidak kerana iman dan ukhwah ini...

Lama rupanya tak update blog. Terasa macam blog sendiri, tiada yg lain yang punya masa untuk update, mungkin masih menyusun masa masing-masing dengan tugasan-tugasan yang lebih prioriti. Takut juga. Moga masa-masa yg kugunakan untuk menulis satu persatu rasa hati dan isu yang berlegar di sekitar dunia UK Eire ini adalah dalam rahmat dan berkatNya... insyaAllah.

Bismillah...

Kerana dakwahlah, aku memaafkan mereka. Yang baru sahaja ingin mengenal jalan dakwah ini dan sudah diberi Allah untuk berhadapan dengan bermacam benda. Sudah berapa ramai yang menangis kerana mereka, tidakkan mereka tahu sehinggalah sampai suatu masa di mana mereka akan diuji dengan punyai mad'u-mad'u yang sama sahaja situasinya dengan keadaan mereka sekarang. Dan sekarang mereka masih dengan dunia kefahaman mereka, kami melihat daripada jauh lagak dan perbuatan mereka. Masih berdarah muda, masih segar, masih muda. Kami juga begitu dahulu. Melihat mereka, kami cuba mengimbas apa yang berlaku di saat kami dahulu. Mungkin situasi -situasi yang terjadi berbeza, tetapi kuakui sifat daie-daie muda semuanya agak sama. Nadanya tinggi, alunannya deras dan tidak sabar dengan rima suasana.

Kenapa menunggu sehingga datangnya sesuatu yang lebih besar, barulah mereka ingin mencari jalan untuk mengatasi sesuatu? Dzatiyyah masih lemah, dan mereka terpesona dengan tipu nikmat dunia... Begitulah setiap manusia. Menanti petunjuk berupa ayat Quran dalam telur yang dipecahkan, ataupun suara daripada kubur yang menakutkan, ataupun histeria jin merasuk kawan... barulah mereka mula memikirkan apakah nasib mereka di hari perhitungan nanti. Sebegitu jugalah mereka ini. Masih menanti-nanti apakah tanda-tanda besar yang akan ke mari, barulah mujahadah lebih tinggi melawan nafsu dan kehendak diri sendiri.

Hidup perlukan pengorbanan. Dan pengorbanan yang sebenar tidak berperisa manis. Pahit dan payah. Susah untuk dibuat. Boleh sampai menangis kerana peritnya pengorbanan demi mengejar hakikat cinta Ilahi. Dan mereka mengatakan mereka telahpun berkorban setakat ini. Ketahuilah bahawa tidak semudah itu seorang daie berpuas hati dengan amalan mereka sehari-hari, sehinggalah muncul pewaris-pewaris baru tanggung jawab ini di bawah tarbiyyah mereka yang siap sedia untuk memikul dakwah bersama-sama sekelompok golongan kita-kita ini demi membangun Islam sepanjang generasi.

Hidup perlukan pengertian, bukan sekadar menjenguk di atas permukaan lautan atau dilihat hanya daripada satu sudut pandangan. Perlu dikorek pengalaman demi pengalaman orang. Dan mereka menyatakan mereka telahpun faham tentang apa itu kekuatan dalam Islam. Ketahuilah, bahawa tidak secetek itu seorang daie berfikir dan cuba memahami apa ertinya berjalan di atas jalan dakwah ini, sehinggalah terbitnya ufuk-ufuk kefahaman yang mendalam daripada diri setiap daripada kamu tanpa menghiraukan kepentingan diri dan hanya memikirkan keadaaan umat yang nazak dan menanti tangan seorang dait penegak Islam agar ia bangkit kembali.

Hidup perlukan matlamat yang satu, bukan hanya sekadar nampak orang-orang yang berdiri di hadapan mahupun yang bersama-sama dengan mereka keliling pinggang. Perlu dijadikan sahabat-sahabat Nabi, qudwah Rasul sendiri sebagai tauladan, bukannya menginginkan perfect advicer sakan. Dan mereka mengatakan yang perlu untuk adanya pendekatan-pendekatan tertentu walaupun benar kita sefahaman dan tidak lain hanya satu arah tujuan, iaitu redha Allah. Ketahuilah bahawa manusia sempurna wujudnya hanya di alam mimpi, takkan wujud di realiti. Qudwah itu wujud mula dalam diri mereka sendiri yang nampak apa intipati ibrah Allah ingin bagi pada tiap-tiap benda yang terjadi dulu dan kini.

Seandainya masih lama masa yang diperlukan mereka untuk menelan hakikat ini, maka aku akan cuba memahami, dan menunggu apa yang akan terjadi di suatu masa depan nanti. Bersama-sama yang lain kami mengadu tangis di malam hari, mengerah fikiran apa lagi yang dapat dilakukan untuk menyedarkan mereka yang hanya melihat dunia dakwah ini begini... aku terfikir petunjuk apa yang mereka inginkan daripada Allah untuk ke sekian kali.

'Yang menipu diri dan membutakan mata mereka sekarang adalah adalah perasaan dan nafs mereka sendiri...'

Don't underestimate His tarbiyyah,
Don't wait, pls...
Saadiah

Monday, December 13, 2010

Kerana...

Kerana ukhwah itu indahlah... maka kita akan senantiasa tepat pada waktu di mana kita berjanji utk berjumpa dengan mana-mana akhawat, tidakkan membuatnya tertunggu-tunggu kedatangan kita, atau tertanya-tanya ke mana hilangnya kita, atau menunggu diajukan soalan olehnya barulah kita mengupdates diri kita padanya.

Kerana ukhwah itu indahlah, maka tidak perlu utk kita disuruh atau menyuruh utk berbuat sesuatu yg harus. Apa-apa yg memudahkan ukhti kita, pasti berlumba-lumba utk menolongnya menyelesaikan tugasnya. Kalau disuruh, kita mengikut kerana Allah. Kalau menyuruh, kita akan menyuruh kerana Allah.

Kerana ukhwah itu indahlah, kita faham tegurannya itu teguran bernada kalimat Allah di hati sang ukhti kita, utk kebaikan kita jg. Kalau ditegur, kita mengambil patinya, membuang bisikan-bisikan syaitan di telinga kita yang hanya ingin mencari kesalahan pada si penegur. Ingatkah kita, untuk menunggu si penegur 100% perfect barulah boleh menegur... sampai bila?

Kerana ukhwah itu indahlah.. begitu dan begini kita berkata di dalam hati.

Ukhwah yg basah bukanlah ukhwah yang hanya penuh nada manja, mahu berjalan paut pinggang, pegang tangan bersama, masakkan sarapan utknya, gosok bajunya dan habis begitu saja. Bukan juga kita hanya bertanyakan perihal dakwah dan tarbiyyahnya, plannya utk adik-adiknya, perancangan tarbiyyahnya, usrahnya dan sebagainya. Tidak juga hanya tertumpu pada diri kita dan dirinya saja kerana perasaan nikmatnya berukhwah dengannya...

Ukhwah itu adalah segala-galanya yang berkait dengan si ukhti. Apa-apa sahaja yang mengaitkan diri kita dan tiap-tiap ukhti di sekeliling kita, pasti bersangkut rapat dengan ukhwah.

Kerana itu, jangan main-main dgn ukhwah. Jangan hanyut juga hanya pada ukhwah. Jangan lari dari ukhwah.

Cuma, adakah kita cukup menjaga ukhwah kita yang juga sebahagian daripada tarbiyyah dan dakwah kita?

Islam itu syumul, begitu jg tiap-tiap satu elemen di dalamnya.

Mari mensyumulkan diri dan peribadi,
Saadiah

Tuesday, December 7, 2010

Buat!

Fikrah takkan mematikan hati, amal takkan melunturkan semangat. Inilah yang menolak daie-daie utk terus bergerak ke hadapan, tolakan demi tolakan terus-menerus sehinggakan tidakkan terlintas di hati mereka untuk terfikir, apa yg akan terjadi pada diri kiranya tidak 'terjebak' dlm kancah dakwah ini.

Namun, ada saja berkumandang di telinga-telinga kita suara desas -desus mengatakan yg usrah tidak cukup menolak, pengisian tidak cukup menampar, murabbiah semakin kurang meluangkan masa turun ke padang melihat adik-adik kita, waqi' tidak sebaik tempat dahulu yg pernah kita bekerja kerana agama Allah...

Banyak sangat desas-desus. Sikit sangat husnuzhon dgn Allah s.w.t.

Dakwah ini dakwah manusia. Bukan dakwah para malaikat, yg akan senantiasa perfect. Bukan juga dakwah para robot, yang tiada yankus yazid amal jamaie atau bising senyap dzatiyyah tiap-tiap ahli.

Dakwah kita dakwah yang kitalah yg mencorakkan generasi masa hadapan. Bukan hanya menunggu munculnya murabbiah-murabbiah yg mempunyai banyak pengalaman dan skills yang hebat, tetapi kitalah yang berusaha mengutip pengalaman-pengalaman di dlm buku, mempolish skills yang kita ada, menghidupkan suasana, bla bla bla... banyak tugas kita kalau nak disebut. Tak cukup tangan, tak cukup masa. Cukuplah jikaku katakan yang dakwah ini, bergantung pada orang-orang di dalamnya secara keseluruhannya baik daie muda tua, syuyukh jauh dekat, naqibah online face-to-face, mahupun sesiapa saja yang ingin mengenali toriq amal yg telah diyakini ini.

Mengharapkan orang lain, sebagaimana Abdul Mutallib mengharapkan pertolongan Allah datang saat tentera bergajah datang ingin menyerang Mekah; bezanya adalah Allah tidakkan menurunkan lagi keajaiban-keajaiban sepertimana datangnya ababil-ababil bersama batu-batu kecil...

Fikir-fikirkan...

Kerana ini bukan zaman Abrahah,
Saadiah.


Monday, December 6, 2010

DR

DR-Daie Rabbani

Petikan dari Rabbani,Bekal dan Jalan Kami
'Kerana itu langkah utama dalam menyelamatkan dunia dari kemusnahan adalah bergantung pada kembalinya kita menuju nilai-nilai rabbani secara bersungguh-sungguh , bekerja dengan giat utk membela Islam dan menaikkan darjatnya. Dan dari sinilah kewajipan setiap jiwa yang memiliki kecemburuan dan keikhlasan utk Islam dan untuk kembali kepada Allah diwujudkan.

"Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah. Sesungguhnya aku seorg pemberi peringatan yang nyata dari Allah utkmu" (Adz-zariyat:50)

dan jadikanlah syiar kami selalu berkumandang dalam hidup ini :

"Dan aku bersegera kepadaMu Ya Tuhanku, agar supaya Engkau Redha (kepadaku)" {Taha:84}

Dan tidak ada seorang pun yang mampu mendahulu kami dalam menuju Allah.'

Moga sama2 bersungguh2 dalam merabbanikan hidup ini, dakwah ini serta segala2nya demi mencapai MARDHOTILLAH..

Allahu ghayatunna!

Daie Rabbani

Salam Maal Hijrah

Tuesday, November 30, 2010

Qurbah dan Qudwah

Bismillah.

Sekiranya kita begitu teguh meyakinkan manusia yang kita inilah pemegang sunnah terbesar rasulullah saw (yakni dakwah) apatah lagi keimanan kita pada sunnah-sunnahnya yang kecil.

Ini termasuklah kebersihan, study... termasuklah adab sesama kita sebagai muslim. Lihat betul-betul, adab sesama muslim, bukan saja sesama sisters atau sesama daie(lah sbb semua suka sebut kn).

Maknanya nak kata betapa basisnya adab pergaulan itu dengan manusia seakidah tak kira fahamnya mereka pada fikrah Islam ataupun tidak.

Kasih sayang sesama kita, spt mana yg kita hafal dan hadam dalam hadis arba'in (hadis ke 13), adalah bukan hanya sekadar menyempurnakan tugas yg telah ditetapkan oleh seisi rumah, bahkan lebih daripada itu. Kerana itu bukanlah masak dinner, sekadar masak ayam goreng sayur goreng... mesti lebih kerana kasih sayang itulah yg melebihkan. Masak ayam percik dan salad tomato yg segar... demi mereka, sefikrah dan seaqidah dgn kita.

Kadang-kadang terlupa.


...





Ke buat-buat lupa, sedangkan tahu saja?

Harap bukan kita yang tidak mengindahkan teguran Allah,
Saadiah

Sunday, November 28, 2010

Transforming.

We are going to make our most for our RI, Nawwar.

"Cahaya cahaya"

Make RI the best for us.

InsyaAllah...

In love with Allah,
Saadiah

Thursday, November 25, 2010

Kesucian kata-kata

Bismillah.

Manusia pasti akan berkata-kata based on apa yg dia fikir. Tak kiralah kalau sebanyak manapun buku yang dibacanya, selama mana usia tarbiyyahnya, selain mana isu yang dibincangkannya antara satu isu dengan satu yg lain, bila didengar ulasannya pasti yang datang itu adalah apa yg menjadi fikrah dan sudah tertanjak dalam hatinya; yakni itulah kefahamannya.

Memegang gelaran seorang daie. Janganlah kita menyalahgunakan title kita. Tiap apa yg kita luahkan, adakah ia kerana kita mahu menyampaikan isu itu, ataupun itulah yg sebenarnya yang Allah mahu kita sampaikan di waktu itu? Jangan berkata-kata dengan bertunjangkan hawa nafsu. Berkatalah benar walaupun pahit utk ianya ditelan, kerana itulah yang hak.

Sebagaimana usrah itu berjalan, apa yg diperlukan oleh ahli-ahli usrah itulah yang seorang naqibah perlu sampaikan, bukanlah apa yg seorang naqibah itu mahu sampaikan, mahupun apa yang paling best yang boleh si naqibah sampaikan. Jangan tertipu dengan kefahaman yang kita imani selama ini, kerana boleh jadi daie-daie di sekeliling kita itu nampaknya laju ke hadapan, sedangkan kita sebenarnya hanya hanyut dan berasakan kefahaman kita juga berada di tahap yang sama.

Mari sempurnakan tugas daie amanah Allah,
Saadiah

Saturday, November 20, 2010

Qudwah

Bismillah

Kerana manusia ini tidak sempurnalah, perlunya bertebaran di muka bumi, mencari apa-apa shj yg boleh menyuntik semangat yang mudah turun ini kembali menggelegak naik.

[Jumu'ah:10]

Banyak yg dipelajari sepanjang di Poland, even masih baru tumbuh dah sedikit golongan yg bermujahadah menegakkan yg haq ini, masih mampu memberi katheerah, lintasan hati dan fikiran ini utk terus mengejar redha Allah s.w.t.

Mereka ini kulihat sangat menjaga hubungan di antara mereka, sesama daie. Apa-apa urusan dakwah, yang diutamakan adalah plaster simen antara satu bata dengan satu bata yg lain. Itu sangat mengagumkan kerana itulah yg selalu diabaikan oleh daie-daie bila mereka sibuk dengan mad'u-mad'u luar mereka hari demi hari, masa berdetik lalunya masa.

Medan RI bukanlah boleh dianggap remeh. Medan utk fastabikhul khairat sesama daie. Medan support, medan rawatan, medan bidadari, etc...

Medan di dalam medan. Itulah daie yg tulen. Tika org lain sibuk melihat dan mencari-cari masa rehat, daie tulen ini mencari-cari medan lain yg boleh dia terjun. Tak kisah mana-mana medan, susah atau senang, kecil atau membungil luasnya... apa yg jelas dan bersinar di hatinya adalah semangat mengejar apa yang Allah inginkan drpd hambaNya, bukan apa yg diminta org, atau apa yg dikehendakinya.

Kita? Apa cermin mata kita daie-daie moden zaman sekarang, medan atau kerehatan?

Daie perlu menggilap cermin mata,
Saadiah

Wednesday, November 17, 2010

Don'ts

Bismillah

Sepertimana juga kita tidak mahukan org-org kafir melihat muslim zaman sekarang utk melihat Islam, sebegitu jugalah kita mahukan utk diri kita.

Jangan gunakan 'orang lain yg buat' utk membenarkan apa yg kita buat. Buatlah kerana itu yg sepatutnya dibuat dan itulah karakter yang mahu kita bentuk.

Kerana itu jugalah manusia ini, menasihati org lain utk dirinya sendiri. Naturenya adalah manusia mudah melihat kesilapan manusia, tetapi susah untuk melihat kelemahan diri. Yang menegur dan ditegur melakukan perubahan ttg apa yg ditegur itu serta merta. Bukan betul atau salah, kerana sekarang hanya kelabu. Yang tinggal adalah apa yg sepatutnya dibuat.

Bukan membina karakter mengguna sunnah Nabi saw,...
Tetapi membina karakter berdasarkan sunnah Nabi saw.

Daie balik ke pangkal jalan,
Saadiah

Sunday, November 14, 2010

Istiqamah

Bismillah.

Kerana itulah yg dicintai Allah adalah amalan yg walaupun kecil, tp ianya berterusan...
Sepertimana usrah, kita dan adik-adik.

Kiranya ia tidak difahami yg usrah ini setiap minggu, maka mungkinkah akan tergadai tarbiyyah adik-adik dalam kita sibuk dengan kerja-kerja kita yang lain spt study, uruskan diri dan menunaikan hak rakan-rakan, keluarga etc?

Mentarbiyyah orang kerjanya luar biasa. Kerana usahanya daripada kita, tapi hasilnya pada ketentuan Allah dan hanya dengan rahmatNya saja bisa kita proceed dengan pentarbiyyahan adik-adik bermula drpd takrif, takwin dan tanfiz. Sebab itulah tidak boleh diprepare sesuka hati secarca merba yg mahu. Tanggungjawab kita menleadkan adik-adik ke jalan yang sepatutnya, sehingga mereka boleh berlari sendiri meneruskan perjalanan kalau-kalau kita tidak bersama mereka.

Jangan ambil mudah istiqamah dalam menunaikan hak tarbiyyah manusia ini. Besar kesannya pada ummat di hari depan nnt.

Satu hari kita, setahun hidup ummat,
Saadiah.

Monday, November 8, 2010

Usrah

Bismillah.

Tidak perlu menunggu ke suatu masa di mana adanya naqibah di depan mata, dan usrahmates yang mengelilingi kita membuat bulatan, utk mentilawah, menta'lim, dan mentazkiyah. Lebih menyedihkan lagi, bilamana adanya cabaran-cabaran fardi dan da'wah yang memerlukan qadhaya juga ditangguhkan dengan alasan untuk menunggu masa adanya quranic circle ini.

Usrah bukan hanya berfungsi di situ, dan tidaklah sempat utk menyumbat semuanya ke dalam satu masa yang singkat. Jangan menyalahkan usrah kiranya masa yang ada utk bertemu mata dengan mata terlalu singkat dan menyebabkan si naqib/ah terpaksa memilih.

Tidak perlu adanya satu slot utk membincangkan benda ini kan? Terlalu mudah untuk difahami semua dalam setahun dalam tarbiyyah sekurang-kurangnya.

Apa usrah pada anda?
Kalau betul ianya keluarga, tidaklah ia hidup dengan sendirinya. Sama-sama perlu merasai ruh-ruh satu keluarga bertemu di situ.

Kita yang membina suasana,
Saadiah.

Sunday, November 7, 2010

Manual kita

Bismillah...

Allah swt tidak menurunkan Al-Quran itu sebagai bahan bacaan sebagaimana buku-buku yang terdapat di dalam library kita, kemas tersusun di atas rak. Allah swt tidak juga mahukan kita membaca Al-Quran itu dalam pada masa kita menunggu semua housemates berkumpul untuk berjemaah, atau memenuhi mutabaah amal kita, atau untuk diperhalusi makna sebenarnya di dalam Al-Quran, etc etc...

Bukan hanya berhenti di situ. Al-Quran itu bukanlah bahan bacaan. Tetapi mukjizat Nabi s.a.w. yg tercinta. Sedar tak ni, kalian?

Mereka di luar sana tidakkan nampak apa istimewanya Islam kalaulah ianya bacaan tinggal bacaan saja. Ataupun kalau dilihat pada zaman kenabian dulu-dulu, tidaklah mereka yang bukan Islam itu terpesona dengan Islam kalau hanyalah Al-Quran itu just duduk-duduk, baca-baca, tadabbur-tadabbur, faham-faham, dan habis.

Kita testimoni Al-Quran, yakni Islam itu. Dalam jalan-jalan kaki kita, Islam itu di tiap langkahnya. Dalam percakapan kita, Al-Quran itu di tiap lafaznya.

Islam kaffah. Bukan hanya tinggal baca. Kita membina testimoni-testimoni bergerak, bukan mencari ahli-ahli kelab membaca.

Back to basic,
Saadiah

Friday, November 5, 2010

halaltunes.org

Bismillah...

Nak dengar lagu? InsyaAllah link ini best utk semua... slmt mendengar.


Macam-macam ada,
Saadiah

Thursday, November 4, 2010

Demi mereka...

Bismillah...

Kita bukanlah ingin menduplicate sejarah. Kita ingin mencipta sejarah. Kerana itulah kita sebagai daie perlu memahami apa maknanya bilamana ianya menjadi tanggunggjawab kita untuk menyentuh hati-hati mad'u yang sekarang sedang kekosongan kering minta diisi. Bukanlah dengan mengulangi apa yang kita dulunya tersentuh, tetapi kita perlu membuat sentuhan kita yang tersendiri; demi mereka. Buat bukan kerana ianya adalah kerana kita (kita rasa best, kita rasa seronok, kita rasa mampu buat), tetapi buatlah kerana itulah yang mereka perlukan dan itulah yang terbaik untuk mereka.

Mad'u oriented, tidak sama dengan programme oriented, atau task oriented.

Kita berlelah letih ke sana ke mari, berqadhaya 5, 6 jam tentang ummat, fikir sana sini, tidur tak lena, makan tak kenyang; adakah itu semuanya kerana mereka, atau kita sedang hanyut dalam dunia kita sendiri? Takutkan? Sangat bersemangat ketika dalam usrah adik-adik, terangkan pada mereka begitu dan begini, last-last kita yang syok dengan penyampaian sendiri. Tarbiyyah adik-adik terbengkalai, lunyai, macam dimakan anai-anai.

Yang sedang hanyut siapa sebenarnya, merekakah... atau kita?

Jangan mencipta dunia sendiri,
Saadiah


Sunday, October 31, 2010

Sedih

"Alangkah malangnya bagi seorang daie itu apabila tersasar niatnya, terkurangnya dakwah yang diusahakan olehnya tetapi dengan itu dikurniakan kejayaan pada dakwahnya dan dia menyangka bahawa dakwahnya itu berjaya atas niat dan usahanya itu"

Daie jangan sesat jalan,
Saadiah

Friday, October 29, 2010

Berkasih sayang?

Bismillah.

Betullah, dakwah kita ini adalah dakwah kasih sayang. Bukanlah kerana duty rumah, barulah kita akan memasak contohnya. Sedang yang diberi tugas itu baliknya lambat. Kita sudah ada dua tiga jam lebih awal berada di rumah, buat apa? Tidaklah juga kerana naqib/ah, barulah akan bertegur sapa bergurau senda, bertanya khabar dan bermanis muka. Sedang kita ini sesama kita, harus sentiasa update each other. Kita yang sudah lama setahun dua tiga dalam tarbiyyah, tarbiyyah tentang apa saja?

Dakwah menuntut masa yang lebih daripada diri kita sendiri. Demi ummat dalam jangka masa sepuluh dua tahun lagi. Agar dakwah tidak pupus dan basahnya iman tidak layu dan mati kerana ikatannya hanya pada kerja-kerja dakwah yang kering.

Kadang-kadang si daie A terlupa teman seperjuangannya si daie B. Kerana sibuk terkejar-kejarkan mad'u-mad'u luar rumah yang ramai, lupa tanya keadaan mereka sendiri. Tidak banyak masa untuk merancang atur adik-adik dalam pentarbiyahan atas tanggung jawabnya, masa yang ada bersama-sama dengan daie-daie satu lokaliti terabai; taken for granted. Pertanyaan-pertanyaan yang diluah semasa makan setalam, tidur sebantal, iron seboard hanyalah berkisar tentang gerak kerja mereka semata.

Ukhwah sesama adik-adik peri pentingnya adalah kerana beratnya kita untuk memikul peranan sebagai seorang yang akan memantau kefahamannya, amalnya dan hubungannya sesama arRab.

Ukhwah sesama kita, apatah lagi. Lembutnya kita sesama mereka yang diluar sana, lembut lagi kenanya kita sesama kita. Aku tidak mengatakan lembut itu perlu lembik, perlu suara ditarik-tarik merdu, ataupun belaian manja. Aku mengatakan lembut ini ertinya halus dan berhati-hati dalam berbicara ttg ummat. Dijaga perbincangannya agar apa yang cukup disimpan pada dirinya saja, tetap tersimpan. Tidak sembrono sesuka hati meluah apa ada di hati.

Dakwah kasih sayang. Bukan sekadar itu yang perlu kita fahami.
Masih banyak yang belum kita mengerti.

Dakwah basah,
Saadiah.


Wednesday, October 27, 2010

Rasa bersalah.

Bismillah.

Dakwah bukan saja mengangkat seorang manusia itu ke suatu darjat yang memang sepatutnya diletakkan manusia itu di atasnya, bahkan mematangkan manusia dengan banyaknya pengalaman-pengalaman daripada mereka yang berkesungguhan dan mendisiplinkan diri dengan lambakan urusan jamaie dan fardi yang tidak habis-habis sampai ke mati.

Namun faham saja, daie-daie mentah ini baru saja hendak memanjangkan langkah, dalam fikiran mereka mahu mengejar para syuyukh di hadapan. Walaupun mereka merasai yang sebenarnya langkahan demi langkahan hasil binaan mereka itu tidak lain tapi hanyalah canggung semata. Masih banyak pengalaman yang harus dikumpul sehabis tenaga, kisah-kisah daie yang mesti dicari penuh erti, dan taujih-taujih yang perlu dikutip simpan dalam hati.

Memang biasa. Kerana kita semua bermula sebagai seorang yang tidak sempurna. Kerana itu, jalan permulaan untuk si daie-daie kecil yang terkandung di dalamnya seribu kepahitan penyesalan atas kesilapan karenah diri itu bukanlah perlu diambil dengan rasa sedihnya bila pedih kerana kecewa, atau dengan keluh kesah atas sebab jiwa sentiasa gelisah, bukan juga dengan patah hati lalu keseorangan menyepi memulau diri.

Hadapilah hidup yang hakikatnya adalah berupa sebuah ujian ini dengan taat dan patuh pada sunnatullah yang Allah telah tetapkan mula akhir kisahnya, naik turun rodanya, pahit manis detiknya, di waktu ketika belum mereka menjejakkan kakipun lagi di atas pentas dunia dakwah dan tarbiyyah ini. Tidak ada apa yang perlu diratap tangis kerana percayalah, Allah hanya ingin memilih tapis mereka yang berjalan di thoriquddakwah, atas sebab ingin dipeliharajagaNya kesucian jalan para nabi, dan para yang dicintai. Jalan perjuangan ini...

Tiada sebab untuk dakwah di langkah mula ini mengurangkan kehebatan dakwah di pertengahan dan akhir jalan, kerana cintanya Allah adalah dengan mendatangkan dugaan demi menguatkan. Tidak ada ibu yang mahu melihat anaknya sakit, dan ini apatah lagi. Tidak ada Tuhan selain Allah, yg mahu melihat hambaNya dalam suasana perit tersepit, padahal dikenalnya hambaNya kelemahan dan kekuatan satu persatu lebih daripada hamba itu sendiri. Kerna itu pls, percayalah padaNya lebih daripada percayanya kita pada diri kita sendiri. Siapa hamba? Kita. Siapa Tuhan? Dia, yakni yang Maha Mengetahui dan Yang Hakiki.

Maka dengan itu, berlepaslah wahai jiwa tiap-tiap daie itu daripada rasa pahit kecewanya, hiba sedihnya, patah semangat jihadnya pada prestasi dakwahnya di tapak mula ini. Sebelum jatuhpun lagi, setkan dalam dada yang kita pasti akan bangun walau untuk ke berapa kali.


Well, all the best.

Jumpa di suatu masa bahagia,
Saadiah

Monday, October 25, 2010

Urgensi Dakwah ii

Bismillah.

Seorang ukhti ini memberi kulsem (kuliah sepuluh minit) semalam. Sangat simple maqasitnya, mengajak semua nawwarians memuhasabah diri masing-masing dalam bercepat-cepat di jalan dakwah.

Kesucian ada empat;

1. Kesucian jasmani
Mengambil wudu' membersihkan jasmani drpd hadas kecil
Mandi wajib membersihkan jasmani drpd hadas besar
Etc

2. Kesucian anggota
Menghalang mana-mana anggota badan daripada melakukan dosa-dosa besar
Ex: Mencuri, mengumpat, etc

3. Kesucian jiwa
Menjaga hati daripada penyakit-penyakit hati: takabbur, ujub, riak
Menghalang zina hati

4. Kesucian dalam mengagungkan Allah s.w.t.
Tidak ada Tuhan, melainkanNya
Tidak ada prioriti yang lebih tinggi, melainkanNya

"Tidak mungkin seseorang itu mampu untuk menyucikan jiwanya selagimana tidak dapat ia menjaga kesucian anggotanya, iaitu menghalang dirinya sendiri daripada melakukan dosa-dosa besar..."

Sangat tajam dan sangat kena pada diri kita setiap daie. Ke sana dan ke sini. Sibuk memikirnya cara mengajak adik-adik ke usrah, organize daurah dan ingin memantapkan mereka, walhal kesucian diri entah di mana.

Tazkiyyah diri yang terabai menghancurkan kesucian jalan dakwah ini juga. Dan ingatlah, Allah akan sentiasa menjaga jalan dakwah para syuhada' dan nabi-nabi, juga kekasihNya sendiri.

Kita bukan seorang di jalan ini. Jangan kerana kita, jalan ini rosak di mata mereka. Di mata Allah pula, bagaimana?

Tazkiyyah needed ASAP,
saadiah

Nota kaki: Seorang tetamu daripada Glasgow akan datang hari ini. Ahlan wasahlan!

Monday, October 18, 2010

Iman yang lemah.

Dakwah ini sangat panjang masanya.

Senang cakap, tapi semuanya bersedih tatkala setelah berhempas pulas mendakwah-fardiyyah atau dalam proses mentakrif, masih tidak dapat diraih hati mad'u-mad'u di keliling pinggang.

Daie yang tergopoh gapah adalah daie yg menginginkan hasil terbuntang di depan mata setelah dirinya terasa penat bekerja. Puncanya hanya dua; satu salah faham si daie tentang dakwah ini sendiri dan kesalahan langsung yg dilakukannya.

Hamam sendiri mengatakan bahawa adanya antara daie-daie ini yang mengkayu-ukurkan perkembangan dakwah berdasarkan hasil yang dapat mereka cekup dalam jangka masa yang mereka ramalkan. Jika diusaha sebaik mungkin tapi masih tidak nampak hasilnya maka terhentilah kerjanya sebagai seorang daie. Sedih dan bimbang, menangis berhari-hari dan tidak lalu makan...

Walhal yang perlu disedihkan adalah usaha yang tidak seberapa tetapi masih ada mad'u yang melekat padanya.

Fikrah masih belum tertancak di dalam hati agaknya.
Masih daie hingusan.
Astaghfirullah.
Mari membentuk daie yang tulen, hai saudaraku...

Daie perlu yakin dengan apa yang difahaminya sehingga sekarang,
Saadiah.

Sunday, October 17, 2010

Sunnah Rasulullah.

Bismillah.

Sunnah Rasulullah s.a.w. terbesar adalah dakwah; yakni kehidupan Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Umpama katak dlm silinder, manusia-manusia mengambil kira sunnah-sunnah Nabi s.a.w. yg comel-comel, kecil-kecil saja utk diamalkan. Perbincangan ttg fiqh itupun hanya berkisar ttg itu. Nabi makan, nabi minum, nabi tidur. Bukanlah mengatakan bahawa itu tidak perlu dikisah.

Tapi lihatlah drpd mata burung... ke bawah.
Dan antum akan melihat segala-galanya menjadi satu. Islam itu bukan semata-mata doa, dzikir dan ibadah khusus.

Islam itu; syumul. Rasulullah hanya dilihat memperuntukkan sebahagian waktunya utk ibadah solat, puasa etc. Sementara dakwah yang dijalankan sepanjang hayat baginda itu tidak dilihat sebahgai satu sunnah pula.

Jangan berfikiran sempit. Kita ummah baginda yg disebut di akhir nafasnya. Cukuplah berselisih hanya kerana perkara-perkara kecil. Kita berdiskusi pula masalah dunia.

Ummah sedang bangkit,
Saadiah

Saturday, October 16, 2010

RI itu...

Bismillah.

Isu ini takkan tamat selagi tiada aura cahaya Islam yang terpancar di tempat kita merecharge jiwa kita.

Semalaman bersama sisters, tanpa perlu berkata-kata. Sudah cukup memberi tamparan hebat, yang ukhwah itu perlu dikukuhkan, diikat kuat-kuat, kemas ketat di tiap-tiap rumah Islam itu sendiri...

Seringkali menganggap rumah itu tempat istirehat, walhal rumah itulah tempat di mana semuanya berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan merecharge iman, amal dan perancangan dakwah dari semasa ke semasa.

RI = recharge, bukannya tmpt utk relax!

Ayuh, kita hidupkan roh-roh yang sudah lama tidur. Masa utk bangkit sudah lama tiba!

Mahukan masyarakat Islam, walhal di rumah sendiri tiadanya dunia Islam... adakah ini sekadar mimpi, atau visi? Kita sendiri yang akan tentukan.

Saadiah

Thursday, October 14, 2010

Summastaqim...

Bismillah.

Bersederhana dalam menyembah Allah.

Allah membezakan ganjaran bagi orang yang ingin berbuat amal yg sama, tetapi berbeza keperluan jiwanyanya. Allah menilai bukan pada kuantiti, tetapi pada tahap jihad seseorang itu ke atas sesuatu. Contoh, bukanlah kuantiti menjadi pokok soalnya pabila ingin bersedekah, tapi keperluan kita pada duit itu pada waktu yg ingin kita sedekah. Tidaklah seseorang yang biasa bangun qiam untuk solat malam itu sama ertinya dengan seseorang yang susah untuk bangun qiam baru mencuba untuk berbuat demikian.

Begitu juga jihad seorang daie. Mujahadah seorang yg baru ingin membina tapak-tapak kaki dakwahnya ada bezanya dengan mujahadah seorang yg sudah lama di jalan ini. Apa yg menjadi beza? Tahap mujahadah kita dan keimanan kita pada waktu itu. Kerana itulah. Pabila diberikan kekuatan untuk istiqamah, bermujahadahlah untuk beramal lebih sedikit, hari demi hari.

Kerana mujahadah itu bukan senang,
Saadiah

Wednesday, October 13, 2010

Bersederhana

Dari Abu Muhammad, yaitu Abdullah bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Nabi s.a.w. diberitahu bahwasanya saya berkata: Demi Allah, niscayalah saya akan berpuasa pada pagi hari dan berdiri bersembahyang di waktu malam - maksudnya setiap hari, siangnya berpuasa dan malamnya bersembahyang sunnah, selama hidupku." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Apakah engkau yang berkata sedemikian itu?" Saya menjawab kepadanya:

"Sungguh saya berkata demikian itu, bi-abi anta wa ummi, ya Rasulullah." Beliau.bersabda: "Sesungguhnya engkau tidak kuat melaksanakan itu, maka dari itu berpuasalah, berbukalah, tidurlah dan juga berdirilah - bersembahyang malam. Dalam sebulan itu berpuasalah tiga hari, sebab sesungguhnya kebaikan itu dibalas dengan sepuluh
kali lipatnya. Jadi tiga hari sebulan itu sama dengan berpuasa setahun penuh." Saya berkata: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu." Beliau s.a.w, bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari." Saya berkata lagi: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari pula. Yang sedemikian itu adalah puasanya Nabi Dawud a.s. dan inilah sesedang-sedangnya berpuasa." Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang sedemikian itu adalah seutama-utamanya berpuasa." Saya berkata pula: "Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Tidak ada yang lebih utama daripada puasa - seperti Nabi Dawud a.s. itu." Sebenamya andaikata saya menerima saja tiga hari yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. -pertama kali - itu adalah lebih kucintai daripada seluruh keluarga dan hartaku."

RS today,
Saadiah

Tuesday, October 12, 2010

Tadhiyyah Jiwa

Dakwah akan meminta segala-galanya daripada kita.

Jiwa dan harta. Pengorbanan kedua-duanya menjadi perkara biasa bagi seorang daie. Kalau tidak pada masa sekarang, esok atau lusa ianya akan datang. Pada masa kita sangat memerlukannya, mahupun tidak.

Kata-kata daripada sebuah blog 'Dakwah Cinta' sangat membuatku terhenti sejenak, putus nadi;

"Pabila dikorbankan jiwa (perasaan), maka semua perkara yang lain akan menjadi remeh belaka"

Bergembiralah pada yang telahpun merasai nikmat pengorbanan ini. Kerana antum di jalan yg betul, sebagaimana dalam Quran berjuta kisah yang sama dikhabarkan buat org-org yg beruntung.

Antum yang masih senang mewah selesa dengan kehidupan dunia, tidak hairankah kisah anda bukan seperti apa yg ada di dalam kitab Allah yang Maha Esa?

Astaghfirullah.

Tarbiyyah itu mematangkan,
Saadiah

Urgensi Dakwah i

Bismillah.

Sekarang dirasakan Islam semakin berkembang, makin membesar dengan arus dakwah dan tarbiyyah yang menyubur di seluruh dunia. Tetapi hakikatnya menurut pandangan Hasan al-Banna (Buku pilar-pilar kebangkitan Islam oleh KA Rahmat Abdullah) , kita hanya menapak selangkah saja ke hadapan. Berpuluh-puluh tapak jenuh menanti utk dijejak para daie. Tidak lebih, tidak kurang.

Kerja dakwah masih perlahan, dan kita masih jauh. Jangan berpuas dengan secubit penat lelah kita untuk kerja-kerja dakwah yang tidaklah seberapa. Masih banyak mutiara yg perlu dikutip, skills yang perlu digilap. Terasnya perlu pure, apakah betul kita pejuang akidah dan fikrah jalan ini, ataupun sekadar hanyut mengikut arus unconciously?

Jangan cepat puas hati,
Saadiah

Sunday, October 10, 2010

Fiqh dan kehidupan

Bismillah.

Kehidupan memerlukan perancangan dan decision making. Apatah lagi dlm kehidupan seorang daie, tidak hanya membuat sesuatu untuk dirinya sendiri, malah sebahagian besarnya merupakan titik-titik yang akan mencorakkan satu garis panjang; sebuah jalan perjuangan generasi penegak kebenaran.

Bergelar seorang daie, tidakkan hanya memberi maksud dirinya berfungsi hanya sebagai seorang penyeru. Tapi hatinya jg harus basah dengan kalimat-kalimat al-Haq, satu proses penyucian akidah dan fikrah yang akan membawanya menuju penghujung yang dia yakini.

Hakikatnya, segala fiqh yang didalami dan difahami oleh seorang daie itu sebetulnya mesti digunakan dalam tiap apa keputusan dan perancangan yang bakal dilaluinya pada hari seterusnya seorang daie itu bergelar seorang daie.

Pendek kata, sampai bila fiqh hanya tinggal fiqh, dan kehidupan hanya disyura berdasarkan pengalaman secetek air parit dan pembacaan yang seciput?

Daie perlu berhikmah,
Saadiah

Thursday, October 7, 2010

Hud Hud

[Naml: 20-26]

InsyaAllah segalanya telah disunnatullahkan ada kebaikan dan keburukannya. Ada pros dan consnya. Yang mencorakkan jalan tarbiyyah ini adalah kita. Kita lahiriahnya dan secara mata halus, ianya datang daripada taufiq daripada Allah dan iman yang ada di dada.

Hud hud membuktikan yang sesuatu itu tidakkan perlu dibuat dengan hanya mencoroti jalan yang sudah ada, bekas tapak-tapak kaki yang terdahulu di hadapan, tetapi boleh sahaja rumput baru di kiri dan kanan jalan itu dipijak dan jalannya dibuat baru. Satu saja; alasan yang kukuh menperjelaskan sebabnya.

Kerana jalan yang baru ingin dilangkah tidak sesenang melalui jalan bekasan tapak yang sudah ada. Ada duri yang menunggu mungkin, atau paya yang tidak kelihatan di hadapan.

Yang penting, usaha dan bersama-sama menuju yang terbaik demi redhaNya.

Aku belajar daripada mereka,
Saadiah

Tuesday, October 5, 2010

Ujian itu.

"Adalah untuk dinikmati, bukan saja dihadapi."

Kata-kata yg diluah oleh seorang ukhti yang datang menziarah kami. Sesungguhnya bukan calang-calang manusia yg akan terfikirkan sebuah thumuhat yg berupa ujian Allah swt. Aku tidak mengatakan yg ujian-ujian itu adalah hanya yg pahit, tapi aku memerihalkan ujian yg susah utk dihadapi oleh mana-mana manusia lantaran ianya berupa kehilangan secubit nikmat dunia.

Cerita import daripada bumi Indonesia di mana hidupnya seorang ukhti dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini di atas ujian itu. Bukan hanya setahun perlu menikmati ujian yg diberi Allah padanya, tp utk bbrp tahun.

Aku mengagumi, dan lantas mengagumi Allah s.w.t. yg memberiku ibrah di sebalik semua yg terjadi semalam.

I am growing up,
Saadiah


Sunday, October 3, 2010

Qada' dan Qadar.

Bismillah...

Alhamdulillah. Kata-kata yang haq itu walaupun pendek, akan berkekalanlah ianya bersemadi dalam dada sesiapa saja yang mendengarnya kerana itulah sunnatullah al-haq ciptaanNya. Yang batil itu akan lenyap kalaupun mulanya berkumandang lantang kerana akhirnya akan tenggelam dek zaman.

"Apa yang berlaku itu adalah yang terbaik utk kita. Tidak mungkin yang mungkin itu lebih baik daripada apa yang telah terjadi."

Seorang ukhti bersuara menyampaikan hasrat hatinya, dan ternyata ianya bukan main-main. Ianya tentang keimanan kita pada suratan dan takdir bingkisan Allah s.w.t. pada tiap-tiap nyawa yang memang tidak diciptakan saja-saja sia-sia utk lahir ke dunia mengecap nikmat yg sementara. Pasti ada sebabnya.

Saadiah

Orang yang beruntung

Alhamdulillah, ke Tallaght dengan Nawwarians yg lain, berpeluang mendengar pengisian daripada seorang akh daripada UK yang dah berpengalaman lama dalam dakwah dan tarbiyyah ini.

"Orang yg beruntung;

1. Selalu berjaya;
2. Dalam kebahagiaan
Berani tanpa rasa takut
Tenang tanpa rasa risau
Optimis
3. Kejayaannya akan membuahkan kejayaan pada orang lain."

Keyakinan si akh pada sunnatullah Allah ini tiada tolok bandingnya. 150%. Teringat surah al-fath ayat 1; janji Allah dalam banyak-banyak janji yang sememangnya wajib diimani. Subhanallah...

Point ketiga oleh si akh sangat menumbuk. Betullah, pabila keimanan itu kuat di dada kita, akan terserlahlah dan tempias cahayanya akan terkena pada orang-orang yg berada bersama-sama.

InsyaAllah.

Betapa lemahnya iman, sedikitnya amal;
Saadiah